Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

Subjek : Pendidikan Moral

Tingkatan : 4 Cemerlang

Tarikh : 13 Oktober 2016

Hari : Khamis

Bil. Murid : 30 orang

Tema : Bidang 2 ( Kekeluargaan )

Nilai : Hormat dan taat kepada anggota keluarga

Definisi : Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

Kandungan Akademik : Amalan hormat-menghormatimenghindari konflik

Sikap prihatin menjamin kesejahteraan keluarga

Saling memahami antara anggota keluarga dengan mengambil kira aspek perasaan,
minat, pendapat dan perlakuan.

Tajuk : Keluarga harmoni asas kesejahteraan

Objektif Pengajaran : Pada akhir pembelajaran unit ini, pelajar akan;

I. Menyatakan kepentingan hormat dan taat kepada anggota keluarga


II. Mempamerkan sikap prihatin dalam setiap interaksi dengan keluarga

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :

I. Pemikiran Moral
Menyatakan kepentingan menghormati dan mentaati anggota keluarga
II. Perasaan Moral
Menyatakan perasaan bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang harmoni
III. Tindakan Moral
Mempamerkan sikap lebih prihatin terhadap perlakuan yang ingin dilaksanakan bagi
mengelakkan kesejahteraan keluarga tergugat

Pengetahuan sedia murid: Pelajar mengetahui amalan hormat menghormati dan mentaati orang
tua sejak dari kecil dan sifat tersebut sentiasa diamalkan oleh ahli kelaurga di rumah.

Strategi : Pendekatan berpusatkan pusat sumber, berpusatkan guru, pelajar, bahan, dan induktif

Penerapan nilai-nilai : Kasih sayang terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap keluarga

Alat bantu mengajar (ABM ) : Tayangan slaid, laptop, LCD dan tayangan video, bekas kecil,
kertas A4, pensil warna, gam, gunting, kertas warna, kertas A4, gam, cd kosong.

Kaedah : Penjelasan nilai, analisis nilai, pembelajaran aktif.

KBAT: Menganalisis, memahami, menilai, mengaplikasi, mencipta.

BAHAGIAN B

TARIKH : 13 Oktober 2016


MASA : 8.00 PAGI HINGGA 8.05 PAGI
MATA PELAJARAN : Pendidikan Moral Tingkatan 4 Cemerlang
Topik : Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) : Tayangan video daripada YouTube tentang
topik ( Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga ) yang akan diajar.
Sumber: Internet/ YouTube ( link: Https://www.youtube.com/watch?v=kyTzNtNLH7c/

https://www.youtube.com/watch?v=Z99WWfCXozg / https://www.youtube.com/watch?
v=qycqF1CWcXg

