Anda di halaman 1dari 7

Prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan dalam

negara bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan


(PKP) akan memasuki fasa ketiga. PKP ialah mekanisme
pengawalan COVID-19 yang diadaptasi oleh kerajaan
melalui agensi keselamatan negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan


lengkungan COVID-19 akan terus memuncak dan
menunjukkan peningkatan di luar kawalan sekiranya
tiada langkah pengawalan berkesan dijalankan seluruh
dunia.

Adaptasi mekanisme pengawalan COVID-19 menjadi


penanda aras bagaimana sesebuah negara mengatasi
musuh halimunan, iaitu ancaman biologi atau wabak
penyakit yang belum mempunyai penawar.

Ia juga antara kontek peperangan asimetrikal dalam


keselamatan negara, iaitu memerangi musuh yang
sukar diketahui lokasi dan kekuatan sebenarnya.
COVID-19 mengubah struktur pertahanan dan
keselamatan negara secara drastik. Ketika
mengumumkan fasa ketiga PKP, Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah gagah barisan
hadapan khususnya kakitangan perubatan mengambil
risiko demi memastikan keselamatan rakyat amat
dihargai.

Ujarnya, kita semua ialah lapisan masyarakat dalam


keluarga besar yang perlu saling membantu. Tanpa
mengira bangsa, ini negara kita, kita jaga kita.

Lengkungan penularan COVID-19 di negaraini masih


dalam jajaran polariti linear tanpa menunjukkan
sebarang kenaikan mendadak secara eksponential. Jelas
PKP dilihat berkesan sebagai tunjang strategi utama
menentang musuh berskala nanometer yang
menyerang negara.

Penularan COVID-19 dalam negara adalah terkawal


pada kadar 7 peratus di bawah skala tanda aras WHO
sebanyak 10 peratus. Kadar kematian dalam negara
sekitar 1.6 peratus juga di bawah skala sebenar WHO,
5.8 peratus pada peringkat dunia, manakala Malaysia
mencatatkan 43 peratus bagi kadar pemulihan COVID-
19.

Namun, ini bukan masanya mendabik dada dan untuk


kita berbangga dengan keberkesanan langkah
mekanisme pengawalan COVID-19. Malah, jauh sekali
bagi sesiapa sahaja mengatakan mereka sudah berjaya.

Peperangan asimetri COVID-19 masih berada dalam


fasa pertengahan, manakala sebarang kesilapan asas
akan membawa kegagalan dan penularan wabak secara
eksponential melalui kewujudan kluster baharu yang
akan membentuk generasi seterusnya penularan
wabak.

Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang berjaya


menggariskan strategi pengawalan berkesan dan salah
satu faktor kejayaan adalah kesiapsiagaan struktur
kesihatan dalam negara.
Jumlah kes positif baharu juga dilihat menunjukkan
aliran penurunan. Bagaimanapun aliran penurunan ini
harus berterusan serta memerlukan tindakan dan
pencegahan bagi memutuskan rantaian wabak penyakit
COVID-19 secara total.

Kewajaran PKP adalah satu penyelesaian penting dalam


memastikan virus COVID-19 dapat diatasi. Justifikasi
perlanjutan PKP dalam fasa ketiga dibuat untuk
memberi ruang proses pengawalan dan penularan
wabak selaras saranan WHO.

Kumpulan sasar akan terus menjadi tumpuan dan


langkah penambahan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) mungkin akan meningkat bagi
memastikan keberkesanan langkah pencegahan
memerangi COVID-19.

Rakyat Malaysia seharusnya mengagumi amalan konsep


transparensi secara total oleh agensi penyelaras dalam
mengatasi ancaman COVID-19. Masyarakat diberikan
penjelasan secara berkala berdasarkan fakta sebenar
dan tahap kesiapsiagaan agensi negara.
Jelas, strategi PKP semakin diterima dan menjadi asas
kepada perubahan peradaban sosial masyarakat
menangani COVID-19. Interaksi sosial pada masa kini
adalah berdasarkan konsep penjarakan sosial dan asas
normaliti baharu berdasarkan PKP.

Normaliti dan sosialasi sedang mengalami perubahan


dalam masyarakat bersandarkan PKP yang perlu
difahami sebagai benteng pertahanan negara dalam
menghadapi ancaman COVID-19.

Tular di media sosial bagaimana kekaguman


masyarakat Indonesia dengan usaha kerajaan
melaksanakan mekanisme pengawalan menangani
COVID-19. PKP dan pakej rangsangan ekonomi dilihat
gabungan berkesan dalam memerangi COVID-19.

Namun, faktor asas kejayaan ini adalah kesediaan dan


kebersamaan kita semua menyokong sepenuhnya PKP
sebagai mekanisme pengawalan dalam peperangan
asimetrikal menentang COVID-19.
Pematuhan konsep PKP harus diletakkan sebagai
keutamaan rakyat Malaysia. Sikap pentingkan diri
sendiri harus diganti kepada asas solidariti
kebersamaan yang jitu.

Sekatan jalan raya dan rondaan yang dijalankan


mengesan mereka yang ingkar PKP memperlihatkan
segelintir masyarakat yang masih gagal mentafsir
ancaman sebenar COVID-19.

Kejujuran keikhlasan bagi mengelak kewujudan kluster


baharu COVID-19 amat penting untuk difahami ketika
fasa pertengahan kita tidak boleh mengambil risiko
yang boleh menyumbang kepada penularan COVID-19
dalam skala yang sukar dikawal.

Pesalah yang ingkar PKP dikenakan tindakan dalam


bentuk amaran, denda malah ada yang dipenjarakan.
Namun, sebagai bentuk pengajaran kepada semua dan
menunjukkan kesepakatan dalam menangani ancaman
COVID-19 pesalah ingkar PKP kali pertama yang sudah
atau sedang dipenjarakan mungkin boleh
dipertimbangkan untuk tidak direkodkan sebagai bekas
banduan khususnya kepada pelajar institusi pengajian
tinggi awam dan remaja yang berpotensi mempunyai
masa hadapan cerah.

Kaedah alternatif berkesan yang dicadangkan adalah


mengenakan jumlah denda yang lebih tinggi secara
maksimum, dikenakan perintah tahanan rumah,
diletakkan di bawah pengawasan agensi keselamatan
dan diwajibkan mengikuti kursus secara dalam talian
modul gerak saraf Keselamatan Negara dan
Tanggungjawab Sosial yang boleh dibangunkan
bersama pakar akademik dan agensi berkaitan.

Pematuhan dan pengiktirafan PKP adalah strategi induk


yang perlu diperakui oleh rakyat Malaysia. Untuk
memerangi peperangan asimetrikal menentang COVID-
19, solusinya adalah kesiapsiagaaan dan kebersamaan.
Ia adalah peperangan yang sukar, tetapi bukan misi
yang mustahil. Kita jaga kita.

Anda mungkin juga menyukai