Anda di halaman 1dari 2

 JAWAPAN SOALAN 3:

Internet menjadi salah satu medium terpenting abad ini dalam segala urusan kehidupan. Di

dalam bidang perniagaan khususnya, setelah kewujudan internet telah berlaku satu lonjakan

paradigma yang mana segala urusan jual beli barangan dan perkhidmatan hanyalah melalui

sistem perniagaan atas talian yang lebih dikenali lagi dengan sistem e-dagang. E-dagang

boleh didefinisikan sebagai satu bentuk pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang

berlaku antara pihak penjual dan pembeli yang mana memberi kesan kepada sudut ekonomi.

Dalam pada itu, e-dagang juga boleh didenifisikan sebagai mengeksploitasi teknologi dan

aplikasi bagi menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal terus kepada pelanggan,

pekerja dan pembekal melalui Internet, dan sesawang WWW (World Wide Web). Segala

urusan yang dijalankan berkonsepkan e-dagang tidak mengira lokasi, saiz dan jenis

perniagaan. Walau bagaimanapun. Syarat menjalankan urusan e-dagang juga tetap ada yang

mana memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dan terkini dalam proses pentadbiran

dan perniagaan. Selain itu, e-dagang juga memberi kesan kepada pengeluaran, pengedaran

dan lain sektor yang berlandaskan elektronik (Kent W.Colton & Kenneth L. Kraemer, 1980).

Sebenarnya transaksi yang dijalankan secara atas talian ini banyak membuka peluang kepada

para peniaga dan pelanggan dalam menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk serta

perkhidmatan yang mereka inginkan lebih efektif dengan kadar segera. Sistem ini juga dapat

dilihat sebagai salah satu alternatif jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dialami

oleh firma-firma perniagaan satu ketika dahulu yang mana paling ketara adalah masalah

mempromosikan dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan
satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu
persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai. 

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli
dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan
dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT
yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini
sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. 

Anda mungkin juga menyukai