Anda di halaman 1dari 5

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia

(Protokol Sapaan)

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas nikmat dan kurniaan-NYA, dapat kita

bersama-sama berhimpun di dalam dewan yang tersergam indah ini. Sekalung pengahargaan dan

terima kasih saya ucapkan kepada pihak IPG Kampus Dato’ Razali Ismail kerana sudi mengundang

saya bagi merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Penyelidikan

dan Inovasi Profesionalisma (PIPK), ahli jawatankuasa seminar, pembentang-pembentang kajian

tindakan dan peserta-peserta Seminar Penyelidikan Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan (PISMP) 2013 peringkat IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung dalam memastikan kelancaran seminar ini. Dengan kehadiran tuan-tuan dan

puan-puan sekalian, saya pecaya seminar yang bertemakan “Penyelidikan Tindakan Menjana Inovasi

Dan Kreativiti Pendidik” akan berlangsung dengan jayanya.

PENYELIDIKAN TINDAKAN DALAM KONTEKS PERGURUAN

Tuan-tuan dan puan-puan.

2. Umum mengetahui bahawa insan yang bergelar guru itu memikul tanggungjawab yang sangat

berat dan kian mencabar sejajar dengan pekembangan arus globalisasi. Guru juga merupakan agen

pencetus kepada pembaharuan di dalam sistem pendidikan bagi menghasilkan modal insan yang

berkualiti serta mempunyai minda kelas pertama. Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi

memartabatkan profesion keguruan melaui peningkatkan kualiti serta mengukuhkan tahap

profesionalisme, seseorang yang bergelar guru seharusnya mempunyai starategi yang telah dirangka

bagi memenuhi hasrat tersebut.


3. Kajian tindakan merupakan antara satu persada bagi membantu para guru untuk

meningkatkan profesionalisme keguruan seterusnya mampu memartabatkan profesion ini pada tahap

yang tertinggi. Dunia pendidikan sering diuji dengan pelbagai cabaran dan rintangan, dalam

menangani arus tersebut, guru seharusnya kreatif serta sentiasa berada dalam keadaan bersedia

bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Perkongsian idea semasa menjalankan kajian ini juga

bukan sahaja memberi manfaat kepada para guru malahan juga merupakan variasi penemuan baru

dan penembahbaikan yang menyentuh segenap aspek dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Usaha ini dapat menyumbang kearah merealisasikan tuntutan Bidang Keberhasilan Utama Nasional

melalui pendidikan.

4. Amalan refleksi terhadap senario yang berlaku merupakan satu kemestian sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran. Amalan ini juga sangat bertepatan dengan konsep muhasabah dalam

Islam yang mengajar kita untuk merenung kembali tentang amalan yang telah dilakukan seterusnya

melakukan perubahan untuk memberi kebaikan bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga orang lain.

Penyelesaian kepada isu-isu pendidikan banyak bermula di dalam bilik darjah. Hanya guru yang lebih

arif tentang masalah pembelajaran muridnya sebagaimana pepatah Melayu menyatakan, “Hanya

jauhari mengenal manikam”. Melalui penyelidikan tindakan ini, secara tidak langsung akan

menemukan pelbagai kaedah dan strategi baru yang sarat dengan unsur keativiti dan inovasi. Hal ini

perlu bagi memastikan apa juga tindakan guru di bilik darjah mempunyai signifikan dengan kehendak

dan keperluan semasa.

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN

1. Berdasarkan Pelan Strategik IPG, visi utama IPG ialah sebagai peneraju kecemerlangan

pendidikan guru. Ia sejajar dan selaras dengan misi IPG untuk melahirkan guru yang kompeten dan

berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru dinamik kearah pendidikan sekolah bertaraf

dunia. Bagi merealisasikan hasrat ini, IPG memberi penekanan khusus kepada tiga hala tuju utama

untuk menuju kecemerlangan iaitu “pengajaran dan pembelajaran”, “penyelidikan”, “pembangunan

dan inovasi” serta “perkhidmatan pembelajaran sepanjang hayat”.


