Anda di halaman 1dari 27

Tajuk 4: Perkembangan Professional

Guru Matematik

Perkembangan
Profesional Guru
Matematik

Wacana Badan-badan Peranan guru Pendidikan


akademik akademik Matematik sepanjang hayat
4.1 Wacana Akademik

Wacana:
Sekumpulan ayat
memperlihatkan
satu kesatuan
buah fikiran,
fakta atau cerita.
Seminar
• Seminar merupakan satu perjumpaan untuk
berbincang atau bertukar-tukar pendapat
tentang perkara-perkara tertentu.
• Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik akan menjadi wadah dan wacana
untuk berkongsi pengalaman yang dilalui
para pendidik, pengkaji, pengamal dan
semua pihak yang terlibat dalam pendidikan
sains dan matematik.
• Seminar Pengajaran dan Pembelajaran untuk
Mata Pelajaran Sains dan Matematik disertai
oleh guru-guru cemerlang untuk saling bertukar
idea dan berinteraksi dalam usaha meningkatkan
kepentingan Sains Matematik demi kemajuan
teknologi dalam bidang Sains dan Matematik.
• Dengan ini, para guru Matematik dapat
memperkembangkan pengetahuan dengan
melibatkan diri dalam seminar-seminar tersebut
dan seterusnya telah memperkembangkan
profesional diri sebagai guru Matematik.
BENGKEL
• Bengkel merupakan mesyuarat atau
perbincangan secara berkelompok untuk
mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat
tentang sesuatu.
• Bengkel Penandaan Matematik Kertas 1 dan 2
untuk guru-guru sekolah rendah bagi
meningkatkan tahap profesionalisme guru
berkenaan supaya lebih berkualiti, bersedia dan
berdaya saing.
• Pengetahuan ini dapat diaplikasikan pada situasi
lain yang serupa seperti peperiksaan bulanan
atau ujian pra.
• Bengkel Inovasi Pedagogi dalam Penyelesaian
Masalah Matematik Sekolah Rendah dengan
Menggunakan Strategi Melukis Gambar Rajah
merupakan satu sesi perkongsian pengalaman untuk
mengaplikasikan strategi melukis gambar rajah
dalam menyelesaikan masalah matematik.
• Guru Matematik wajar menerokai pelbagai strategi
menyelesaikan masalah serta dapat
mengaplikasikannya dengan mengambil kira
perbezaan individu seperti kebolehan, minat, gaya
pembelajaran serta pelbagai kecerdasan pelajar.
PERSIDANGAN
• Persidangan LINUS Kebangsaan juga memainkan
peranan yang penting dalam memperkembangkan
pengetahuan kepada guru-guru Matematik.
• Objektif persidangan ini termasuklah berkongsi
rahsia amalan terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk literasi dan numerasi
khususnya untuk murid-murid yang masih lemah.
• Justeru, satu komuniti pembelajaran profesional
dalam kalagan FasiLINUS dan guru-guru LINUS
dapat diwujudkan supaya prestasi murid yang
menguasai literasi dan numerasi dapat dicapai.
BUKU
• Buku Isu-isu Pendidikan Sains dan Matematik Edisi
pertama 2008 tebitan Universiti Teknologi Malaysia ditulis
untuk satu perkongsian ilmu melalui dapatan dalam kajian-
kajian yang telah dan sedang dijalankan secara berterusan
berkenaan mata pelajaran Sains dan Matematik.
• Penyelidikan, penemuan dan perbincangan dalam buku ini
berkisar kepada isu-isu tahap kompetensi guru-guru Sains
dan Matematik. Buku ini dapat menjadi rujukan kepada
guru-guru, pensyarah-pensyarah dan mereka yang terlibat
dalam membuat perancangan mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam usaha untuk sama-sama menyumbang
kepada peningkatan prestasi yang dicita-citakan melalui
Falsafah Kebangsaan dan Dasar Wawasan Negara.
• Buku Pedagogi dalam pendidikan Matematik, 2001
dapat membantu guru-guru Matematik dalam
menambahkan pengetahuan mengenai cara-cara,
strategi-strategi dan teknik-teknik dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran subjek
Matematik secara efektif di dalam kelas.
• Dengan ini, guru Matematik akan menggunakan
strategi yang paling berkesan seperti strategi
pemusatan murid bagi mengajar topik masa. Hal ini
dapat menambahkan pengalaman murid semasa
mempelajari topik ini di dalam kelas dengan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.
JURNAL
• Jurnal merupakan terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu
perkara, profesion, atau bidang tertentu.
• Jadi, amatlah penting bagi guru-guru terutamanya guru Matematik untuk
mengemas kini dan sentiasa prihatin terhadap peristiwa yang berlaku
terutamanya mengenai subjek Matemaik.
• Jurnal Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian
Matematik bagi Murid-murid Sekolah Rendah meliputi kajian untuk meninjau
keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif terhadap sikap dan pencapaian
Matematik apabila guru pelatih menggunakan pembelajaran koperatif
dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.
• Dapatan kajian menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk
meningkatkan pencapaian Matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan
dalam sikap murid terhadap Matematik antara kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
• Natijahnya, guru-guru Matematik seharusnya menggunakan kaedah atau
strategi yang lain dan lebih berkesan untuk mengubah sikap murid terhadap
Matematik.
• Jurnal Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru
Pelatih memberi pendapat bahawa sikap, minat dan
motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan
tahap pencapaian masing-masing. Justeru, guru dan pelajar
harus berusaha untuk memupuk sikap, minat dan motivasi
supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mencapai objektif yang telah disasarkan.
• Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih yang
bersikap positif berminat dalam kerjaya perguruan serta
bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya.
Mereka juga menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa
latihan mengajar berbanding mereka yang tidak berminat
dan rendah motivasinya.
BADAN-BADAN AKADEMIK

