Anda di halaman 1dari 8

Model ASSURE Reka bentuk Pengajaran

Tajuk: Haiwan
Guru: Nurul Zarifah Syakirah Hazwanie
Tahun: Empat Ronin
Mata Pelajaran: Bahasa Arab
Tempoh Masa: 8.00 pagi - 9.00 pagi

Analisis Pelajar

Umur : Murid berumur 10 tahun


Tahap : Murid-murid ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana
Tingkatan : Mereka sudah menguasai kemahiran membaca
Latar sosioekonomi : Kebanyakan mereka adalah anak kepada penduduk pinggir Bandar
yang rata-rata bekerja samada di sektor swasta mahupun kerajaan. Tetapi kurang
didedahkan dengan penggunaan kalimah Bahasa Arab. Jadi mereka memerlukan perhatian
dan aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kompetensi khusus : Murid sememangnya telah sinonim dengan haiwan di persekitaran


mereka, tetapi mereka tidak tahu istilah tersebut dalam Bahasa Arab
Gaya pembelajaran : Saya mendapati murid-murid 4 Ronin lebih cenderung kepada benda-
benda maujud dan aktiviti berkumpulan.

Nyatakan Objektif

Murid dapat menyebut tiga daripada lima perkataan yang mengandungi huruf-huruf
bersambung dengan betul
Murid dapat menyebut semula dua daripada empat perkataan yang terdapat dalam satu
ayat ringkas dengan betul.
Murid dapat mengulang semula tiga daripada lima perkataan yang disebut oleh guru
dengan betul

Page 1 of 8 January 2008: VTDI


Murid dapat menyebut tiga daripada 5 haiwan yang ditunjukkan dengan betul.
Murid dapat membuat satu ayat dengan memasukkan istilah haiwan yang telah diketahui.
Murid dapat memadankan tiga daripada lima gambar dengan istilah Arab yang betul.

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan

SET INDUKSI

Media : Audio
Kaedah : Soal jawab
Bahan : Audio bunyi haiwan dan pembesar suara
Rasional pemilihan : Penggunaan media mampu merangsang pemikiran murid untuk
meneka bunyi haiwan yang didengari. Penggunaan audio mampu mewujudkan suasana
yang seronok dalam diri murid seterusnya dapat mengekalkan fokus murid untuk mengikuti
sesi pembelajaran yang seterusnya di dalam kelas.

LANGKAH 1
Media : Audio dan Visual
Kaedah : Penerangan
Bahan : Video nama haiwan bersama istilah Arab
Rasional pemilihan : Murid dapat mengetahui nama-nama haiwan dalam Bahasa Arab
dan mengingat istilah-istilah yang dipaparkan dalam video tersebut. Visual yang digunakan
akan dapat menarik perhatian murid di samping menjadi medium bagi memudahkan proses
mengingat.

LANGKAH 2
Media : -
Kaedah : Banding beza
Bahan : Kertas
Rasional pemilihan : Guru dapat menilai murid melalui jawapan masing-masing. Guru juga
dapat mengenal pasti murid sejauh mana murid menguasai isi pembelajaran.

Page 2 of 8 January 2008: VTDI


LANGKAH 3
Media : Slaid power point
Kaedah : Perbincangan
Bahan : Kertas petikan, marker pen
Rasional pemilihan : Murid dapat bekerjasama untuk mengenalpasti haiwan yang terdapat
dapat petikan. Pada masa yang sama, murid dapat meningkatkan lagi kemahiran
berkomunikasi dan bertutur dengan sopan sesame mereka.

PENUTUP
Media : Visual
Kaedah : Lisan
Bahan : Slaid Powerpoint
Rasional pemilihan : Guru dapat mengukuhkan kembali ingatan dan penguasaan murid
tentang istilah-istilah haiwan dalam Bahasa Arab melalui penggunaan visual dan kaedah
lisan. Penggunaan slaid Powerpoint dapat membantu murid untuk melihat dengan lebih
jelas dan mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap isi pelajaran tentang topik tersebut.

Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

SET INDUKSI

Bahan Audio bunyi haiwan yang diperdengarkan mampu menarik minat murid untuk
mengikuti pelajaran yang seterusnya dan dapat memberi gambaran awal tentang isi
pelajaran yang bertemakan haiwan ternakan yang akan dipelajari.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan pita rakaman yang digunakan jelas


dan sesuai dengan tahap murid.

Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan
bersedia tanpa gangguan bunyi dari persekitaran.

Page 3 of 8 January 2008: VTDI


Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran lebih berpusatkan murid dan
bahan pembelajaran. Murid akan menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh guru
berdasarkan pita rakaman yang diperdengarkan kepada murid. Guru seterusnya
mengaitkan bahan pembelajaran dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.

LANGKAH 1

- Murid melihat video yang ditayangkan

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan kualiti video yang disediakan dalam


keadaan yang baik dan jelas dari segi visual dan audio.

Persediaan persekitaran : Murid duduk dalam keadaan yang selesa ketika menonton
tayangan video. Persekitaran perlu berada dalam keadaan yang kondusif ketika tayangan
video.

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran berpusatkan bahan dan murid.


Murid perlu fokus ketika tayangan bagi memastikan mereka dapat menyanyikan lagu
tersebut dengan lancar untuk aktiviti yang seterusnya.