1.0 PENGENALAN/SET DISKUSI


Lebih kurang jam 8.00 pagi, guru mata pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 4 Cemerlang
masuk ke kelas untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiba di dalam kelas, ketua
kelas mengarahkan semua pelajar untuk bangun dan mengucapkan selamat pagi kepada guru.
Guru membalasnya dengan ucapan selamat pagi. Guru mengarahkan pelajar untuk duduk
semula. Seterusnya, guru bertanya khabar tentang kehadiran pelajar kepada ketua kelas. Jika ada
pelajar yang tidak hadir, guru bertanya khabar tentang masalah yang di hadapi oleh pelajar
tersebut. Guru melihat keadaan sekeliling kelas. Guru menyuruh setiap pelajar untuk mengutip
sampah di kawasan sekeliling tempat belajar masing-masing. Bagi seorang guru, hal ini
bertujuan memberikan keselesaan kepada pelajar yang berada dalam keadaan bersih dan dapat
memberi tumpuan tentang untuk belajar di dalam kelas. Guru memberitahu pelajar tentang nilai
yang akan dipelajari pada hari ini masih berada pada tema pembelajaran yang sama namun
nilainya berbeza. Guru menerangkan pengenalan untuk nilai yang dipelajari iaitu nilai hormat
dan taat kepada anggota keluarga. Tajuk bagi kandungan nilai tersebut ialah keharmonian
keluarga asas kebahagiaan. Guru memberitahu bahawa nilai yang bakal diajar pada hari ini
adalah berkisar tentang video yang akan dipaparkan yang bertajuk Hormati Orang Tua. Guru
meminta pelajar untuk fokus terhadap video yang bakal ditayangkan nanti dan guru akan
melontarkan beberapa soalan kepada pelajar tentang video yang ditayangkan itu. Seterusnya,
guru membuka video tersebut dengan menggunakan projector dan papan skrin yang sedia ada.
Video tersebut adalah diambil daripada sumber internet iaitu YouTube. Link video tersebut
ialah https://www.youtube.com/watch?v=Z99WWfCXozg fokus terhadap set induksi video yang
dipaparkan. Video tersebut menerangkan tentang kepentingan menjaga hubungan yang baik
dengan ahli keluarga. Video tersebut jelas menunjukkan sikap menghormati orang tua dan
menghormati orang tua melalui pertuturan dan perlakuan yang sopan. Objektif penayangan video
tersebut adalah sebagai set induksi yang amat berkesan bagi menarik pelajar bagi memahami
kepentingan hormat dan taat kepada anggota keluarga. Setelah video tersebut tamat, guru
mengadakan sesi refleksi mengenai apa yang pelajar faham tentang video yang ditayangkan.
Definisi bagi nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga bermakna memuliakan setiap
anggota dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga
yang harmoni. Kesan sekiranya menghormati setiap ahli anggota keluarga adalah dapat
mewujudkan keluarga yang harmoni, mengelakkan konflik dalam keluarga dan mengeratkan
kasih sayang antara anggota keluarga. Objektif hasil daripada tayangan video tersebut adalah
untuk memaparkan nilai-nilai sebenar iaitu amalan hormat menghormati untuk menghindari
konflik. Sikap prihatin menjamin kesejahteraan keluarga iaitu saling memahami antara anggota
keluarga dengan mengambil kira aspek perasaan, minat, pendapat dan perlakuan.

II.1 Aktiviti 1 Lakonan ( Sikap prihatin kesejahteraan keluarga )


Nama Aktiviti : Lakonan (sikap prihatin kesejahteraan keluarga)

Tarikh : 13 Oktober 2016

Masa : 8.05 pagi 8.15 pagi

Medium yang digunakan : Kertas A4, bekas kecil

Topik : Sikap prihatin kesejahteraan keluarga

Pengajaran dan Pembelajaran (P &P) : Guru menyediakan kertas A4 yang berisi soalan serta
bekas kecil untuk pelajar mencabut undi untuk aktiviti kumpulan masing-masing, selepas itu
pelajar duduk mengikut kumpulan dan berbincang tentang aktiviti yang diberikan. Guru akan
memantau setiap gerak kerja dan perbincangan setiap kumpulan.

