Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN

1. Diskriminasi Bunyi
Tidak dapat membezakan bunyi dan menyebut bunyi dengan tepat merupakan
salah satu masalah besar yang dialam oleh pelajar pendidikan khas masalah
pembelajaran. contohnya kanak-kanak Disleksia, di mana kanaka-kanak ini
mengalami masalah menyebut atau mengaitkan bunyi dengan perkataan. Selain
itu, kanak-kanak pendidikan khas kebiasanya mengalami masalah menyebut
huruf konsonan dengan betul iaitu huruf k menjadi l contohnya perkataan
“makan” menjadi “malan”. Dengan itu, kaedah untuk mengatasi masalah ini ialah
kaedah Diskriminasi Bunyi. Salah satu cara yang boleh dilakukan melalui kaedah
ini ialah membina perkataan dengan menggunakan dua huruf kosonan yang
berbeza dalam satu ayat :

huruf (s), (l)

Salam saling
Seluar semalam

2. Pemintal Lidah

Salah satu masalah yang serius dihadapi oleh pelajar pendidikan khas ialah
menyebut perkataan yang bunyinya hampir sama. Oleh itu, bagi mengatasi
masalah ini kaedah Pemintal Lidah merupakan satu latihan yang dapat
mengurakan masalah yang dihadapi. Dalam kaedah ini, guru menyediakan
perkatan yang hampir sama bunyinya, tetapi terdapat beberapa perbezaan dari
segi konsonan dan vokal, perbezaan ini akan menghasilkan maksud yang
berbeza bagi setiap perkataan tersebut. kaedah ini merupakan satu latih tubi
menyebut perkataan yang dilakukan secara berulang-ulang. Melalui cara ini,
secara tidak langsung dapat membantu murid mengahafal, menyebut dengan
betul dan tepat. Selain itu, perkataan yang disebut berulang kali ini akan kekal
dalam ingatan pelajar tersebut dan selanjutnya membantu murid menyebut
perkatan dengan betul.
Contonya :

1. Baba beli baju baru seluar biru buat bibi senyum selalu

2. Tatu tata tepi mata kena bata banyak luka

3. Jojo jumpa jaja jalan jalan jaya jusco

4. Mama mia masam muka macam cuka nampak duka

5. Lala lambat lalu lari laju langgar lori luka kaki

3. Ayat Berima
Kaedah ayat berima merupakan salah satu kaedah yang baik untuk membantu
kanak-kanak pendidikan khas yang menghadapi masalah dalam bahasa. Melalui
aktiviti ini kanak-kanak lebih berminat untuk terus belajar. Salah satu contoh
aktiviti menyanyi, berpantun dan sebagainya. Kaedah ini sangat sesui kerana
murid dapat melatih diri dengan bimbingan guru untuk menyebut perkataan.
Aspek yang penting dalam kaedah ini ialah guru hendaklah memilih Ayat Berima
yang diminati oleh pelajar contonya lirik lagu. Setelah itu guru juga haruslah bijak
untuk merancang aktiviti ini agar perkataan yang perlu dikuasi oleh pelajar dapat
dimasukan ke dalam aktiviti ini.

Contonnya :

Aktiviti Pantun

Dua tiga kucing berlari

Mana nak sama si kucing belang

Dua tiga bolehku cari

Mana nak sama si adiku sorang


Aktiviti Menyanyi :

Rasa sayang eh,

Rasa saying-sayang eh,

Hey, lihat nana jauh,

Rasa saying-sayang eh,

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Kami murid baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan,

Anda mungkin juga menyukai