Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN) TAHUN 5 SK PULAU

RUSA (SERUSA)

TAHUN 2020

TARIKH :

5 MAC 2020 (KHAMIS)

MASA :

8.00 – 12.00 PAGI

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU RUSA (SERUSA)

ANJURAN:

ELEKTIF PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN & KOKURIKULUM PISMP AMBILAN JUN

2018 DENGAN KERJASAMA SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU RUSA (SERUSA)


IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI,
71760 BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA PROGRAM PELAJAR

NAMA PROGRAM : PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN)


TAHUN 5 SERUSA.

TUJUAN:

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan bagi
melaksanakan Pertandingan Permainan Tradisional (Batu Seremban) bagi murid tahun 5
SERUSA.

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Permainan Tradisional iaitu Batu Seremban merupakan program yang


dikelolakan oleh pelajar PISMP Elektif Pendidikan Jasmani Ambilan Jun 2018 dengan
kerjasama pihak Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan & Kokurikulum untuk merancang
dan melaksanakan program ini. Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau
Serembat. Kebiasaanya dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih. Objek-objek
seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain
yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali
sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di
dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang
rata. Peserta juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Program ini
dilihat amat penting untuk menarik minat serta kemampuan mereka untuk bermain sekaligus
membolehkan pihak sekolah untuk menghantar atlet bagi pertandingan di peringkat yang lebih
tinggi.

2.0 MATLAMAT

Penganjuran ini juga dilihat sebagai salah satu platform yang terbaik bagi memberi peluang
kepada kesemua peserta untuk mengenali permainan ini dengan lebih mendalam dan
mengukuhkan lagi kefahaman yang diperolehi melalui pertandingan yang dikendalikan. Malah,
penganjuran Pertandingan Permainan Tradisional secara tidak langsung dapat memberikan
peluang kepada guru pelatih yang terlibat dalam mengelolakan pertandingan ini untuk
memperoleh pengalaman merancang dan mengelolakan sesuatu acara yang lebih besar pada
masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

Pertandingan Permainan Tradisional peringkat Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa (SERUSA)


adalah untuk :

3.1. Mencungkil dan mengembangkan bakat sukan yang terpendam dalam kalangan murid
sekolah.
3.2. Melahirkan insan guru dan warga sekolah yang seimbang dari segala aspek seperti
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
3.3. Guru pelatih dan warga sekolah dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam
pengurusan dan kepegawaian yang telah dipelajari dalam Kokurikulum.
3.4. Melahirkan guru pelatih dan warga sekolah yang bersemangat kesukanan tinggi dalam
kalangan warga pendidik di samping memupuk perpaduan dan kekitaan.
3.5. Mengekalkan warisan tradisional dalam diri guru pelatih dan warga sekolah.
3.6. Menyediakan guru pelatih dengan pengalaman sebenar dalam mengendalikan
Pertandingan Permainan Tradisional sebagai persediaan untuk berkhidmat dan
mengelolakan aktiviti seperti ini di sekolah.
3.7. Mengeratkan kerjasama masyarakat dengan institusi pendidikan.
3.8. Menyeru murid dan warga sekolah mengamalkan gaya hidup sihat.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua murid tahun 5 SERUSA


5.0 MAKLUMAT PROGRAM

5.1. Penyertaan

Nama kelas Bilangan


5 Seroja 35 orang

5.2. Tarikh , masa dan tempat.

Tarikh Masa Maklumat Tempat


5 Mac 2020 7.30-10.30 pagi Pertandingan SK Pulau
(Khamis) permainan Rusa
tradisional (Batu
Seremban

6.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk lampiran A

7.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


Rujuk lampiran B
8.0 ANGGARAN KOS

KENYATAAN
BIL HARGA PER UNIT Sumber JUMLAH
PERBELANJAAN

HADIAH

a) Tempat pertama
 (Alatan a) Rm 5.00 X 3
tulis+buku nota)
b) Tempat kedua b) Rm 4.00 X 3 Kumpulan wang
1. RM 66.00
 (Pensil warna) c) Rm 3.00 X 3 SUWA
c) Tempat ketiga
d) Rm 2.00 X 15
 (buku nota)
d) 5x hadiah saguhati
 (Pensil dan
Pemadam)

MAKANAN RM 5 x 45
2.  (Nasi lemak dan PIBG RM 225.00
(36 murid dan 9 urusetia)
air teh panas)

Kumpulan Wang
3. JAMUAN JEMPUTAN RM5.00 x 3 RM 15.00
SUWA

Batu Seremban

4.  (Ditempah khas; RM 10 X 4 Set PIBG RM 40


diperbuat
daripada kain)

