Anda di halaman 1dari 2

SK BATU PUTIH BARU, SANDAKAN.

SABAH
W.D.T 58, 90500 SANDAKAN. SABAH
TEL / FAX : 089-672481
Rujukan : XBA2077/800/1/5(2)
Tarikh : 09 JANUARI 2020

Kepada;
Guru Besar,
SK/SJKC Majlis Sukan Sekolah Zon Papat

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PENYERTAAN DAN AIR MINERAL BAGI ZON PAPAT 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk;


02. Adalah dimaklumkan merujuk kepada penetapan mesyuarat bertarikh 08 Januari 2020. Ahli
mesyuarat bersetuju agar sumbangan penyertaan dan air mineral dikutip demi melancarkan aktiviti
sukan di peringkat Zon Papat. Pembayaran secara tunai boleh dilaksanakan pada mesyuarat kedua
iaitu pada atau sebelum 21 Januari 2020.

03. Sehubungan dengan itu, jumlah sumbangan penyertaan dan air mineral adalah berdasarkan
ketetapan berikut :
3.1 Enrolmen murid 60 orang dan ke bawah, sumbangan penyertaan adalah RM 30.00
3.2 Enrolmen murid melebihi 60 orang, sumbangan penyertaan RM 0.50 seorang
3.3 Sumbangan air mineral RM 10.00 sahaja.

04. Kutipan sumbangan ini amat diperlukan bagi membolehkan Kejohanan Olahraga Zon Papat
2020 dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 05 Februari 2020. Pembayaran boleh dibuat terus
kepada Encik Godfery Chu Sim Tsin (SRK Sung Siew) dalam kadar segera. Kerjasama dan
keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

JANIMAH BINTI JAMAN


Guru Besar,
SK Batu Putih Baru,
Sandakan.

SK. Fail
SK BATU PUTIH BARU, SANDAKAN. SABAH
W.D.T 58, 90500 SANDAKAN. SABAH
TEL / FAX : 089-672481

Anda mungkin juga menyukai