ARAHAN GURU

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk melihat sikap keperihatinan, menghormati, serta mentaati ahli
keluarga. Dalam aktiviti ini guru akan melihat sejauh mana sifat kreativiti serta nilai yang
diamalkan oleh pelajar dalam situasi yang diberikan. Bagi memastikan pemahaman murid lebih
mendalam, guru melakukan aktiviti yang melibatkan semua pelajar. Pelajar 4 Cemerlang terdiri
daripada 30 orang iaitu 10 lelaki dan 20 perempuan. Guru membuat lima kumpulan kecil. Dalam
kumpulan tersebut melibatkan seramai 6 orang satu kumpulan. Mereka diminta untuk bergerak
dari tempat masing-masing supaya setiap daripada mereka berpecah dari kumpulan asal. Guru
memberikan satu aktiviti di mana guru mengeluarkan sebuah bekas yang berisi soalan. Guru
meminta seorang wakil untuk datang ke hadapan dan membuat cabut undi untuk setiap
kumpulan. Setiap soalan tersebut mengandungai satu situasi yang berkaitan dengan nilai
kekeluargaan dan pelajar dikehendaki melakonkan situasi tersebut mengikut situasi yang
diberikan. Guru memberikan masa perbincangan kepada pelajar selama 5 minit untuk
membincangkan lakonan yang sesuai untuk situasi yang diberikan. Tujuan kerja kumpulan ini
dilakukan untuk melihat sejauh mana pelajar dapat bekerjasama antara satu sama lain dalam
mengorganisasikan kumpulan kecil. Selepas tamat 5 minit guru mengarahkan pelajar
melakonkan situasi yang diberikan mengikut kreativiti dan idea mereka sendiri. Guru meminta
refleksi daripada beberapa orang pelajar berkaitan lakonan yang dipersembahkan secara ringkas.
Guru menerangkan dengan lebih lanjut mengapa perlunya sikap hormat dan taat kepada anggota
keluarga kepada pelajar supaya pelajar lebih memahami nilai yang disampaikan. Objektif aktiviti
ini dilakukan ialah untuk pelajar berkomunikasi dengan rakan serta berfikir menggunakan aras
tinggi dalam menyelesaikan masalah atau tindakan yang dinyatakan dalam situasi. Alat bantu
mengajar yang digunakan oleh guru ialah kertas A4 yang mengandungi soalan serta bekas kecil
untuk guru meletakan soalan bagi aktiviti tersebut. Penggunakan KBAT yang digunakan oleh
guru kepada pelajar ialah menganalisi, memahami serta mengaplikasi setiap tindakan yang
terdapat dalam soalan tersebut mempunyai jalan penyelesaian dan setiap tindakan yang
dilakukan tersebut membawa kepada keharmonian serta keamanan sesebuah keluarga.
Pendekatan berpusat yang digunakan oleh guru ialah pelajar dan bahan dan kecerdasan pelbagai
yang dapat dicapai ialah kecerdasan verbal linguistik iaitu melalui kecekapan bahasa dan
pertuturan pelajar.

3.0 AKTIVITI 2 POKOK KEKELUARGAAN

Nama Aktiviti : Pokok Kekeluargaan saya

Tarikh : 13 Oktober 2016

Masa : 8.15 pagi 8.25 pagi

Medium yang digunakan : Kertas A4, kad manila, pensil warna, gam, penebuk
lubang, reben, gunting,

Topik : Keluarga Saya

Pengajaran dan Pembelajaran(P &P) : Guru menyediakan kertas A4, kad manila, pensil
warna, gam, penebuk lubang, reben, gunting dan meminta pelajar duduk dalam kumpulan
masing-masing untuk bersedia menyiapkan tugasan yang diberikan.

ARAHAN GURU
Aktiviti yang seterusnya ialah bagi memupuk perasaan hormat dan taat kepada keluarga dalam
kalangan murid-murid. Guru mengarahkan pelajar membentuk kumpulan sendiri berdasarkan
dengan jumlah ahli kumpulan yang telah diberitahu iaitu seramai 6 orang bagi setiap kumpulan.
Murid-murid perlu bergerak dari tempat duduk dan berada dalam kumpulan masing-masing
yang telah dibahagikan. Guru mengarahkan pelajar untuk mencipta satu pokok tentang
kekeluargaan. Guru mengedarkan kad manila, 10 helai kertas A4 berwarna dan 5 helai kertas
yang mengandungi gambar animasi ahli keluarga, pensil warna, gunting, penebuk lubang, dan
gam kepada setiap kumpulan. Seterusnya, guru akan memasang muzik instrumen yang diambil
dari laman internet YOU TUBE link https://www.youtube.com/watch?v=qycqF1CWcXg
semasa para pelajar mencipta buku skrap bertujuan untuk memberi keselesaan dan inspirasi
kepada pelajar serta pelajar dapat merehatkan jiwa dan minda mereka semasa melakukan kerja
berkumpulan. Selain itu pelajar juga dapat menghayati tentang nilai kekeluargaan sebelum
mencipta buku skrap hal ini kerana keadaan yang tenang serta tiada gangguan ataupun sikap
kerjasama yang ditunjukkan ahli kumpulan boleh memberikan inspirasi melakukan sesuatu kerja.
Guru akan mengarahkan pelajar untuk mencipta buku skrap mengikut kreativiti pelajar. Selepas
itu, pelajar akan menggunting kertas A4 yang mengandungi gambar ahli keluarga yang diagihkan
oleh guru. Guru akan meminta pelajar untuk menyenaraikan kepentingan manfaat serta kebaikan
menghormati dan mentaati anggota keluarga. Pelajar akan menyenaraikan kepentingan
menghormati dan mentaati anggota keluarga di kertas A4 yang sama. Pelajar akan membuat
buku skrap bertemakan Potret Keluarga. Guru meminta pelajar berdiri dan menyuarakan
pendapat masing-masing berkaitan dengan topik yang dipelajari. Guru meminta pelajar
menyiapkan tugasan yang telah diberi di rumah jika tugasan tersebut tidak dapat disiapkan dan
dibentangkan pada minggu hadapan. Objektif hasil daripada penghasilan buku skrap tentang
kekeluargaan bertujuan meningkatkan kreativiti pelajar dan memupuk semangat kerjasama
antara ahli kumpulan serta bertujuan agar pelajar dapat berkongsi idea antara satu sama lain
semasa menghasilkan buku skrap tersebut disamping menyedarkan pelajar tentang pentingnya
menghormati dan mentaati setiap anggota keluarga. Alat bantu mengajar yang digunakan oleh
guru ialah kertas A4, buku bersaiz A5, pensel warna, gam, penebuk lubang, reben, gunting, LCD
dan laptop. Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pula ialah mencipta dan menilai.
Pelajar mencipta buku skrap dengan kreativiti mereka sendiri dan pelajar juga menilai mengapa
pentingnya hormat menghormati dalam sesebuah keluarga bagi menjamin keluarga yang bahagia
dan harmonis. Pendekatan yang digunakan oleh guru ialah berpusatkan pelajar, bahan dan
induktif manakala kecergasan yang digunakan oleh pelajar ialah melalui kecerdasan visual.

