Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Kajian yang dilakukan oleh Grubb (2002), menyatakan personaliti terbina dari pelbagai
pengaruh iaitu jantina, kedudukan, penempatan, agama, budaya, bahasa dan politk. Ia
jelas membuktikan bahawa seseorang berpersonaliti berdasarkan konflik sosial yang
berbeza.
Ltr blkg
Che Mah dan Mariani (2001) menyokong kenyataan yang diberikan oleh Eysenck (1979)
menyatakan tentang faktor personaliti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
pencapaian akademik seseorang pelajar.

Personaliti secara ringkasnya didefinisikan sebagai sifat dan sikap seseorang yang
membentuk perwatakan dan keperibadian yang membezakan seorang individu dengan individu
lain. Dari sudut psikologi, personaliti telah ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran
dan perlakuan seseorang yang menzahirkan ciri-ciri kawalan emosi dan pemikiran. Pada
pernyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Razak & Ainin (2000), personaliti telah diterjemahkan
sebagai satu pembangunan keseluruhan sistem psikologi dengan menjalankan penyelidikan
secara agregat berbanding hanya memfokuskan kepada beberapa bahagian perwatakan. Menurut
McCrae dan Costa (1985), individu yang mempunyai kecenderungan memiliki dimensi
personaliti yang tinggi didapati sangat peka dan gemar meneroka pengalaman baharu dengan
lebih berfokus.
Individu membentuk satu tingkahlaku yang ganjil apabila berhadapan dengan orang yang
mereka tidak kenali begitu juga apabila mereka bersaing untuk mendapatkan apa yang dimiliki
dalam hidup termasuklah pelajar. Menurut Bretz dan Judge (1994), personaliti dan keadaan
persekitaran pelajar akan mempengaruhi kerjaya yang dimiliki pada masa hadapan dan ia turut
memberi kesan apabila mereka menamatkan pengajian dan mula memasuki alam pekerjaan.
Seperti mana yang kita ketahui setiap pelajar mempunyai sikap dan perwatakan yang berbeza
termasuklah dengan cara mereka terima kaedah pengajaran yang berbeza. Gaya pembelajaran
seseorang adalah berlainan dengan apa yang diajar oleh seorang pendidik dalam menerapkan
ilmu pengetahuan. Menurut Yee (2015), beliau berpendapat bahawa pelajar yang belajar dengan
gaya belajar yang sesuai akan memperoleh prestasi yang lebih baik kerana gaya pembelajaran
berkait rapat dengan kemahiran berfikir.
Seterusnya, seperti mana yang kita tahu, pembelajaran memberi nilai yang penting
terhadap institusi pendidikan sekarang terutama bagi pelajar yang hendak menentukan hala tuju
selepas ini. Secara amnya, Henry Clay Lindgren (1976), menyatakan di dalam bukunya
“Psychology : An Introduction to a behavioural” menjelaskan bahawa pembelajaran
melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang di perlihatkan
oleh seseorang. Pembelajaran juga dianggap sebagai satu proses atau usaha yang dilakukan oleh
seseorang individu untuk memperoleh tingkah laku yang baik dalam beberapa bentuk iaitu
pengetahuan, sikap, keterampilan serta nilai - nilai positif (Azrai et al., 2017). Makna lainnya
juga ialah pembelajaran dianggap satu perolehan maklumat, pengetahuan, penguasaan kemahiran
dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Dengan ini, personaliti mempunyai
hubungan yang rapat dengan pembelajaran dan ia bergantung kepada diri individu itu tersendiri
untuk melakukan pilihan.
Menurut Hergenhahn dan Olson (2015), pembelajaran adalah pengetahuan atau
pemahaman yang diperoleh melalui amalan atau pengalaman. Oleh itu, keberhasilan seorang
pelajar bergantung pada cara individu itu mengolah gaya pembelajaran tersendiri asalkan mereka
memahami apa yang telah disampaikan dengan jelas dan nyata. Dengan ini, personaliti
membentuk cara seorang pelajar atau individu untuk mengambil tindakan ke atas diri sendiri
terhadap perubahan yang dilakukan dan cara ia bertindak. Oleh kerana itu, akademik seorang
pelajar dianggap penting kepada sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran (KPM)
berperanan dalam membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti yang mampu
menggerakkan perubahan.

Anda mungkin juga menyukai