Anda di halaman 1dari 4

www.sibermerdeka.com.

my (Abdul Ghaffar Ibrahim) [Puisi Modern]

Rangkap 1

Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga susahku

hidup menentang senja dan malam.

Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri) dengan suatu tekad membuat perancangan untuk membebaskan diri
daripada kesukaran dengan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang..

Rangkap 2

Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onak dan enak

untukku merdekakan warga fikirku

mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan keselesaan.Beliau tidak mahu dikongkong.
Penyajak mahukan kebebasan berfikir supaya tidak mudah diganggu oleh pengaruh luaran dirinya seperti
dipermain-mainkan.

Rangkap 3

Dalam laut diriku

ombak gelora menampar pantai aman

untuk menguji amal dan iman.

Dalam jiwa penyajak, pelbagai dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri .
Kesemuanya untuk menguji amalan dan keimanannya.

Rangkap 4

Dalam gergasi diriku

terpedaya jua oleh permainan si kancil

namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam keegoan dan kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga dengan tipu muslihat yang licik dan perangkap
pihak yang disangka bijaksana. Akan tetapi, penyajak bernasib baik kerana cepat sedar dan masih peka terhadap tipu
muslihat itu.
Rangkap 5

Dalam pentas diriku

aku berlatih menangkis angin

aku berlatih memunggah awan

menghayati skrip demi skrip

yang tak diduga klimaksnya.

Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang sesuatu masalah, ketidakpastian,meneroka


kebenaran, menelaah / menghayati setiap perkara yang tidak diketahui kesudahannya.

Rangkap 6

Dalam dewan diriku

aku tak cemas lagi

oleh kata yang mengekang

aku tak lemas lagi

oleh kata yang menyerang

Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang dan tidak mudah
mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi atau sebarang percubaan untuk menjatuhkannya dengan cara
memburuk-burukkannya.

Rangkap 7

Apabila sibermerdeka sampai

ke rumah cabaranku

aku panggil diriku bermesyuarah

menyokong, berkecuali atau menentang

aku ambil keputusan

waktu itu aku tak kenal batas diri

untuk tidak mengulangi kekalahan.

Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh supaya tidak
sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan.Penyajak juga tidak akan
mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Rangkap 8

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia

aku turun darinya menghadapi hidup nyata

peristiwa datang peristiwa pergi

bagai siang memanggil malam


dan sibermerdeka terus berkaca

terus mengalirkan arus ingatan

elakkan dirimu menjadi sia-sia

hamparkan dirimu di persada Tuhan

Sekarang, penyajak menyedari bahawa dirinya telah banyak menghabiskan waktu melayan media baharu itu.
Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian terus memenuhi ruang internet
untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan keazaman untuk tidak membuang waktu
tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri dengan beribadat di sisi Ilahi.

Tema

Ketabahan seorang insan dalam menghadapi dugaan hidup

Persoalan

1. Persoalan setiap insan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup.


2. Persoalan perlunya perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran hidup.
3. Persoalan kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat.
4. Persoalan kekuatan diri dalam melawan musuh.
5. Persoalan keimanan yang teguh dalam menghadapi dugaan hidup.
6. Persoalan keinsafan untuk membaiki sisa-sisa hidup.
7. Persoalan keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

BENTUK SAJAK

1. Terdiri daripada lapan rangkap


2. Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris
4. Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
6. Rangkap pertama : abac Rangkap kedua : abac Rangkap ketiga : abb
7. Rangkap keempat : abc Rangkap kelima : abcde Rangkap keenam : abcbc
8. Rangkap ketujuh : abcdefe Rangkap kelapan : abcdefghbh

NILAI

1. Nilai rasional
- Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup
sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

2. Nilai kegigihan
- Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar
dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

3. Nilai keinsafan
- Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga
agar tidak terperdaya lagi.
PENGAJARAN

1. Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan


- Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga
agar tidak terperdaya lagi.

2. Kita mestilah memiliki pendirian


- Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap
dirinya.

3. Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri


- Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah
tewas dalam perjuangannya.

Anda mungkin juga menyukai