3.0 RUMUSAN DAN PENTAKSIRAN

Nama Aktiviti : Rumusan

Tarikh : 13 Oktober 2016

Masa : 8.25 pagi 8.30 pagi

Medium yang digunakan : Slaid Power Point, LCD, laptop

Topik : Refleksi pelajar

Pengajaran dan Pembelajaran( P&P ): Guru merumuskan pengajaran yang diajar iaitu
berkaitan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Membuat kesimpulan dan mengadakan
sesi soal jawab terhadap pelajar sejauh manakah pemahaman mereka tentang nilai yang
dipelajari.

Guru meminta refleksi keseluruhan pembelajaran daripada pelajar tentang apa yang dipelajari
sepanjang 30 minit pembelajaran dalam kelas tentang nilai dan pemahaman mereka sendiri. Guru
meminta pelajar untuk membuat 1 rakaman video berkaitan dengan kekeluargaan yang bertajuk
keluarga saya. Setelah berada di akhir sesi pembelajaran dan pengajaran guru akan membuat
kesimpulan terhadap segala aspek pembelajaran pada hari ini. Guru menerangkan kembali
tentang kepentingan mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dalam
kehidupan seharian supaya perpaduan dan keharmonian terus dipelihara tanpa ada sebarang
persengketaan.

Untuk memastikan setiap pelajar betul-betul faham, guru mengajukan dua soalan. Soalan
pertamanya ialah mengapakah sifat menghormati keluarga itu penting? Jawapannya:
Menghormati keluarga itu penting kerana apabila kita menghormati keluarga serta sayang akan
keluarga, kita dapat mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Soalan kedua ialah bagaimanakah kita sebagai seorang individu atau masyarakat, boleh
berusaha meningkatkan tahap hormat dan taat yang lebih kepada keluarga serta masyarakat
lain.?. Jawapannya: Sebagai seorang individu atau masyarakat kita perlu bersifat penyayang,
jujur, bertanggungjawab dalam diri kita dan juga kepada orang lain. Sifat-sifat ini sebenarnya
sudah dipupuk sejak dari kecil dan ibu bapa perlu menjadi contoh bagi generasi muda kerana
mereka merupakan agen utama dalam sesebuah kekeluargaan yang membantu anak-anak dalam
mendidik akhlak dan sikap seseorang.