LANGKAH 2

- Murid diminta memadankan gambar haiwan bersama istilah nama haiwan dalam Bahasa
Arab berdasarkan video yang ditayangkan.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan gambar dan tulisan yang bertaip


jelas dan mampu dibaca oleh murid.

Persediaan persekitaran : Murid dalam keadaan bertenang dan selesa untuk menjawab
tugasan yang diberikan.

Page 4 of 8 January 2008: VTDI


Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Murid perlu
mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari dan menjawab tugasan yang diberikan
dengan sebaiknya.

LANGKAH 3

-Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diberikan satu petikan kepada setiap kumpulan
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan petikan yang diberikanmempunyai
tulisan bertaip yang jelas dan mampu dibaca oleh murid

Persediaan persekitaran : Guru perlu memastikan murid berada dalam keadaan yang
selesa ketika aktiviti berkumpulan dijalankan dan mampu bekerjasama dengan baik untuk
menyelesaikan tugasan.

Persediaan pengalaman pelajaran : Pembelajaran berpusatkan murid. Murid perlu


bekerjasama untuk mengenalpasti istilah haiwan dalam Bahasa Arab yang telah dipelajari
dalam petikan yang telah diberikan.

PENUTUP

- Guru memainkan slaid bergambar haiwan dan meminta murid menyebut kenbali istilah
haiwan tersebut dalam Bahasa Arab disamping penerapan nilai-nilai murni sebagai
penamat sesi pembelajaran.

Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan persembahan video tersebut


mempunyai kualiti yang baik, tidak tersekat-sekat dan mengetahui tempoh masa video
perlu dimainkan.

Persediaan persekitaran : Murid mempunyai ruang yang selesa untuk memberi respon
kepada pertanyaan dan soalan guru.

Page 5 of 8 January 2008: VTDI


Persediaan pengalaman pelajaran : Guru memaparkan slaid Powerpoint yang
mengandungi gambar-gambar haiwan yang telah dipelajari.

Penglibatan Pelajar

SET INDUKSI (5 Minit)


1. Guru akan memperdengarkan bunyi haiwan dengan menggunakan pita rakaman
a) Ayam
b) Itik
c) Angsa
d) Lembu
e) Biri-biri

2. Guru membincangkan bunyi haiwan yang telah didengar oleh murid dengan cara bersoal
jawab, contoh soalan
a) Apakah bunyi yang didengar?
Jawapannya: bunyi haiwan
b) Sebutkan bunyi haiwan yang didengar.
Ayam/Angsa /Lembu/Itik/Biri-biri

3. Guru menghubungkaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran


hari ini.
4. Guru menerapkan nilai kasih sayang terhadap haiwan ternakan.

LANGKAH 1
1. Guru menayangkan video haiwan beserta istilah Arabnya.
2. Murid mendengar audio lagu daripada video.
3. Murid menyanyi mengikut rentak audio daripada video yang ditayangkan.

LANGKAH 2
1. Guru mengedarkan kertas yang menghendaki murid memadankan haiwan ternakan

Page 6 of 8 January 2008: VTDI


dengan istilah Arab.
2. Murid memadankan jenis haiwan dengan istilah arabnya berpandukan video yang telah
dipaparkan.
3. Jawapan yang dibuat akan dibincangkan bersama-sama.

LANGKAH 3
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli.
2. Guru mengedarkan satu petikan yang bertajuk ‘Haiwan Ternakan Saya’ kepada setiap
kumpulan.
3. Guru menayangkan petikan tersebut di slaid Power Point di hadapan kelas.
4. Murid dikehendaki mengenalpasti nama-nama haiwan yang terdapat di dalam petikan.
5. Guru menekankan nilai kerjasama semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.
6. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka.
7. Guru akan membimbing murid dan menyemak hasil kerja yang telah dibentangkan.

PENUTUP
1. Murid menyebut kembali istilah haiwan dalam bahasa Arab yang telah dipelajari secara
lisan dan menyemai nilai kasih sayang terhadap binatang.

Page 7 of 8 January 2008: VTDI


Menilai dan Menyemak Semula

PENCAPAIAN MURID:
• Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan rasa seronok dan penuh minat
• Murid dapat mengenal dan menyebut 3 daripda 5 istilah haiwan dalam Bahasa Arab
dengan betul
• Murid yang masih belum menguasai kemahiran dengan baik akan diberi bimbkngan
oleh guru melalui aktiviti pemulihan dalam kelas secara individu atau kumpulan kecil
• Murid perlu memadankan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 gambar haiwan
bersama istilah Arabnya dengan betul
• Murid mampu mengenal pasti kesemua haiwan yang terdapat dalam petikan

PENILAIAN GURU:
Guru dapat mencapai objektif dengan menilai murid berdasarkan kepada keupayaan
menjawab tugasan yang diberikan.

IMPAK/KEBERKESANAN:
• Tayangan video dapat membantu murid mengenal pasti jenis haiwan beserta istilah
Arabnya sekaligus dapat membantu murid dalam proses mengingat
• Penggunaan audio bunyi haiwan membantu murid mengenalpasti pelbagai jenis
haiwan beserta istilah Arabnya seterusnya membantu dalam menguasai kemahiran
mendengar.
• Tugasan berkumpulan dapat menerapkan nilai kerjasama dalam diri murid dan
mengeratkan hubungan sesama murid serta mengukuhkan kemahiran komunikasi
murid.
• Aktiviti individu dapat menggalakkan murid untuk berdikari dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.

Page 8 of 8 January 2008: VTDI

Anda mungkin juga menyukai