Anda di halaman 1dari 6

Majlis Perasmian Penutapan

31 Mac 2020

Pengumuman kepada Perhatian kepada semua guru pelatih disini saya bacakan satu

guru pelatih pengumuman bagi melancarkan lagi majlis kita pada hari ini.

1. Kepada semua hadirin, anda diminta untuk memenuhkan

tempat duduk hadapan terlebih dahulu serta

menyahfungsikan atau menukarkan mod telefon bimbit

anda kepada mod senyap.

Kerjasama daripada anda semua didahului dengan ucapan terima

kasih.

Perarakan masuk Mengumumkan ketibaan

*potong/tambah 1.

nama,tgk keadaan 2.

siapa yg ada/tiada.

Masuk ke Dewan Bendahara.

Nyanyian lagu Para hadirin diminta untuk berdiri serta bersedia bagi

* Negaraku menyanyikan lagu Negaraku.

Ucapan terima kasih Terima kasih atas nyanyian lagu Negaraku sebentar tadi.
Ucapan alu-aluan Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
pengerusi majlis Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullah Hiwabarokatuh dan Salam

Sejahtera.

Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan ummul kitab

Al-Fatihah.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnianya diberi ruang dan peluang untuk kita berkumpul

bagi Majlis Perasmian, Penutupan Seminar

Penyelidikan Siswa Pendidik PISMP Peringkat

Kebangsaan 2020.

Yang berusaha,

1.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Seminar Penyelidikan Siswa Pendidik PISMP Peringkat

Kebangsaan merupakan suatu wadah intelektual bagi

mengumpul dan memaparkan usaha,kegigihan dan

keringat yang telah dicurahkan oleh siswa pendidik tahun

akhir dalam menyempurnakan tugasan mereka sebelum

melangkah masuk ke lapangan perguruan yang sebenar

kelah. Seminar ini juga turut menjadi batu lencatan untuk


menghubungkan siswa pendidik dari 18 kampus seluruh

semenanjung Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan

dan idea tentang hala tuju pendidikan selepas

bergraduasi.

Bacaan doa Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan

segala takzimnya menjemput saudara _ untuk mengetuai bacaan

doa. Dijemput dan dipersilakan.

Ucapan terima kasih Amin, amin, amin Ya Rabbal Amin. Terima kasih atas bacaan doa

pembaca doa sebentar tadi.

Persembahan Montaj Kita beralih pula ke agenda yang seterusnya dengan menonton

montaj Seminar Penyelidikan Siswa Pendidik PISMP Peringkat

Kebangsaan 2020.

Ucapan terima kasih Ucapan terima kasih ditujukan khas buat persembahan montaj

persembahan montaj tadi. Buat makluman semua, montaj tadi disediakan oleh Biro

Multek Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus

Sultan Mizan.

Ucapan alu-aluan Kompang bergema pusaka bangsa 


Dipalu oleh si anak muda 
Hadir tuan meriah suasana 
Kami menyambut penuh gembira 
Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha, Dr Muhamad

Sidek bin Said, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan untuk

memberikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan.

Terima kasih atas Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Dr Muhamad

ucapan sebentar tadi Sidek bin Said, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan atas ucapan

yang telah disampaikan itu tadi.

Ucapan perasmian Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
penutup Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha, ___ untuk

merasmikan Majlis penutupan Seminar Penyelidikan Siswa

Pendidik PISMP Peringkat Kebangsaan 2020. Majlis dengan

segala hormatnya, mempersilakan.

Terima kasih atas Terima kasih diucapkan kepada __ atas kesudian beliau

ucapan penutup merasmikan penutupan Seminar Penyelidikan Siswa Pendidik

PISMP Peringkat Kebangsaan 2020 sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian.


Aluan Penyampian sijil
Beriaulah khemah dimain kera
Datang kenari bersinar paha
 Berpasak hemah gemilanglah negara
 Anugerah diberi tanda usaha

Bagi menghargai kecemerlangan yang telah dicurahkan oleh


siswa pendidik menyediakan kajian yang bukan sahaja mampu

menarik para juri, namun juga telah memberikan impak yang

mendalam kepada pembangunan pendidikan komuniti, Seminar

Penyelidikan Siswa Pendidikan PISMP Peringkat Kebangsaan

2020 telah memilih 10 kertas penyelidikan terbaik dan 13

pembentangan terbaik. Platform ini diharapkan dapat menjadi

Penyampian sijil Dimohon --- diiringi oleh Dr Muhamad Sidik bin Said, Pengarah

IPG Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan sijil kepada

peserta yang telah mendapat Anugerah Kertas Penyelidikan

Terbaik dan Anugerah Pembentangan Terbaik.

Terima kasih atas Terima kasih diucapkan kepada

penyampaian sijil
Persembahan koir #Pantun#

Dihidangkan dengan halwa telinga merdu yang akan dinyanyikan

oleh kelab koir IPGKSM. Lagu tersebut adalah Lagu Anugerah

dan juga Memori IPGKSM.


Terima kasih atas Terima kasih atas persembahan koir sebentar tadi.

persembahan koir

sebentar tadi
Nyanyian lagu Para hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan lagu Selamat

Sultan.

Tutup majlis Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka

berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Tangguh majlis Kita tangguh majlis kita pada hari ini dengan surah Al-Asr dan
tasbih kaffarah

Perarakan keluar Mengumumkan pergerakan keluar;

pensyarah # nama vip mcm kat atas (pgerakan masuk)

Meninggalkan Dewan Bendahara.

Anda mungkin juga menyukai