Anda di halaman 1dari 13

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Bilangan Murid Tema / Bidang Tajuk Objektif pembelajaran

: : : : : : : :

Bahasa Melayu 4 Arif 5 Januari 2012 8.15 pagi -9.15 pagi 22 orang Keluargaku Sayang Keluarga Bahagia Memahami dan mengetahui tanggung jawab dan peranan setiap ahli keluarga.

Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran ini , murid dapat :

A. Menguasai isi kandungan

Berbincang dan bersoaljawab bersama rakan mengenai keluarga bahagia. Menyenaraikan secara lisan lima tanggung jawab seorang anak terhadap keluarga. menyenaraikan secara lisan lima tanggung jawab ibu dan ayah terhadap keluarga. Menyenarai secara lisan dan bertulis keluarga bahagia yang diingini

B. Membina kemahiran berfikir dan strategi berfikir

Mengemukakan pendapat ketika dalam kumpulan berdasarkan tajuk yang telah diberikan.

C. Mengamalkan sikap dan nilai murni Fokus Utama

Melibatkan diri secara aktif ketika perbincangan secara kumpulan. Menghargai masa dengan berbincang secara aktif tanpa perlu dipantau. : Mendengar dan bertutur

1.1

Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1(i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca. Aras 2(i) menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama Diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. Fokus Sampingan 2.1 : Bercerita dengan menggunakan kata, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik, jelas dan sesuai

Aras 1(i) memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita. Pengetahuan sedia ada :

Semua murid mempunyai keluarga masing-masing..Mereka juga telah didedahkan kepada tanggungjawab kepada keluarga dan tanggung jawab keluarga masing masing secara tidak formal dan pemerhatian mereka setiap hari. Konsep Bahan : : Komputer riba CD buku teks tahun 4 Pembesar suara Kertas sebak Pen Kasih sayang , tolong menolong, Mendengar, bertutur Kosa kata Kata nama ( kata ganti nama )

Nilai Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa

: : :

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Catatan

Set induksi mencungkil idea 5 minit

Paparan lagu

Guru memperdengarkan lagu tentang keluarga.

Murid bersedia untuk pembelajaran pada hari ini.

Strategi atau teknik : Penyoalan secara menyeluruh

Murid diminta memberikan pendapat masing-masing berdasarkan gambar dan nyanyian. Murid cuba memberikan pendapat berkaitan gambar yang diperlihatkan. Guru membantu murid untuk berinteraksi dengan mengemukakan beberapa ayat mudah.

menggunakan slaid gambar lagu dan lirik .

Perkembanga n .menstruktur / menstruktur semula 35 minit

Lirik lagu Keluarga Bahagia

Guru minta murid berbincang dan bersoaljawab tentang lagu yang

Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru .

Teknik : Penerangan dan perbincangan.

Memperdenga rkan lagu Keluarga Bahagia menggunakan komputer riba dan pembesar suara.

diperdengarkan .

Aktiviti inkuiri dalam kumpulan.

Guru meminta murid

Murid cuba

megemukan pendapat memberikan pendapat mereka masing-masing. TKP Kepintaran muzik Guru memberi sedikit penerangan berkaitan

Penerangan maksud lirik lagu.

jawapan yang diberi oleh murid.

Guru bersoal jawab dengan murid untuk mendapatkan maklumat dari murid.

Perbincangan kumpulan.

Guru memberi arahan supaya murid membuat perbincangan dalam kumpulan berdasarkan tajuktajuk yang diberi

Murid mengambil kad soalan,art line dan kertas sebak, seterusnya membuat perbincangan dan mencari idea bersama rakan

Sikap / nilai : Mematuhi arahan, Bekerjasama Bertolak ansur Kasih-sayang

Guru memantau aktiviti perbincangan yang dijalankan

Murid menulis hasil perbincangan di atas kertas sebak.

Tajuk perbincangan :

Guru mengarahkan murid supaya duduk di dalam kumpulan masing-masing.

Murid bergerak lalu membentuk kumpulan.

Teknik : Inkuiri induktif

1. Tanggung jawab murid terhadap keluarga

(5 hingga 6 orang)

Murid diminta membincangkan tajuk yang telah diberikan

Murid mula berbincang berkaitan tajuk.

TKP : Interpersonal

2. Tanggung jawab ibu kepada keluarga

kepada mereka.

Hasil perbincangan hendaklah ditulis di atas kertas sebak.

Murid berbincang dalam suasana yang terkawal.

3. Tanggung jawab bapa terhadap keluarga Seorang wakil bagi setiap kumpulan diminta tampil kehadapan untuk 4.Harapan murid terhadap keluarga mereka. Guru memantau dan membimbing hasil perbincangan setiap Perbincangan kumpulan Setiap tajuk akan dibincangkan oleh satu kumpulan. kumpulan. Seorang murid bertindak selaku pencatat maklumat ke atas kertas sebak. membentangkan hasil dapatan. Murid bertanya kepada guru sekiranya timbul sebarang permasalahan.

