Anda di halaman 1dari 1

Kedua-dua video sangat menyakitkan hati. Tapi saya pilih video pertama untuk diulas.

Sedar tak sedar hari ini sudah masuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan
dijalankan. Statistik yang dianggarkan pada hari pertama adalah kira-kira 60% sahaja
rakyat Malaysia yang mengikuti arahan kerajaan. Pada pendapat saya, semua orang
dalam video tersebut sangat tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri.
Daripada yang menjual, yang membeli, dan makan disitu. Lebih teruk adalah individu
yang merakam video tersebut. Beliau seolah-olah memperlekehkan usaha kerajaan serta
titik peluh frontliner dalam membendung penyebaran COVID-19. Kalau saya sebagai
kerajaan melihat video ini, mungkin saya akan menangis. Saya sendiri sebagai rakyat
biasa Malaysia melihat video ini, saya terus terfikir bagaimana perasaan frontliner seperti
doktor dan jururawat. Mereka bertarung nyawa untuk rakyat tetapi rakyat
memperlekehkan pengorbanan mereka. Melalui video-video ini juga saya tak pelik
bagaimana PM kita sehingga perlu merayu semua rakyat Malaysia supaya tidak keluar
rumah. Terlalu banyak karenah manusia yang kurang common sense di Malaysia. Dan
sekarang kita tunggu masa sahaja kerajaan menggunakan angkatan tentera bagi
membendung wabak ini.

Kesedaran tentang pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan masih perlu


ditingkatkan kerana masih ramai yang tidak mempedulikannya berkemungkinan kerana
sikap degil dan keras kepala atau tidak menyedari perbuatan itu boleh menyebabkan
'episod' jangkitan wabak COVID-19 berpanjangan dan semakin serius. Golongan yang
pentingkan diri sendiri ini ada yang masih bersantai di kedai makan dan tidak kurangnya
mengambil kesempatan tempoh 14 hari yang diberikan untuk membawa keluarga bercuti
dan balik ke kampung sedangkan tujuan sebenar perintah itu dikeluarkan adalah untuk
memastikan rakyat kekal di rumah sekali gus memutuskan rangkaian jangkitan virus itu.
Mereka ini mungkin hanya mendengar kata sehingga diri mereka yang terkena musibah.
Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak COVID-19 ini.

Anda mungkin juga menyukai