2. Dalam Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020, Kementerian

Pelajaran Malaysia meletakkan misi yang jelas terhadap pembangunan potensi individu. Setiap

individu di Negara ini berpotensi untuk berjaya. Hal ini selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama

Negara (NKRA), di mana kerajaan menyasarkan usaha untuk memperbaiki pencapaian pendidikan

dengan memastikan setiap murid mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Bagi memastikan misi tercapai, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah

pemantapan pengupaya meletakkan keutamaan terhadap usaha memartabatkan profesion keguruan.

YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj.Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

Pelajaran Malaysia semasa ucapnnya dalam Majlis Pelancaran Pelaporan Awal Pelan Pembangunan

Pendidikan pada 11 September lepas menggariskan Memartabatkan Profesion Keguruan sebagai

salah satu bidang keutamaan dalam pelan pendidikan Negara.

BUDAYA PENYELIDIKAN TINDAKAN

1. Elemen penyelidikan juga telah diperkenalkan bagi memartabatkan profesion keguruan. Ianya

bukan sahaja membantu meningkatkan mutu pengajaran tetapi secara tidak lansng dapat

meningkatkan mutu pendidikan Negara. Masyarakat Malaysia mula memandang serius akan sistem

pendidikan Negara. Kajian demi kajian yang dilakukan oleh IPG dalam membudayakan penyelidikan

dilihat sebagai satu langkah drastik yang meningkatkan daya saing Negara.

2. Selepas berseminar ini, kita harus memikirkan bagaimana kita dapat mengekalkan dan

melestarikan budaya penyelidikan tindakan ini. Kerja-kerja ini memerlukan warga pendidik yang

bersedia untuk melaksanakan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang membolehkan

penguasaan dan peningkatan kendiri. Dalam keghairahan melaksanakan penyelidikan, adalah penting

diterapkan dalam diri setiap guru bagi menghasilkan guru yang serba boleh. Penyelidikan yang

berterusan akan memugarkan kreativiti dan inovasi untuk terus memastikan proses pengajran dan

pembelajaran yang berkesan dan efektif.


Hadirin dan hadirat yang saya hormati,

1. Saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk merakamkan setinggi-tinggi

pernghargaan kepada semua pembentang kertas penyelidikan tindakan yang berjaya mengangkat

diri dan profesion keguruan. Harapan saya, pelajar-pelajar PISMP Semester 8 yang akanmenjadi

guru novis kelak akan menerapkan budaya penyelidikan tindakan semasa berada di sekolah. Terima

kasih juga kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

Terengganu, dan sekolah-sekolah yang sentiasa member sokongan kepada IPG Kampus Dato’

Razali Ismail ini. Saya difahamkan, kerjasama yang erat antara agensi dalam Kementerian Pelajaran

Malaysia ini, merupakan antara ramuan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Terengganu.

2. Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur yang telah

bekerja keras bagi memastikan kelancaran seminar penyelisikan tindakan ini. Sokongan penuh

pengarah IPG Kampus Dato’Razali Ismail serta komitmen penuh Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Pembangunan Keguruan (PIPK) serta kehadiran para jemputan semua, merupakan usaha proaktif

dan murni yang harus diberikan pujian. Saya doakan Seminar Penyelidikan yang bermula hari ini

hingga 19 September ini akan berlangsung dengan jayanya. Moga semua yang kita kejakan ini

memprlihatkan kegigihan guru-guru dalam meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirrahim,saya dengan ini merasmikan Seminar Penyelidikan

Tindakan PISMP 2013 Peringkat IPG Kampus Dato’ Razali ismail bagi tahun 2013.

“Penyelidikan Tindakan Menjana Inovasi Dan Kreativiti Pendidik”

Sekian,

Wabbilahitaufikwalhidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Anda mungkin juga menyukai