Aplikasi idea 15 minit

Pembentanga n hasil dapatan

Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan.

Seorang wakil kumpulan tampil untuk membentangkan hasil perbincangan. Murid lain mendengar pembentangan yang dilakukan oleh rakan

Teknik : Pembentangan kumpulan

TKP : Kepintaran bahasa

Kumpulan lain diminta mendengar pembentangan

mereka.

Guru membuat kesimpulan berdasarkan hasil pembentangan.

Guru memberikan beberapa idea tambahan kepada murid.

Murid mendengar penerangan dari guru.

Guru meminta murid membuat kad kepada ibu atau bapa sebagai menghargai kasih sayang mereka

Murid mendengar arahan guru serta membuat kad ucapan untuk ibu atau bapa mereka

Nilai: Prihatin Berani Jujur Menghargai Kasih sayang

Penutup 5 minit

Guru berbincang dan bersoal jawab tentang nilai murni yang dipaparkan dalam pelajaran yang disampaikan pada hari itu.

Murid membuat kesimpulan terhadap pembelajaran hari ini.

Teknik:

TKP - muzik

Murid teruja dengan aktiviti membuat kad ucapan .

Penyoalan seluruh kelas.

Murid diminta Keluarga Bahagia bersama-sama.

Murid menyanyi

menyanyi semula lagu secara kelas bersama-sama. Sumber Komputer. You tube Slaid Lirik lagu.

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Guru adalah ikon atau contoh tauladan yang paling dekat dengan murid .Bagi menjadikan guru yang cemerlang dan berdidikasi , sebagai seorang guru kita perlulah memikirkan beberapa perkara yang penting sebelum mengambil sesuatu kaedah pengajaran dan pengajaran yang akan diajar kepada anak didik kita . Terdapat beberapa perkara yang perlu saya fikirkan dan diambilkira , sebelum membuat Rancangan Pengajaran Harian , beberapa kaedah yang perlu saya fikirkan dan pilih agar pengajaran dan pembelajaran yang saya sampaikan akan lebih berkesan dan mencapai objektifnya . Kaedah atau lebih dikenali sebagi teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya saya memperdengarkan lagu dalam pita kaset, maka ini adalahdikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada contoh yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, falsafah, simulasi, inkuiri penemuan dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai

kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut

keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. Kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran 2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai 3. Kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran yang diajar 4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar 5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru . 6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah bekenaan . 7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan

teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu: 1. Tujuan am (learning goal) 2. Objektif pelajar (specific objective) 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajarannya 4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar . 5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar . Perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkahlangkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective

teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang efektif. Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini

termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada

pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya. Jadi, penekanannnya ialah penghayatan ilmu bukannya peperiksaan. Kalau guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya menyampaikan ilmu sahaja, tetapi gagal memberi pendidikan , iaitu gagal mendidik anak-anak untuk menjadi insan bagi memikul tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Refleksi merupakan proses muhasabah diri sendiri dengan tujuan menambah baik amalan. Mengikut Jay dan Johnson (2002), proses membuat refleksi boleh berlaku secara bersendirian atau kolaboratif seperti apabila guru berbincang dengan rakan sejawat bagi mendapatkan maklumat dan pandangan bagi menyelesaikan isu-isu yang timbul atau masalah dan ketika mahu melaksanakan tindakan penambahbaikan yang dirancang. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah dirancang, tiada sebarang masalah dalam menjalankan rancangan pengajaran tersebut. Murid terasa teruja apabila melihat dan mendengar lagu yang dikumandangkan.Nampaknya mereka bermotivasi untuk terus belajar dengan penuh semangat.Sebahagia besar murid dapat menyuarakan pendapat mereka secara individu dalam sesi soal jawab bersama guru. Mereka tidak berasa takut dan malu jika jawapan yang diberikan salah. Apabila diminta untuk memberikan pendapat, tetapi ada juag murid yang mendiamkan diri. Sebenarnya mereka mempunyai jawapan di dalam hati mereka , tetapi tidak berani meluahkan contohnya bila ada murid yang tidak mengangkat tangan disoal,mereka dapat menjawabnya dengan betul. Di sinilah saya cuba memainkan peranan penting untuk menangani masalah ini. Saya boleh menggunakan teori Bruner yang berpendapat guru boleh mendorong murid untuk memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran. Saya perlu memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta soalan-soalan yang boleh membantu agar murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang dikemukakan ataupun mengutarakan pendapat. Saya juga telah mencuba menggunakan kaedah lain seperti murid menjawab dalam kumpulan kecil. Ini bertujuan untuk memberikan keyakinan dan keselesaan murid untuk memberikan pandangan atau pendapat. Sebagai seorang guru kita hendaklah banyak bersabar menanti murid untuk memberikan pendapat mereka, serta sentiasa memberikan peneguhan positif setiap kali mereka cuba menjawab dan setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Selain daripada isu di atas, perkara lain yang menjadi masalah utama kepada saya adalah kekangan masa. Untuk melakukan aktiviti berkumpulan, memerlukan banyak masa yang diperuntukkan. Saya selalu berhadapan dengan masalah murid tidak dapat menyiapkan

