Anda di halaman 1dari 1

Cabaran / masalah yang dihadapi sepanjang berada di IPGKPI

Secara umumnya cabaran saya sebagai siswa pendidik adalah saya rasa saya belum
bersedia untuk menjadi guru yang sebenarnya. Persiapan saya untuk menjadi guru masih
belum menyeluruh. Saya rasa ada sahaja aspek pada diri saya yang perlu diperbaiki dalam
menjadi seorang guru contohnya dari segi personaliti dan pengurusan masa. Sepanjang
saya berada di IPGKPI, saya berpendapat dua aspek ini merupakan cabaran untuk diri
saya. Saya merupakan seorang yang lebih suka mendengar dan tidak pandai bergaul. Saya
juga mudah gugup dan kadangkala tidak dapat berfikir dengan baik jika semua tumpuan ke
arah saya. Sedangkan sebagai seorang guru, saya perlu pandai berinteraksi dan
berkomunikasi dengan semua orang. Hal ini merupakan cabaran kepada diri saya sejak
saya masuk ke IPGKPI sehingga kini. Saya masih perlu memperbaiki cara percakapan dan
tingkah laku saya supaya penampilan saya sebagai bakal guru kelihatan. Saya juga
mempunyai masalah dari segi pengurusan masa. Namun ianya bukanlah masalah utama
dalam diri saya kerana masalah tidak pandai menguruskan masa ini hanya berlaku dalam
diri saya kadang kala sahaja bukan setiap waktu.

Apakah IPGKPI wajib buat untuk pelajar yang baru masuk ke IPG?

Apabila kita membincangkan tentang perkara yang pihak atasan perlu lakukan untuk pelajar
yang baru masuk sesuatu tempat atau institusi, tentu sahaja ianya berkaitan dengan
bagaimana sistem atau peraturan sesuatu tempat tersebut. Pelajar baru perlu diterapkan
dari awal sejak mula melangkah masuk IPGKPI berkaitan dengan pembinaan tingkah laku
yang baik berdasarkan peraturan yang diterangkan oleh pihak IPGKPI. Setiap pelajar
membawa budaya masing-masing dari rumah atau sekolah lama, maka jika pelajar-pelajar
ini telah dicuci mindanya sejak awal tentang peraturan IPGKPI, maka mudahlah mereka
menerima budaya baru dan mengamalkannya di IPGKPI.

Apakah yang patut pelajar buat untuk cemerlang

Pada pendapat saya, ianya adalah pengurusan masa. Oleh sebab itu, saya meletakkan
pengurusan masa sebagai cabaran untuk diri saya kerana saya juga seorang pelajar.
Pelajar yang cemerlang tiada masalah dalam menguruskan masa mereka. Mereka tidak
akan ada masalah terlewat dan sebagainya. Apabila pelajar tersebut dapat menguruskan
masa dengan baik, maka bermaksud pelajar tersebut akur dengan aturan masa. Maka,
secara tidak langsung pelajar yang cemerlang juga merupakan pelajar yang mengikut
peraturan yang ditetapkan dan akur tanpa alasan.

Anda mungkin juga menyukai