Anda di halaman 1dari 1

Jakarta: Penduduk tempatan menggunakan kaedah unik bagi memastikan

pergerakan orang awam dapat dikawal.

Jakarta Post melaporkan, di perkampungan kecil bernama Kesongo di Kepuh,


Sukoharjo terletak di Jawa Tengah, golongan belia di kampung berkenaan
berpakaian seperti pocong di pintu masuk kampung itu.

Penjaga Masjid Al Himmah di Kesongo, Anjar Panca berkata, tujuan mereka


‘meletakkan’ pocong bukanlah untuk menakutkan penduduk tetapi sebagai
peringatan bahawa wabak Covid-19 boleh membawa maut.

“Ia umpama terapi mengejutkan kerana manusia biasanya (beri lebih perhatian)
untuk perkara berkaitan kematian,” katanya.

Pocong berkenaan memainkan peranan untuk memantau pergerakan pengunjung


yang keluar dan masuk ke kampung itu dan memastikan penduduk mematuhi
arahan larangan perhimpunan sosial.

Ia ‘bertugas’ mulai jam 8 malam hingga tengah malam setiap hari.

Pocong itu juga akan memeriksa pengenalan diri semua pengunjung yang masuk
ke kampung itu dan bertanyakan tujuan mereka ke sana.

“Sejak tiga hari lalu, tiada penduduk yang keluar pada waktu malam.
Nampaknya, mereka takutkan hantu itu,” katanya.

Sehingga kini, Jawa Tengah mencatatkan 104 kes Covid-19 dengan tujuh
kematian.

Anda mungkin juga menyukai