Persatuan
guru-guru
Matematik

NCTM NUTP Persama


National Council Of Teachers Of
Mathematic (NCTM)
• Bermula pada tahun 1920.
• Tujuannya : menambah baik proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Matematik.
• NCTM memastikan setiap pelajar mendapat
pendidikan matematik yang sempurna dan
menyediakan perkembangan profesional yang
berterusan untuk setiap guru matematik.
• Misi NCTM : menunjukkan visi dan memberi
pemimpinan yang perlu supaya pelajar mendapat
pendidikan matematik yang berkualiti tinggi.
• NCTM ialah satu pertubuhan profesional yang
mendapat mandat dan kekuatannya dari ahli-
ahlinya yang terdiri daripada guru-guru matematik
sekolah, pensyarah universiti dalam bidang
pendidikan dan juga institusi pendidikan seperti
perpustakaan kolej dan sekolah.
• Melalui NCTM, guru-guru Matematik akan
mengetahui tentang perspektif asas yang perlu
dirujuk oleh pendidik dalam membuat keputusan
yang melibatkan pendidikan Matematik di
sekolah seperti keadilan, kurikulum, pengajaran
dan pembelajaran, pentaksiran dan teknologi.
Hal ini secara tidak langsungnya telah
meningkatkan profesional seseorang guru
Matematik.

• Guru-guru Matematik dapat mempraktikkan


kandungan dokumen Principles and Standards for
School Mathematics di dalam kelas mereka. The
Illuminations dibangunkan untuk menyediakan
rancangan mengajar bagi guru. Hal ini telah
meningkatkan profesional guru Matematik.

• NCTM telah menyediakan ruang dan peluang


untuk peningkatan profesionalisme guru melalui
persidangan atau seminar kepimpinan, tahunan
atau regional. Dalam persidangan atau seminar,
para pakar dan guru saling berkomunikasi dan
bertukar idea-idea yang bernas untuk membuat
sesuatu keputusan. Justeru, profesional guru
Matematik dapat diperkembangkan.
National Union of Teacher Profession
(NUTP)
• NUTP merupakan sebuah kesatuan pembela profesion
perguruan yang prihatin terhadap perkhidmatan para guru,
perhubungan kerjaya, keistimewaan khas serta perkara-
perkara lain yang berkaitan dengan profesion perguruan.
• Objektif : menjadikan Kesatuan Sekerja yang cekap dalam
memperjuangankan hak guru-guru serta berupaya memberi
perkhidmatan yang cemerlang.
• NUTP berusaha meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi
sosial dan kebendaan menurut lunas undang-undang
sebagai kesatuan sekerja. Di samping membantu kaum guru
memahami peranan mereka dalam memenuhi hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), NUTP juga berusaha
untuk meningkatkan imej dan martabat profesionalisme
guru.
•NUTP telah menolak pelaksanaan sistem Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) di peringkat sekolah rendah. Setiausaha Agung NUTP,
Loke Yim Pheng, berkata delegasi menolaknya selepas
mendapati majoriti murid di sekolah rendah mengalami
kesukaran mengikutinya terutama dari segi memahami istilah
Sains serta Matematik dalam Bahasa Inggeris.