tugasan dalam masa yang telah diperuntukkan. Hal ini adalah disebabkan kadar pencapaian murid adalah tidak sama antara satu sama lain.Murid yang cemerlang dapat menyelesaiakan tugasan dengan baik dan cepat mengikut tempuh yang diberi. Di sinilah cabaran untuk saya bagi memastikan murid dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya. Saya perlu memantau setiap kumpulan agar perbincangan mereka tidak lari dari apa yang telah diarahkan. Saya juga perlu menyediakan garis panduan agar murid dapat menyiapkan tugasan dengan berkesan dan mematuhi arahan yang ditetapkan. Saya juga perlu mencari kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk aktiviti berkumpulan. Saya akan cuba untuk mengamalkan pendekatan penyusun awal.Saya akan menerangkan terlebih dahulu idea utama dan seterusnya barulah saya menghuraikan sub-idea berserta contoh-contohnya bagi membantu murid saya. Bagi saya apa yang terpenting adalah bagaimana kita cuba untuk menyesuaikan diri kita dengan murid agar kita lebih diterima dan dihormati semaa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.Disiplin murid serta tingkah laku meraka amatlah membantu ketika saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran . Apabila murid dapat menerima dan menghormati kita, barulah proses belajar ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Masalah yang seterunya adalah murid kurang dari segi pembendaharaan kata. Namun pengetahuan sebahagia mereka sangat baik. Ini mungkin disebabkan murid gemar membaca dan selalu membuat latih tubi di rumah serta tajuk pelajaran yang diajar ketika itu adalah merupakan pengalaman seharian mereka.Sebahgiannya bergantung kepada perbendaharaan kata yang biasa guru sebut atau yang telah mereka pelajari oleh itu terdapat beberapa stuktur ayat yang perlu dibaiki oleh guru terutama semasa mereka membina ayat. Masalah ini timbul berkemungkinan sebab kurangnya membaca di kalangan murid kerana banyak membaca luas pengetahuan. Masalah ini akan cuba diatasi dengan meminta mereka lebih rajin membaca serta meminjam buku di perpustakaan. Selain itu, saya juga akan menyokong Program NILAM yang dijalankan di sekolah-sekolah,yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai asas agar murid rajin dan minat untuk sentiasa membaca. Dua perkara baik yang saya dapati dari pengajaran menggunakan rancangan pengajaran ini adalah pengajaran menggunakan kaedah dari teori kecerdasan pelbagai. Melalui kaedah ini, kita dapat melihat bakat dan potensi yang ada pada diri setiap individu murid. Ada murid yang cenderung dengan teknik visual ruang. Apabila saya minta mereka menghasilkan sekeping kad ucapan sempena hari bapa untuk ayah mereka, mereka menggunakan peluang ini dengan bersungguh-sungguh agar dapat menghasilkan kad yang terbaik untuk ayah mereka. Mereka juga mampu menghasilkan kata-kata yang menarik sebagai ucapan terima kasih kepada ayah

mereka. Melalui aktiviti ini kita dapat melihat sesuatu yang jujur dari hati anak murid kita. Selain itu, mereka juga sangat teruja ketika melakukan aktiviti nyanyian. Nyanyian memang tidak boleh dipisahkan dengan alam kanak-kanak. Melalui nyanyian ini, kita dapat melihat

suasana pembelajaran yang lebih riang dan menyeronokkan.Malahan mereka turut meminta guru mengulang nyanyian sambil mereka membuat kad ucapan. Perkara baik yang kedua adalah ketika melakukan aktiviti kumpulan. Benarlah pendapat yang menyatakan belajar berkumpulan lebih menyeronokkan daripada belajar secara individu. Semasa proses perbincangan, saya dapat melihat, mereka berlumba-lumba memberikan idea spontan mereka. Ini mungkin kerana mereka rasa lebih bebas untuk mengutarakan pendapat berbanding ketika disoal secara individu.Saya dapati aktiviti kumpulan ini juga sebagai

dorongan motivasi untuk mereka berlumba-lumba menunjukkan bakat dan tidak mahu mengalah dengan kumpulan lain lebih-lebih lagi apabila guru memberi peneguhan dan motivasi kepada mereka.

Anda mungkin juga menyukai