Anda di halaman 1dari 2

AFZALINA ILWANI BINTI AHMAD FAIZ

SOALAN TUTORIAL
BINCANGKAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN SETIAP KAEDAH KAEDAH
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL QURAN

KAEDAH PERTAMA : TALAQQI MUSYAFAHAH


Kekuatan
1. Murid dapat membaca dengan tepat dan betul dari segi makhraj dan tajwid mengikut bacaan
guru.
2. Isi pembelajaran tidak diragui akan kesahihannya.
3. Murid dapat ilmu secara langsung daripada guru ini dapat mengelakkan murid-murid
mendapat kefahaman dan ilmu yang salah.
4. Meningkatkan keyakinan murid berhadapan dengan guru.

Kelemahan
1. Pembelajaran lebih berpusatkan guru
2. Murid menjadi pasif
3. Kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid.
4. Memerlukan banyak masa untuk menyemak bacaan setiap murid dengan waktu pengajaran
dan pembelajaran yang terhad

KAEDAH KEDUA : TIKRAR


Kekuatan
1. Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina kenyakinan diri murid.

Kelemahan
1. Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran.
KAEDAH KETIGA : PENERANGAN
Kekuatan
1. Cara yang berkesan menyediakan maklumat baru dan mem beri penjelasan mengenai
maklumat sedia ada.
2. Ianya berguna untuk meliputi konsep asas, prinsip dan sistem.
3. Boleh merangsang minat murid pada pelajaran akan datang.
4. Boleh direkodkan untuk kegunaan masa akan datang.

Kelemahan
1. Memberi beban pembelajaran sepenuhnya kepada guru.
2. Menawarkan peluang yang terhad untuk penilaian dan maklum balas.
3. Menimbulkan masalah kepada guru jika guru tidak menguasai pelajaran tersebut.
4. Memberi bebanan kepada murid terlalu banyak maklumat yang diberikan oleh guru dalam
masa yang singkat.

KAEDAH KEEMPAT : PERBINCANGAN


Kekuatan
1. Meningkatkan kemahiran pelajar utk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan
tersusun.
2. Bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul.
3. Kemahiran mendengar dan memahami sesuatu perbincangan.
4. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat.
5. Melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara ligik dan matang.

Kelemahan :
1. Tidak semua terlibat secara aktif.
2. Mengambil masa yang lama.
3. Kadang-kadang disiplin murid dan bilik darjah tidak terkawal.
4. Terkadang menimbulkan rasa tidak puas hati dengan jawapan atau kesimpulan yang
diberikan.
5. Hanya pelajar aktif sahaja yang mengeluarkan idea dan pendapat manakala sebahagiannya
hanya mendiamkan diri dan kurang mitivasi untuk meningkatkan daya pemikiran mereka.

Anda mungkin juga menyukai