5. AIR MINERAL (500ML) RM 20.00 X 1 KOTAK Stor Koko RM 20

6. FIRST AID 2 Stor Koko -

7. CENDERAMATA 3 Stor Koko -


BIL OS/SUMBER JUMLAH

1. Kumpulan wang SUWA RM 81.00

2. PIBG RM 265.00

3. Stor Koko RM 20.00

JUMLAH RM 366.00

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Guru Besar : Khairuddin Bin Omar

Guru Penolong Kanan Kokurikulum : Khairulamin Bin Baharuddin

Guru Penasihat : En.Muhd Mahadi B. Othman

En. Mohd Akmal B. Abd Razak : En. Mohd. Razmin B. Suhai

Setiausaha : Muhammad Irfan Haqimi Bin Othman

Naib Setiausaha : Chan Wei Zhien

10.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Muhammad Ghadi bin Amar

Naib pengerusi : Chong Hau Neng

Setiausaha : Chan Mun Syuen

Bendahari : Amirul Syahmi Izwan Bin Mat Sarif

AJK teknikal

a) Urusetia : Hazly Azmi B Jusni


b) Penyelia peserta : Muhammad Danial B Mohd Wahid
c) Pencatat : Fazikri B Abd Razak
d) Kepegawaian : Muhammad Fahmi Bin Jasni

AJK makanan : Muhammad Nazmi Khair Bin Mohd Hasbi


AJK protocol : Yong Kheng Wei
AJK hadiah dan cenderamata : Mohamad Hafizam Bin Md Roni

AJK pengacaraan : Muhammad Irfan Aiman Bin Azmi

AJK buku program : Foong Zhi Lin

Kepengadilan : Mohammad Dzulnisman Bin Zulkiflee

11.0 KESIMPULAN
Program yang direncana ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Program yang dianjurkan ini juga merupakan salah satu aktiviti
yang akan banyak memberikan impak positif khususnya kepada siswi pendidik itu sendiri di
mana pelajar akan dapat menimba pengalaman dalam sebuah program yang berbentuk
pertandingan. Selain itu, pelajar-pelajar lain yang menyertai pertandingan ini juga dapat
menimba ilmu dan menghayati kepentingan permainan tradisional dalam kehidupan. Kami
berharap kerta kerja ini diluluskan supaya program dapat dijalankan dengan lebih lancar
dan meriah.

12.0 PENGESAHAN DAN ULASAN


PENGESAHAN ULASAN
Pensyarah pembimbing

…………………………………………………….
( )

Ketua Panitia:

…………………………………………………….
( )

Unit Kewangan:

……………………………………………………..
( )

Ketua Unit Khidmat Pengurusan Sekolah :

……………………………………………………..
( )

Guru Besar SERUSA:

……………………………………………………..
( )

13.0 LAMPIRAN

Lampiran A
Undang-undang pertandingan

Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

1.0 Peraturan AM

1.1. Sistem pertandingan


1.1.1. Pertandingan akan dijalankan secara liga pada peringkat kumpulan dan kalah
mati dalam peringkat separuh akhir dan akhir

1.1.2. Setiap pasukan yang akan dibentuk oleh murid akan dibahagikan kepada 4
kumpulan utama yang mempunyai beberapa pasukan, pasukan murid ini terdiri
daripada 3 orang murid. 4 kumpulan utama tersebut terdiri daripada kumpulan A,
B,C dan D.

1.1.3. Hanya johan bagi setiap kumpulan sahaja akan mara ke peringkat separuh akhir.

1.2. Pengundian
1.2.1. Pengundian akan dilakukan sehari sebelum pertandingan dijalankan. Undian
dilakukan melalui sistem cabutan.
1.2.2. Giliran permulaan bagi setiap perlawanan ditentukan dengan lambungan duit
syiling.

1.3. Mata kemenangan


1.3.1. Pasukan akan memenangi 3 mata dengan mencapai 15 skor terlebih dahulu .
Oleh itu, Pasukan yang menang semasa pertandingan kumpulan akan diberi 3
mata. Pasukan yang kalah akan mendapat 0 mata. Pasukan yang mengumpul
mata yang paling banyak akan dikira Johan kumpulan dalam sistem liga

1.3.2. Di peringkat liga, jika didapati 2 pasukan atau lebih memperolehi jumlah mata
yang sama, maka kaedah berikut akan diambil kira bagi menentukan pemenang :
i. Pasukan yang mempunyai peserta menang tertinggi, jika seri
ii. Pasukan yang mempunyai bilangan set menang tertinggi,
jika seri
iii. Pemenang ditentukan oleh pengadil melalui lambungan syiling.
1.3.3. Di peringkat separuh akhir dan akhir sistem kalah mati digunakan, pasukan yang
mendapat 20 skor terpantas akan dikira sebagai pemenang.
1.3.4. Had perlahwanan adalah 5 minit sahaja bagi liga dan 10 minit bagi kalah mati, jika
kedua -dua pasukan gagal memperolehi 20 skor. Pasukan yang mempunyai skor
tertinggi dalam had masa 5 minit akan dikira sebagai pemenang.

