Anda di halaman 1dari 2

Temu bual terhadap murid

Nama pelajar: Helvina Chong Wen Yi Kelas: Tahun 4 Merah

1. Adakah anda suka belajar dalam suasana yang sunyi atau keadaan yang
bising? Mengapa?
Saya suka suka belajar dalam keadaan yang bising kerana saya tidak akan berasa
sunyi dan tertekan.

2. Anda berasa lebih selesa untuk belajar pada suhu yang dingin atau suhu yang
panas?
Saya berasa lebih selesa untuk belajar pada suhu yang panas.

3. Anda akan memilih tempat yang bercahaya terang untuk belajar atau
persekitaran yang cahaya samar? Mengapa?
Saya akan memilih tempat yang bercahaya terang untuk belajar kerana saya dapat
melihat sesuatu dengan lebih jelas dan selesa.

4. Apabila belajar, anda suka duduk di meja dan kerusi atau berbaring di atas
katil dan lantai? Mengapa?
Saya suka berbaring di atas katil dan lantai kerana saya berasa lebih selesa dan
gembira untuk belajar.

5. Adakah anda suka mempelajari sesuatu yang baru dan berasa gembira
apabila mencapai gred yang baik?
Saya suka mempelajari sesuatu yang baru kerana dapat menambahkan ilmu
pengetahuan saya. Saya juga berasa gembira apabila mencapai gred yang baik.

6. Adakah maklum balas dan teguran ibu bapa dan guru dapat mendorong anda
untuk belajar?
Ya. Saya suka dorongan daripada mereka tetapi tidak teguran. Dengan dorongan
mereka, saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk belajar kerana
saya sedar mereka mempunyai yakin pada saya untuk mencapai keputusan yang
cemerlang.
7. Adakah anda dapat menghasilkan kerja yang terbaik dalam masa yang
singkat?
Tidak dapat.

8. Apabila belajar, adakah anda menumpukan sepenuh perhatian sehingga


menyiapkan kerja anda?
Tidak semestinya. Saya akan mengikut kegemaraan saya terhadap subjek tersebut.

9. Adakah anda sentiasa menghabiskan kerja rumah pada masa yang ditetapkan?
Tidak.

10. Anda suka belajar secara individu, bersama dengan rakan sebaya atau
ditemani oleh orang dewasa? Mengapa?
Saya suka belajar bersama dengan rakan sebaya kerana kami dapat berbincang dan
berbual-bual. Pembelajaran juga tidak akan menjadi bosan tetapi dalam suasana
yang baik dan gembira.

11. Apakah cara yang digunakan oleh anda untuk mengingati sesuatu dengan
baik? Membaca, menulis ataupun mendengar?
Membaca.

12. Anda sentiasa belajar pada waktu bila? Mengapa?


Saya sentiasa belajar pada waktu petang kerana malam ada kelas tuisyen.

13. Adakah anda dapat duduk belajar di satu tempat untuk jangka masa lama?
Tidak dapat. Saya akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk belajar.

14. Adakah anda suka mata pembelajaran yang melibatkan pengiraan, pelukisan
ataupun kedua-duanya?
Saya suka mata pembelajaran yang melibatkan pelukisan kerana saya dapat
menghasilkan sesuatu berdasarkan kegemaran saya dan bukan harus mengikut
peraturan yang ditetapkan.

15. Adakah anda suka ujian objektif atau ujian berbentuk esei? Mengapa?
Saya suka ujian berbentuk esei kerana saya telah diberi peluang untuk menjawab
soalan dengan idea sendiri.

Anda mungkin juga menyukai