Anda di halaman 1dari 2

(SALINAN IBU BAPA)

PERISYTIHARAN IBU BAPA


(Untuk diisi dan ditangani oleh ibu bapa atau penjaga)
PERHATIAN:
Harap baca dengan teliti terlebih dahulu segala kandungan pengisytiharan ini dan pastikan
tuan/puan memahami setiap cara sebelum menandatanganinya. Pengisytiharan ini adalah
satu dokumen yang penting. Adalah dinasihatkan agar tuan janganlah menandatangani
perisytiharan ini kecuali jika sudah bersetuju dengan isi kandungannya. Terima kasih.
Kepada,
Lembaga pentadbir SRI Hira’.
1. Saya memahami dan mengakui dengan sesungguhnya bahawa:
Pendidikan di Sekolah Rendah Islam Hira’ (SRI Hira’) adalah berteraskan Pendidikan
Islam. Pembangunan akhlak dan keperibadian Islam adalah suatu matlamat yang
teramat penting. Ini adalah kerana di sekolah persoalan keilmuan dan keimanan
adalah tidak terpisah.
Oleh itu, saya memenuhi sepenuhnya bahawa anak saya mesti menjunjung tinggi
ajaran-ajaran agama Islam, baik dari segi pemikirannya, mahupun dari segi tatalaku
sepanjang persekolahannya di sekolah ini. Saya juga menyedari bahawa anak saya
mesti berkelakuan selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam al-
Quran dan as-Sunnah.
2. Dengan penerimaan anak saya untuk belajar di SRI Hira’ ini, saya bersetuju dan
faham bahawa anak saya adalah dikehendaki untuk:
a) Menjunjung tinggi cita-cita, falsafah dan objektif SRI Hira’.
b) Menjalani kehidupan seorang muslim yang taat sepanjang pengajiannya di SRI Hira’.
c) Mengamalkan sikap bertolak ansur, jujur, rajin bekerjasama dan menjalinkan
hubungan harmoni di kalangan rakan pelajar, guru-guru dan kakitangan SRI Hira’.
d) Menunaikan sembahyang lima (5) waktu yang wajib dengan taat, di mana dan pada
bila-bila masa yang boleh di dalam keadaan jamaah sepanjang pengajiannya di
sekolah ini.
e) Mematuhi perlembagaan, undang-undang, peraturan termasuklah Peraturan-
Peraturan Disiplin Pelajar dan lain-lain peraturan yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa Hira’ dari masa ke masa.
f) Menjaga perangai yang baik dan tidak melibatkan diri di dalam perbuatan-perbuatan
dan aktiviti-aktiviti yang diharamkan oleh Islam.
g) Memahami peraturan pakaian Islam dengan tidak memakai pakaian ketat sehingga
menampakkan bentuk tubuh badan dan juga tidak memakai pakaian yang nipis
sehingga dapat dilihat oleh orang awam dan juga tidak berpakaian dengan pakaian
(SALINAN IBU BAPA)

yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, berlumba-lumba agar dapat menarik


perhatian orang lain atau untuk mencari populariti.
h) Mematuhi kesederhanaan Islam di dalam berkelakuan dengan tidak meniru-niru
atau memuja-muja fesyen dan amalan yang tidak bermoral.
i) Tidak melibatkan diri dengan apa jua bentuk hubungan sesama jenis atau berlainan
jenis yang dilarang oleh syariah di dalam dan di luar sekolah.
3. Sebagai ibubapa / penjaga, SAYA BERSETUJU dan FAHAM bahawa:
a) Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk MENJELASKAN SEGALA BENTUK
YURAN dan BAYARAN YANG DIKENAKAN oleh pihak sekolah sepanjang
persekolahan anak saya di SRI Hira’. Yuran tahunan hendaklah dijelaskan sebelum
bermulanya sesi persekolahan yang baru dan yuran pengajian dibayar sama ada
secara semesta atau bulanan. Setiap bayaran hendaklah dijelaskan setiap awal
semesta atau bulan sebelum 7 haribulan.
b) Saya juga adalah turut sama bertanggungjawab dalam memastikan anak saya
mematuhi segala peraturan sekolah dan akan memberikan kerjasama kepada
pihak sekolah dalam segala perkara yang berkaitan dengan pembelajaran anak
saya pada bila-bila masa sahaja demi kepentingan bersama.
4. “ Adalah dengan ini, setelah membaca dan memahami dengan sepenuhnya
pengisytiharan ibu bapa ini, bersetuju bahawa anak saya, setelah diterima menjadi
pelajar SRI Hira’, mesti mematuhi segala peraturan dan undang-undnag lain yang
ditambah dari masa ke masa oleh pihak berkuasa Hira’ ”.
Saya sedar bahawa pihak berkuasa Hira’ mempunyai hak untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya sehingga ke peringkat menggantung pengajian atau membuang anak
saya dari Sri Hira’ tanpa memberikan apa-apa sebab atau alasan atau penjelasan
sekiranya pada pandangan pihak berkuasa Hira’, ia boleh menimbulkan suasana
ketidakselesaan rakan-rakan pelajar atau kebajikan pihak-pihak lain di SRI Hira’ ini.

Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga :………………………………………………………………………………


Nama Penuh (ejaan seperti KP) :………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan :………………………………………………………………………………
Alamat Rumah :……………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………..
Tarikh :………………………………………………………………………………..
Nama Anak :………………………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai