Anda di halaman 1dari 11

PROGRAM TEACH FOR MALAYSIA

TFM ini diwujudkan oleh Pihak YTFM dengan kerjasama pihak KPM untuk merekrut, memilih
dan melatih graduan terpilih dan menempatkan mereka mengajar di sekolah berkeperluan tinggi
di seluruh negara. Menariknya hanya graduan BUKAN pendidikan sahaja yang layak untuk
memohon!.

Jika anda sebelum ini berminat untuk menjadi guru, impian itu tidak akan terkubur begitu sahaja
apabila kursus DPLI dan KPLI dimansuhkan. Inilah salah satu peluang untuk merealisasikan
impian tersebut!. Sekiranya terpilih, anda akan menjadi Felo TFM dan bakal mengajar di
sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun secara sepenuh masa.

Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan selama dua (2) tahun ini, Felo TFM akan memacu
impak sistemik dan membawa transformasi dalam dan luar bilik darjah yang merupakan
sebahagian daripada gerakan Alumni TFM. Dengan pengalaman yang diperolehi juga, anda
boleh memohon bekerja di mana-mana sekolah swasta dan antarabangsa di negara ini.

 Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang menerima tawaran bagi Program TFM
ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa pemilihan seperti berikut:

 Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)


 Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan
Julai hingga bulan September 
 Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM antara bulan Oktober hingga bulan
Disember 

KELAYAKAN ASAS PERMOHONAN


 

Krtieria-kriteria asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:

 Warganegara Malaysia
 Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat di dalam mana-mana bidang
(KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor of
Education, Bachelor of TESL dan lain-lain)
 Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan
 Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
 Berumur 32 tahun ke bawah sebelum 1 Januari 2018
 Memperolehi minimum "Kredit GRED C" bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
 Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 "Second Class Upper"

KRITERIA PENTING YANG PERLU JUGA DIMILIKI OLEH CALON:

 Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.
 Pemahaman dan komitmen yang mendalam misi dan visi Teach For Malaysia.
 Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.
 Kemahiran berfikir secara kritis.
 Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran.
 Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik.

CARA PERMOHONAN

Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For
Malaysia (YTFM). Permohonan boleh dilakukan di laman
web http://teachformalaysia.org/home/apply/
KEPENTINGAN TFM

Membantu golongan anak-anak yang tidak diberi peluang untuk merealisasi dan merungkai
potensi diri sepenuhnya kerana faktor yang berbeza, seperti pendapatan ibubapa atau lokasi
tempat tinggal.

Kami ingin bayangkan sebuah pendekatan pendidikan yang akan memperdayakan semua
pelajar untuk menjadi pemimpin pembelajaran mereka sendiri, masa depan mereka, dan masa
depan negara.

Kumpulan Tumpuan Impak TFM

Sambil berusaha untuk melawan ketidaksaksamaan pendidikan di Malaysia, TFM memberi


tumpuan untuk menjana impak yang mampan dan tahan lama kepada tiga kumpulan ini:

Pelajar

TFM menempatkan Felo TFM di bilik darjah sebagai guru untuk memberdayakan pelajar. Felo
TFM bekerja dengan akar-umbi sistem pendidikan untuk mengubah cara pembelajaran di
dalam bilik darjah.

Komuniti

TFM memberdayakan pelajar untuk memimpin diri sendiri dan orang lain, dan untuk menanam
benih-benih perubahan dalam komuniti mereka.

Sistem Pendidikan

TFM bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan bekerja rapat dengan
Alumni TFM untuk mengusahakan transformasi pendidikan di kawasan-kawasan berkeperluan
tinggi di seluruh Malaysia.

SEKOLAH AMANAH

Program Sekolah Amanah adalah satu usahasama antara sekolah dan rakan kongsi swasta
yang bertujuan untuk mewujudkan model tansformasi sekolah yang boleh dijadikan contoh di
seluruh negara sebagai wawasan jangka panjang yang strategik. Perdana Menteri Malaysia
dan Timbalannya telah meluluskan rangka kerja pengoperasian Program Sekolah Amanah,
termasuklah autonomi pada 15 Disember 2009 semasa 3rd Education Delivery Task Force
(DTP).

Program ini telah dilancarkan secara rasminya pada 10 Disember 2010 oleh Yang Amat
Behormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Matlamat penubuhan Sekolah
Amanah ini adalah untuk mempertingkatkan prestasi pelajar secara holistik seperti yang
dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kendalian selama lima tahun
oleh Yayasan Amir bersama LeadEd Service sebagai selaku penyelia perkhidmatan pendidikan
secara perkongsian awam dan swasta.

Objektif utama penubuhan Sekolah Amanah ialah mempertingkatkan prestasi pendidikan


pelajar dan menambah baikkan pengurusan sekolah. Di samping itu, program Sekolah Amanah
ini turut memberi penekanan terhadap aspek keinsanan, berfikir, kreatif, inovatif dan
mempunyai etika kerja. Pada peringkat awal pelaksanaan pada tahun 2011, sebanyak 10 buah
sekolah dipilih iaitu sebanyak lima buah di negeri Johor dan lima buah lagi di negeri Sarawak.
RM100 juta telah diperuntukkan oleh Khazanah Nasional bagi membangunkan sekolah rintis
kumpulan pertama ini (Shahnaz Al-Sadat Abdul Mohsein, 2014). Jadi, bermula dari tahun 2011,
KPM telah menjalankan projek rintis ke atas 10 Sekolah Amanah rintis tersebut yang bertujuan
untuk melihat jika berlakunya peningkatan kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran
atau sebaliknya, dan hasilnya program ini dilihat telah memberi impak positif terhadap
pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.