•Mulai tahun 2013, program Pembangunan Profesional


Berterusan untuk guru akan dipertingkat dengan tumpuan
kepada keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata
profesion guru abad ini dibina atas dasar persaingan, iaitu
pendidikan selepas tamat persekolahan, latihan dan
pembangunan kerjaya. Justeru, ia perlu selari dengan visi dan
misi negara ke arah menyediakan rakyat berilmu dan
berkemahiran. Tuntasnya, guru-guru Matematik dan lain dapat
memperkembangkan kemahiran serta meningkatkan
profesionalisme guru.
International Congress on Mathematical Education (ICME)
Diadakan setiap empat tahun di bawah naungan Suruhanjaya
Antarabangsa Pengajaran Matematik (ICMI) daripada
Matematik Kesatuan Antarabangsa (IMU).
Tujuan Kongres adalah untuk membentangkan trend dalam
penyelidikan pendidikan matematik dan dalam amalan
pengajaran matematik di semua peringkat bagi semua negeri.
Kongres akan mengumpulkan tafsiran luas peserta seperti
penyelidik dalam pendidikan matematik, pelatih guru, amalan
guru, ahli matematik, dan lain-lain yang berminat dalam
pendidikan matematik.
ceramah

Persembahan Perbincangan,
poster bengkel

Program
saintifik

pasukan kaji pembentangan


selidik negara

Kumpulan
topik kajian
Persatuan Sains Matematik Malaysia
(PERSAMA)
• Ditubuhkan pada tahun 1970 oleh sekumpulan ahli yang
terdiri daripada ahli akademik dan guru sekolah seluruh
negara.
• Misinya : meletakkan sains matematik dan ilmuannya ke
tahap yang unggul dalam pengartikulasian, pencanggihan,
penerokaan, penyatuan ilmu dan pembinaan insan.
• Berusaha untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan
daripada orang ramai yang berminat di dalam bidang
Matematik.
• Persatuan ini menjemput semua pensyarah matematik di
universiti, institut, kolej dan guru-guru sekolah, mereka
yang menggunakan sains matematik sebagai alat di dalam
perniagaan atau profesion mereka dan mereka yang
mengiktiraf khidmat besar matematik di dalam
pembinaan tamadun untuk menjadi ahli persatuan ini.
• Dengan menyertai persatuan ini, para guru Matematik
dapat mengekalkan status dan memajukan minat orang
ramai terhadap bidang Sains dan Matematik. Selain itu,
guru-guru Matematik juga dapat melaksanakan kemajuan
dalam pengajaran Sains dan Matematik. Justeru, sesi
pengajaran dan pembelajaran guru-guru Matematik
menjadi lebih menarik serta berkesan dan seterusnya telah
melahirkan generasi muda yang berminat dalam kedua-dua
bidang Sains dan Matematik.

• Guru-guru Matematik juga dapat mengembangkan


kemahiran komunikasi melalui penglibatan diri secara aktif
dalam persatuan ini. Hal ini disebabkan persatuan ini
bermatlamat untuk menyediakan kaedah komunikasi
antara pelajar, guru dan lain-lain yang berminat di dalam
bidang matematik dan pengajaran matematik.
• Guru-guru Matematik dapat memelihara
minat dalam pengajaran dan penglibatan
Sains dan Matematik serta kepenggunaannya.
Guru-guru Matematik juga dapat mengambil
langkah-langkah yang efektif bagi
mengembang pandangan-pandangan
persatuan berhubung dengan sebarang
persoalan yang mempunyai kesan terhadap
pembelajaran dan pengajaran sains
matematik.
Association for science and
mathematics education penang
(ASMEP)
• Dipengerusi oleh Prof. Dr. Munirah Ghazali
• Tujuan
ASMEP menyediakan platform untuk semua ahli-ahli yang
berkaitan dengan sains, matematik dan teknologi datang
bersama-sama untuk berkongsi tentang pembangunan, isu-isu
dan aktiviti yang boleh meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran
• Menyediakan kemudahan ASMEP-online sebagai wahana
perkongsian maklumat.
• Salah satu ciri yang paling penting adalah keupayaan interaktif
untuk ahli untuk memberikan maklum balas dan juga
bekerjasama untuk memberi sumbangan dan memperkayakan
ASMEP-online.
• Menerbitkan artikel seperti SAINSAB jurnal perdana Persatuan
Sains & Matematik, Pulau Pinang. SAINSAB menerbitkan
akademik berwasit artikel yang menyumbang kepada teori dan
amalan sains, matematik dan pendidikan teknologi pendidikan.
SAINSAB menjemput guru sekolah rendah dan menengah,
pendidik guru, guru preservice, dan lain-lain yang mempunyai
kepentingan dalam meningkatkan kualiti pengajaran untuk
menghantar artikel.

Anda mungkin juga menyukai