1.4. Syarat-syarat pertandingan


1.4.1. Semua pasukan diwajibkan mendaftar senarai nama peserta di dalam borang
yang disediakan. (borang penyertaan). Setiap Pasukan hendaklah mendaftar
sekurang-kurangnya 3 ORANG PESERTA SAHAJA.
1.4.2. Semua peserta hendaklah hadir ke gelanggang yang telah ditetapkan 30 minit
sebelum perlawanan bermula dengan berpakaian sukan. Ketua Pasukan mestilah
menyerahkan borang peserta kepada Pengadil 30 minit sebelum perlawanan
bermula. Selepas itu, pindaan nama peserta tidak boleh dilakukan kecuali
mendapat persetujuan daripada pasukan lawan.
1.4.3. Apabila nama peserta dipanggil oleh Pengadil supaya memasuki gelanggang
untuk memulakan perlawanan, peserta hendaklah mematuhinya. Jika gagal
menghadirkan diri dalam masa 5 minit yang diberi, kemenangan akan diberi
kepada pihak lawan. Keputusan Pengadil adalah muktamad.

1.5. Jangka masa permainan

1.1.1. Permainan tidak mempunyai had masa yang spesifik. Tetapi jika mengambil masa
melebihi 5 minit bagi setiap perlahwanan, pemenang akan dikira berdasarkan jumlah
skor yang paling banyak. Selain itu, had masa bagi peringkat separuh akhir dan final
adalah 10 minit.

2.0 Pelaksanaan permainan

2.1. Peserta dibahagikan kepada beberapa pasukan


2.2. Teknik yang digunakan dalam pertandingan adalah teknik mengutip anak batu. Teknik
ini adalah dengan cara mengaut satu persatu.
2.3. Setiap peserta hendaklah memastikan mendapat 5 buah sebelum permainan
dimulakan.
2.4. Pemenang bagi setiap pertandingan diadili oleh hakim dan keputusan adalah
muktamad.
2.5. Bagi batu pertama semua buah mesti diselerakkan sehingga tidak menyentuh satu
sama lain.
2.6. 1 buah akan dijadikan ibu. Buah ibu harus dilambung ke udara. Tetapi dalam masa
yang sama, 1 buah di lantai harus dikutip.
2.7. Perlakuan ini akan berterusan sehingga kesemua buah di lantai habis dikutip.
2.8. Peserta yang berjaya mengutip kesemua buah satu akan mendapat 1 skor.
2.9. Cara bagi batu kedua, sama seperti buah satu. Bezanya hanyalah kali ini 2 biji buah
perlu dikutip pada setiap lambungan.
2.10. Buah ibu hanya akan dilambung sebanyak 2 kali sahaja.
2.11. Peserta yang berjaya mengutip kesemua buah dua akan mendapat 2 skor.
2.12. Bagi batu ketiga, pada lambungan pertama hanya 1 biji buah yang akan dikutip.Pada
lambungan kedua, 3 biji buah harus dikutip dengan serentak.
2.13. Peserta yang berjaya mengutip kesemua buah tiga akan mendapat 3 skor.
2.14. Bagi batu keempat, buah ibu dilambung ke udara dan dalam masa yang sama, 4 biji
harus dikutip serentak.
2.15. Peserta yang berjaya mengutip kesemua buah empat akan mendapat 4 skor.
2.16. Batu kelima pula, permainan sama seperti buah empat.
2.17. Cuma selepas menangkap buah ibu, buah ibu harus dilambung semula ke udara dan
pada masa yang sama, 4 biji buah yang lain harus diletakkan dia atas lantai dan
kemudian perlu menyambut buah ibu sahaja
2.18. Peserta yang berjaya sehingga buah kelima akan mendapat 5 skor.
2.19. Jika salah satu peserta daripada kumpulan tersebut gagal pada batu keempat, hanya
akan mendapat 4 skor sahaja. Pasukan yang mendapat 15 skor akan dikira pemenang.
2.20. Kedua-dua pasukan akan menjalankan lambungan secara selang seli. Contoh pemain
pertama pasukan A akan diselangkan dengan pemain pertama kumpulan B. tJika
peserta mendapat 5 skor atau gagal pada cubaan tertentu lambungan wajib
diserahkan kepada peserta kedua pasukan tersebut. Peserta pertama tidak boleh
meneruskan lambungan dan mesti beratur di belakang peserta ketiga untuk
melambung kembali jika belum mencapai 15 skor.