Kini pada tahun 2016, sebanyak 30 buah sekolah dipilih sebagai Sekolah Amanah termasuk di
negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang melibatkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) serta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Yayasan Amir
dan sekolah-sekolah yang dipilih telah diberikan kuasa autonomi bagi menentukan corak
pembangunan pendidikan dari segi kurikulum, perihal kakitangan, perolehan dan penggunaan
dana, jadual dan calendar sekolah serta polisi anak murid.

TUMPUAN SEKOLAH AMANAH


PROGRAM PERMATA PINTAR

Falsafah Kurikulum Permata


"Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik agi mengembangkan sahsiah, potensi
dan kecergasan mereka agar dapat menguasai kemahiran komunikasi, awal literasi, awal
matematik, pemikiran logik dan pengetahuan asas tentag dunia persekitaran, di samping
kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah
mulia,berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan
teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini
memerlukan komitmen dan kolaborasi ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak
umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya"

Malamat Kurikulum Permata


" Matlamat kurikulum Permata Neara ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan
awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga
menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal
yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia,
kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya,
patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat "

Latar belakang Program Permata Negara


 Program Permata Negara telah diketuai oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri
Rosmah Mansor pada tahun 2004/2005.
 Program ini adalag sebagai langkah untuk menangani masalah sosial di kalangan
remaja dan belia.
 Sebagai langkah permulaan, NCDRC ( Natinoal Child Development ) telah ditubuhkan di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menguruskan pembinaan kurikulum
Permata dan perlaksanaan penyelidikan yang berkaitan.
 NCDRC juga dipertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepada pelatih dan
pendidik Permata.
 Jemaah Menteri pada 21Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan holistik
berhubung dengan asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai "Setiap
Anak Permata Negara "
 Pada Mei 2007, projek perintis Permata Negara telah dilaksanakan di lima buah pusat
Anak Permata Negara iaitu di Putrajaya, Chini, Subang Jaya, Kepala Batas dan
Mempaga. 
 Lanjutan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program Permata
Negara dan pelaksanaanya ke semua TASKA di bawah kelolaan kerajaan seperti
KEMAS, JPNIN, Taska Komuniti dan Taska Yayasan Pembangunan Keluarga
Terengganu.
 Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak 20 juta dalam rancangan ke-9
untuk perluasan Program Permata Negara.
 Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh jawatankuasa
Teknikal Kokurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan keberkesanan kurikulum
Permata.
 Laporan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa perlaksanaan kurikulum Permata
oleh pihak-pihak berkenaan dijalankan dengan efisyen dan berkesan. 

Objektif Kurikulum Permata Negara


Objektif Kurikulum Permata Negara adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik
melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil
pembelajaran yan telah ditetapkan iaitu:
1. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu yang
bersahsiah muia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang berempati da adil.
2. Membina kemahiran interpersonal da sosial yang baik untu membolehkan kanak-kanak
bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.
3. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal bahasa, berkomunikasi dan
literasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bhasa Ibunda
4. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan
boleh membuat keputusan berdsarkan kebolehan diri
5. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran moto kasar dan moto halus serta
fizikal yang mampan
6. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan
merekamenumpukan perhatian
7. Mmebina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang
boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak

Model Konseptual Permata Negara


Kurikulum Permata Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut: 
1. Pendidikan secara holistik atau whole learning
2. Pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun)
3. Pengupayaan kanak-kanak (empowerment)
4. Penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti
5. Asas pengasuhan yang berkualiti
6. Perkembangan embelajaran 
7. Penaksiran dan penilaian
Skop Kurikulum Permata
Skop Permata Negara terbahagi kepada dua iaitu pengasuhan dan pembelajaran. 

A) Aspek asas pengasuhan


 Pemakanan seimbang
 Keselamatan kanak-kanak
 Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak
 Amalan pengasuhan
B) Bidang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
 Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
 Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal
 Perkembangan awal matemataik dan pemikiran logik
 Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
 Perkembangan fizikal dan psikomotor
 Perkembangan kreativiti dan estetika

Contoh 

Contoh

Ciri-Ciri Pendidik Permata Negara


1. Berpengalaman dalam bidang pendidikan dan berkemahiran dakam pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak
2. Berpengetahuan dalam bidang pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak
3. Kreatif dalam merancang aktiviti kanak-kanak
4. Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak
5. Berkemahiran melayan, mengendali dan mengurus kanak-kanak
Pendidik dan Pengasuh Taska Permata Negara

Keistimewaan Permata Negara


1. Ianya merupakan Kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan
lengkap dan asas didikan awal yang holistik.
2. Menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang
mampu melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri.
3. Menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran sosial
dan penguasaan bahasa (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda)
4. Mendedahkan kanak-kanak kepada persekitara semulajadi, tradisi dan budaya pelbagai
kaum di Malaysia yang dapat melahirkan warganegara yang toleran dan inklusif
5. Menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat, bersih dan berkhasiat untuk
kanak-kanak
6. Mewajibkan kolaborasi ibu bapa dan Taska untuk menjadi pemangkin kepada
perkembangan kanak-kanak dan kesinambungan asuahn dan didikan awal 
Untuk maklumat yang lebih terperinci anda boleh klik pautan tersebut :
http://www.permata.jpm.my/1/directory.php

Anda mungkin juga menyukai