Setelah kedua-dua soalan dijawab, guru mengucapkan terima kasih kepada pelajar yang berjaya
menjawabnya dengan betul. Guru mengulangi pertanyaan sama ada semua pelajar memahami
tentang pembelajaran pada hari ini. Setelah semuanya faham, guru mengemas buku untuk
menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ketua kelas memberi arahan supaya semua
pelajar untuk bangun dan mengucapkan terima kasih kepada guru dan guru berjalan keluar maka
sesi pembelajaran pada hari tersebut tamat. Objektif daripada sesi kesimpulan pengajaran nilai
tersebut ialah menanyakan kembali dan membuat pemahaman tentang keseluruhan topik yang
diajar pada hari tersebut.

Lampiran

Aktiviti 1
Situasi 1

Anda mengajak kawan sekelas anda untuk belajar bersama sama di rumah anda pada waktu
petang selepas kelas. Semasa anda dan kawan anda sedang belajar di ruang belajar di rumah,
anda dan rakan anda terlalu bising sehingga ditegur oleh ibu anda. Apakah tindakan anda?

Lakonkan .

Situasi 2

Datuk dan nenek anda tinggal bersama-sama dengan keluarga anda. Selepas kematian datuk dan
nenek anda, anda lebih suka menyendiri. Apakah tindakan dan cara anda untuk menceriakan dan
menghiburkan nenek anda?

Lakonkan .

Situasi 3

Anda masih mempunyai kedua orang tua. Kerana terlalu sibuk dengan kerja anda sangat jarang
pulang ke kampung halaman menjenguk orang tua. Pada suatu hari ibu anda menelefon anda
supaya pulang ke kampung kerana dia rindu untuk bertemu dengan anda sekeluarga. Apakah
tindakan anda?

Lakonkan .

Situasi 4

Nenek anda tinggal bersama anda sekeluarga, pada suatu hari nenek anda diserang sakit jantung.
Kebetulan kedua-dua orang tua anda tiada di rumah. Anda sangat cemas pada ketika itu serta
menghubungi kedua-dua ibu bapa anda dan apakah reaksi dan tindakan selepas tahu bahawa
datuk anda ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi?

Lakonkan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

BAHAGIAN A
NAMA : BIBIANA ANAK WILLIAM D20142069217

SYAMIMI EDAYU BINTI CHAIRUDIN D20142069228

NUR AMALINA BINTI ZAKARIA D201420169230

Subjek : Pendidikan Moral

Tingkatan : 4 Cemerlang

Tarikh : 13 Oktober 2016

Hari : Khamis

Masa : 10.00 10.40 pagi

Bil. Murid : 30 orang

Tema : Bidang 2 ( Kekeluargaan )

Nilai : 2.2 Hormat dan taat kepada anggota keluarga

Definisi : Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

Kandungan Akedemik : Amalan hormat-menghormatimenghindari konflik

Sikap prihatin menjamin kesejahteraan keluarga

Saling memahami antara anggota keluarga dengan mengambil kira aspek perasaan,
minat, pendapat dan perlakuan.

Tajuk : Keluarga harmoni asas kesejahteraan

Objektif Pengajaran : Objektif Pengajaran : Pada akhir pembelajaran unit ini, pelajar akan;

I. Menyatakan kepentingan hormat dan taat kepada anggota keluarga


II. Mempamerkan sikap prihatin dalam setiap interaksi dengan keluarga

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, pelajar dapat :


I. Pemikiran Moral
Menyatakan kepentingan menghormati dan mentaati anggota keluarga
II. Perasaan Moral
Menyatakan perasaan bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang harmoni
III. Tindakan Moral
Mempamerkan sikap prihatin terhadap perlakuan yang ingin dilaksanakan bagi
mengelakkan kesejahteraan keluarga tergugat

Pengetahuan sedia murid : Pelajar mengetahui amalan hormat menghormati dan mentaati orang
tua sejak dari kecil dan sifat tersebut sentiasa diamalkan oleh ahli kelaurga di rumah.

Pendekatan Pengajaran : Berpusatkan guru, pelajar, bahan, dan induktif

Alat bantu mengajar (ABM ) : Tayangan slaid dan tayangan video, bekas kecil, kertas A4, pensil
warna, gam, gunting, kertas warna, kertas A4, gam , kad manila, cd kosong.

Kaedah : Penjelasan nilai, analisis nilai, pembelajaran aktif

Penerapan Nilai : Kasih sayang terhadap keluarga, tanggungjawab terhadap keluarga.

Anda mungkin juga menyukai