Anda di halaman 1dari 10

 Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan

iaitu dari sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan,


polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial
 .Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara
ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga
kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat
tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.
Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak
mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara
sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang
berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan
keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China
Selatan.
Implikasi Hubungan Etnik Dari Faktor Sosial

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi


yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan
hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan
kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang
melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan
sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan
kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan
etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat
Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan
Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat
resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya
mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat
sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya
masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan
negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri.


Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan
menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di
sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan
menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar
mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang
berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.
Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik
yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan
yang negatif kepada negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak


akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan
menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa
kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap
sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan
memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana
mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa
golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin
untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran
mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak
akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya
yang terdiri daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika
cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi
dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat
keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat
sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut
pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan
lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai
bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan
dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika
kita lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang
mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan.
Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis
Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat
menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita
memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu
kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak
sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek : Ekonomi

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi.
Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap
etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan
banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang
umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan
dan menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat
dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah
membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang
pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara
Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini
untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar.
Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak
seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru
itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik.
Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan
yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi
yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah
dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika
harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan
berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang
keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup
mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana
kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera
atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di
mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada
ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan
negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan


negara tida boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih
besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui penyertaan
mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada
permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara
tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik
dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan
bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar.
Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di
mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan
untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah
masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk


mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya,
mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak
yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga
tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan
bakti pada negara mereka sendiri. Lambang bendara Malaysia akan tinggal
sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik
masing-masing.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agama

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam
masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa
dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap
kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota


daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan.
Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang
sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden
sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati
dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam
satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan
tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti
mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini
belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar
untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan
walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses


globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat
merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak
maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta
pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat
kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga
mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme
atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa
menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang
songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif
seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta
pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang
memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-
pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri.
Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya
hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga
datangnya daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan
dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek pengaruh Barat bagi
merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang
juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus
pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
Pengajian Malaysia
, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah
pemupukan hubungan etnik bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-cabaran yang telah
dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai
dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek.
Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula
menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta
Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor
Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan
panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
terlatih.

Pelbagai Strategi Meningkatkan & Mengeratkan Hubungan Etnik di


Malaysia
Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang
utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan
sebagainya. Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai
perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan
rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah
terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali
keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan
sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas
dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang
diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu
kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara.
MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan
dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk
menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja
sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi
Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan
aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum.
Selain itu, pada 29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan
Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi
kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti
kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam
pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan
perlembagaan.

Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari
MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah
dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil
dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan,
wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi
membolehkan mereka membuat perbincangan secara berterus-terang.
Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu
ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan,
keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang
unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi nasional serta
semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip
berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri
rakyat negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman
dan hala tuju dalam merancang program pembangunan negara. Secara
khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional,
pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang


dirancang selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan,
aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam konsep hubungan etnik,
dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama
rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan
ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan
pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990),
Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan
Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi
untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada
maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka
Panjang(RRJP) yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya
membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan
peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya
pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di
sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih
lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara
kawasan (bandar dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan
memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan
Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk
mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah menjadikan Malaysia
sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah
membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai,
etika dan moral mengikut acuan tempatan.

Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu
serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan
beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap
pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan
kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan
perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah meningkatkan
dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;
meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula
masyarakat dan memebri lebih tumpuan kepada pembangunan sumber
manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan
ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010)


atau dikenali sebagai Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional
dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan
sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial,
kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia
dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan
masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang,
adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja
berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991) yang dibentangkan pada sidang
pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991
menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan
Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk
mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banayak matlamat itu
menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya
tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari
aspek politik, sosial dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat.
Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu menggerakkan
pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun
iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan
mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi
pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik,
ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan,
Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga
Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan
Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu
Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL)
dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan
aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara.
Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan
bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan
etnik yang erat antara rakyat di negara ini. Melalui pembacaan beberapa karya
Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Perpaduan
Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat
Malaysia merupakan sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan
agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri.

Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia luar, proses penjajahan barat
dan kemasukan orang asing erupakan faktor utama yang bertanggungjawab
mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang „multiracial‟ dan „multiculture‟ yang mempunyai asas-asas
kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu,
bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep
negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua masyarakat
mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti
negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-
budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan
dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti
peradabannya yang tersendiri. Masyarakat berperanan dalam pemupukan
hubungan etnik agar negara kita malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan
selesa.

Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya.


Secara amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga
golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah meresap masuk ke dalam
kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan
menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk
bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima menjadi warganegara
malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama iaitu
melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah
mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik.
Disamping itu kepentingan agama didahulukan.. Satu daripada cara mencapai
perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam
pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan
kepentingan pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang
sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada
hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan.

Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan


Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan
Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan
Agong Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang
mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi
bahasa yang tinggi. Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan
dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar perhubungan kaum dapat
dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa· adat-adat
kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam
hendaklah memmberi salam ‘Assalamu’alaikum’. Pengunjung bukan Islam
memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang hendak masuk ke
dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut.

Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada


keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara
umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara
dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya
hingga ke dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat.
Semasa berkunjung, tetamu mestilah membuka kasut kecuali jika tuan rumah
membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari dan masa yang
dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai
dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu
hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan
mengatakan ‘saya akan datang lagi’ serta berjabat tangan. Masyarakat Cina
pula mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa
berkunjung ke rumah orang dna, tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri
tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah.

Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan
rumah berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah
keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus
menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan
perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling
memahami adat dan kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah
persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

Kesimpulan Mengenai Hubungan Etnik di Malaysia


Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat
penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin
kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan
mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan
keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah
dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap
kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama
dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang
berpanjangan.

Anda mungkin juga menyukai