Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Pada zaman yang serba moden ini, kaum wanita juga turut maju kehadapan
dan tidak ketinggalan membina kerjaya masing-masing. Dalam dunia kerjaya,
sebagai wanita islam mereka juga perlu memenuhi apa yang dituntut oleh syariat
islam. Dalam islam, kaum wanita memiliki kedudukan dan kehormatan yang sangat
mulia serta tidak adanya perbedaan hak baginya. Dalam Al-qur’an dijelaskan
peranan seorang wanita sangatlah penting, Namun itu semua tidak keluar dari garis
yag telah dikudratkan kepadanya. Sesibuk mana pun seorang wanita apabila sudah
berumah tangga haruslah dia menjalankan tanggungjawabnya dalam institusi
keluarganya lebih-lebih lagi semakin banyak penceraian yang berlaku disebabkan
oleh pengabaian tanggungjawab. Penulisan esei ini mengkhususkan tanggungjawab
dan peranan wanita dalam menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu menurut konsep
islam.

2.0 Peranan seorang wanita islam sebagai isteri

2.1 Taat

Tanggungjawab utama seorang isteri adalah taat dan patuh kepada


suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih
dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Apabila sah menjadi isteri
kepada si suami maka syurga isteri adalah dibawah tapak kaki suami. Oleh
itu isteri mestilah mentaati suaminya selagi tidak bercanggah dengan syariat
islam. Sebagai contoh, larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini
diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami
dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting. Tambahan
pula kini ramai wanita yang bekerjaya. Walaupun sibuk dengan hal kerja,
isteri tidak boleh leka dengan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri
kepada suaminya.

Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya


sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud
kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

1
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh
melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.

Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah


SWT.

(Riwayat Ahmad)

Isteri mentilah mentaati suaminya dalam batas-batas yang dibenarkan


dalam islam. Isteri boleh ingkar arahan ataupun menolak permintaan
suami jika arahan atau permintaan si suami melangar syariat islam.

2.2 Melayan suami

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada


bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin
antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa
ia melayan kehendak suaminya. Untuk mengelakkan daripada digolongkan
dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si
suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila seorang suami memanggil istrinya untuk sesuatu hajatnya,


maka harus segera disambut, walau ia sedang menjaga masakan di atas
api."

(Riwayat Tirmidzi)

Pada situasi wanita yang bekerjaya, tidak boleh sama sekali dia
mendahulukan kerjanya tanpa alasan yang kukuh dan muhasabah.

2.3 Mengurus rumahtangga

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya


sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang
menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan
damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu,

2
si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu.
Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak
melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si


isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang
pemberian suaminya. Isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan
bukannya hawa nafsu. Isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami
yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab
itu, isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya
tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, isteri hendaklah berjimat-
cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba
kesederhanaan sahaja.

2.4 Menyenangkan hati suami

Apabila suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk,


adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menghargai pemberian suami itu.
Isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada suami yang melebihi
daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja,
isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Untuk menyenangkan hati suami melihat isteri, maka isteri haruslah menjaga
dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah,
isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati
melihatnya. isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh
menarik perhatian si suami.

3.0 Peranan wanita islam sebagai ibu

Sifat wanita sesuai dengan tugas ibu seperti tahan sabar dengan kelakuan
anak karena kasih sayang yang telah tertanam dalam jiwanya sesuai dengan sifat
keibuannya. Wanita telah diberikan keistimewaan iaitu telah diciptakan Allah SWT
untuk melahirkan anak.

3.1 Mendidik anaknya bermula dari dalam kandungan

Menurut islam hayat sebenar bayi adalah sejak berusia 120 haridalam
kandungan. Oleh itu ibu haruslah menjaga perilaku seperti taat kepada Allah
SWT, ikhlas dan banyak membaca Al-Quran serta berzikir. Sebaiknya wanita
yang bakal bergelar ibu ataupun erti kata lain yang sedang hamil haruslah
menghindarkan diri dari dosa, akhlak yang hina dan tidak berfaedah.

3
3.2 Madrasah ula (sekolah pertama) bagi anak-anaknya

Mendidik adalah tugas mulia sepanjang masa dan tugas mulia ini
sudah bermula sejak kata-kata pertama oleh seorang ibu terhadap anaknya.
Oleh itu ibu adalah tiang utama dalam proses pendidikan anaknya. Maka
tidak salah jika dikatakan ‘Ibu adalah tiang negara’.

Sebagai sekolah utama tentu saja seorang ibu harus mempersiapkan


diri demi memenuhi keperluan sebagai kriteria sekolah pertama bagi anak-
anaknya. Bagaimanapun persiapan bakal seorang ibu sangat mempengaruhi
proses pembelajaran anak yang diasuhnya. Untuk itu seorang ibu perlu selalu
belajar dan menambah ilmu yang bermanfaat. Sebagai seorang individu yang
bergelar seorang ibu, tidak ada alasan untuk mengabaikan tanggungjawab
memberikan pendidikan kepada anak. Walaupun sesibuk mana dengan
urusan kerja, seorang ibu mestilah memantau perkembangan pendidikan
anaknya.

4.0 Penutup

Wanita sepatutnya menyedari waktu yang dimilikinya hanya dua puluh empat
jam sehari sedangkan kewajipan yang mesti ditunaikan semakin menggunung. Oleh
kerana itu, mereka amat menghargai waktu. Tidak mungkin baginya untuk
melakukan aktiviti yang mubah (harus) apatah lagi aktiviti yang sia-sia seperti
menonton drama, telenovela, berbual kosong dan sebagainya. Mereka sentiasa
terikat dengan hukum syara’ baik dalam perbuatan mahupun perkataan. Sudah
semestinya tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu mestilah tidak
ditinggalkan.

4
Rujukan

Azizi Yahaya, Halimah Ma'alip Shahrin Hashim, Yusof Boom & Jamaludin Ramli.
(2009). Modal Insan: Membentuk Keluarga Berkesan. Skudai, Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi . (2015). Fatwa Kontemporari. Batu Caves, Selangor: PTS
Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Mazlan. (2009, Mei 23). Cabaran-cabaran Wanita Hari Ini.

Nursyamimi Saidi. (2014, April 15). Cabaran Wanita Bekerjaya. Retrieved from
Utusan Malaysia Online:
http//:ww1.utusan.com.my/utusan/keluarga/20140415/ke_01/Cabaran-wanita-
bekerja

Anda mungkin juga menyukai