Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Malaysia merupakah salah satu negara yang sedang pesat membangun untuk berjalan
selangkah dengan negara maju yang lain.Bagi mencapai matamat tersebut negara perlu
menlahirkan golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita bersaing dengan peringkat
global.Bagi memenuhi tuntuntan ini pendidikan memainkan peranan utama,pendidikan
merupakan penentu masa depan sesebuah negara.Kurikulum pendidikan merupakan satu
wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap diri individu dan ia juga
memainkan peranann penting untuk menlahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua
aspek kehidupan.Kurikulum yang tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan
Negara.Lantaran itu kurikulum menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup suatu
bangsa yang akan menjadi pnaduan hala tuju suatu bangsa tersebut di masa hadapan

Tokoh-tokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam


pengembangan kurikulum pendidikan.Sebagai contoh Model Administratif (Line Staff),Model
dari Bawah (Grass-Roots),Model Demonstrasi,Model Tyler,Model Taba,Model Stenhouse dan
lain lain.Akan tetapi sebelum diadaptasi model-model tersebut dalam pegembangan
kurikulum,terlebih dahulu model tersebut harus dikaji sehinga perlaksanaannya dapat
terlaksana dengan lancar dan sesuai dengan model pendidikan.Pemilihan model kurikulum
bukan sahaja dinilai dengan kelebihan yang ada pada model tersebut,tetapi juga perlu
disesuaikan dengan sistem pendidikan sebuah negara.Dalam penulisan ini saya akan
menfokuskan kekuatan dan kelemahan model yang dianggap sinonim dengan pendidikan
Malaysia iaitu Model Proses Stenhouse 1975 yang diasaskan oleh Lawrence Stenhouse.

Model Proses Stenhouse (1957)

Mengikut Stenhouse (1975) kurikulum adalah satu perantaraan untuk pelajar


mendapatkan pengalaman pembelajaran yang menyeluruh.Penekanan adalah proses
perkembangan. Model ini merupakan model proses kurikulum yang membentuk spesifikasi
kurikulum dan proses pendidikan bukan bermula dengan hasil berbentuk objektif.Sebaliknya
model lebih menekankan kemungkinan pembentukan prinsip prosedur untuk pemilihan
kandungan kurikulum dan justifikasinya.Model ini memfokuskan Aktiviti dan peranan
guru,keadaan-keadaan pembelajaran,mementingkan cara atau kaedah bukan kesudahan dan
ciri terpenting model ini adalah aktiviti murid.Model ini menekankan peranan aktif guru dan
pelajar,kemahiran belajar serta beberapa aktiviti yang dan berguna untuk kehidupan.
Antara kekuatan model ini adalah fokus kepada interaksi guru dan murid,fokus kepada
kaedah pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk menghargai nilai intrinsik dalam aktiviti
pembelajaran.Tiada yang sempurna jika terdapat kekuatan pasti terdapat kekurangan di antara
kritikan terhadap model kurikulum Stenhouse ini adalah kekurangan penekanan terhadap
kandugan yang sesuai.Selain itu model ini juga tidak boleh diguna pakai untuk semua mata
pelajaran.Disamping model ini juga akan menyebabkan pelajar berkemungkinan akan sentiasa
bergantung kepada guru sebagai fasilitator dan menyebabkan pelajar keliru kerana tiada
bimbingan yang konkrit.

Perlaksanaan model Stenhouse dalam kurikulum pendidikan.KLSR tidak


menggunapakai model Stenhouse kerana kandugan dan butiran yang terdapat dalam sukatan
pelajaran terlalu banyak.Buku teks menjadi rujukan utama dan menyebabkan guru terlalu
bergantung terhadap buku teks.Malahan lagi,guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran
secepat mungkin lebih-lebih lagi apabila hampir waktu peperiksaan.KSSR pula lebih
menegaskan pengunaan pelbagai pendekatan,strategi,kaedah dan teknik pdp yang meberikan
lebih tumpuan serta kesan terhadap murid murid.KSSR mengunapakai model Stenhouse dalam
perlaksanaan kurikulum walaupun tidak secara kesuluruhannya.

Kesimpulannya pelbagai model yang telah dicipta bagi mengembangkan lagi kurikulum
yang telah ada.Berdasarkan perbandingan di antara KLSR dan KSSR didapati kurikulum KLSR
tidak menggunakan model Stenhouse akan tetapi dapat dilihat kurikulum KSSR menggunakan
secara maksimum model Stenhouse.

Rujukan

A,Rashid, N., Mahayudin, Z. and Nordin, Z. (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. 3rd ed.
Selangor: Oxford Fajar, p.123.

Magrita Gabriel, J. (2016). MODEL KURIKULUM LAWRENCE STENHOUSE. [online] prezi.com.


Available at: http://MODEL KURIKULUM LAWRENCE STENHOUSE [Accessed 18 Sep. 2019].

Roslan, M. (2018). Analisis Model Kurikulum Stenhouse dalam Pelaksanaan Kurikulum. [online]


prezi.com. Available at: https://prezi.com/ig_ophz55oat/analisis-model-kurikulum-stenhouse-dalam-
pelaksanaan-kurikul/ [Accessed 18 Sep. 2019].

Anda mungkin juga menyukai