3.0 Kesalahan/ Foul

3.1. Peserta akan dikira sebagai MATI; tamat giliran jika melakukan beberapa perkara ini :
i. Jika peserta tidak dapat menyambut buah yang dilambung
ii. Ketika peserta memungut buah di lantai, peserta tersentuh buah yang
dilambung.
iii. Pada tikah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan jumlahnya
tidak sama.

Peserta terlupa tahap dia berada ketika ingin menyambung semula.


3.2. Jika peserta melakukan kesalahan seperti berikut, pasukan tersebut akan
disingkirkan secara automatik :

i. Cuba menggangu pihak lawan dengan menggunakan alatan maujud atau


kata-kata kesat yang boleh mengangu kosentrasi peserta lain.
ii. Cuba menggunakan peralatan Batu Seremban yang lain, bukan disediakan
oleh pihak urusetia.
iii. Cuba menyogok pengadil.

4.0 Pengadil

4.1. Pengadil adalah dikalangan guru yang mahir dan mempunyai pengalaman.
4.2. Pengadil perlu mengisi boring pemarkahan yang telah disediakan oleh pihak
penganjur dengan lengkap.
4.3. Penngadil mesti berpakain sopan .

5.0 Bantahan

5.1. Bantahan boleh dilakukan dalam tempoh 15 minit setelah perlahwanan tamat. Jika
tiada bantahan dalam masa 15 minit keputusan pengadil adalah muktamad. Selain itu,
ketua pasukan perlu mengisi borang bantahan dan disertakan dengan bukti bergambar
atau bertulis jika ada.

6.0 Sistem pertandingan


6.1. Pada peringkat pertama: Pertandingan dijalankan secara sistem liga kumpulan.
Terdapat 4 kumpulan utama iaitu A,B,C dan D. Setiap kumpulan mempunyai 3
pasukan.

Kumpulan A

Kumpulan A1 A2 A3

A1

A2

A3

Kumpulan B

Kumpulan B1 B2 B3

B1

B2

B3

Kumpulan C

Kumpulan C1 C2 C3

C1

C2

C3

Kumpulan D

Kumpulan D1 D2 D3

D1

D2
D3

6.2. Pada peringkat kedua: Pertandingan dijalankan secara Sistem Kalah Mati.Empat pasukan
yang mendapat markah tertinggi dalam liga kumpulan akan dikira sebagai johan
kumpulan. Johan kumpulan akan meneruskan pertandingan di peringkat yang kedua.

Juara kumpulan A

Juara kumpulan C

Juara

Juara kumpulan D

Juara kumpulan B
Carta liga kumpulan dengan pertandingan liga kalah mati

Kumpulan A1 A2 A3
Johan kump. A
A1
A2
A3

Kumpulan B1 B2 B3

B1
B2
B3 Johan kump. B

Kumpulan C1 C2 C3
Naib Johan Johan
C1 Johan kump. C
C2
C3

Kumpulan D1 D2 D3

D1
D2
D3

Johan kump. D
7.0 Pengadilan
7.1. Pengadil yang akan mewakili pertandingan dilantik oleh jawatankuasa pengelola
pertandingan.
7.2. Segala keputusan yang dibuat pengadil perlawanan adalah muktamad.

8.0 Hal-hal lain


8.1. Jawatankuasa Pengelola berhak menangguhkan sesuatu perlawanan atau membuat
perubahan pada masa atau tempat pertandingan. Pemberitahuan yang cukup akan diberikan
dalam perkara ini.
8.2. Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini, Jawatankuasa Pengelola
berhak membuat keputusan dan keputusan itu adalah muktamad.
Lampiran B

Tentatif pertandingan permainan tradisional ( Batu Seremban ) Tahun 5 SERUSA

5 March 2020 (Khamis)

Masa Aktiviti

8.00a.m. Pendaftaran peserta

8.10a.m. Taklimat pertandingan dan pengurusuan

8.20a.m. Perlawanan liga kumpulan bermula

8.20a.m. A2 lawan A1 dan C2 lawan C1

8.35a.m. B2 lawan B1 dan D2 lawan D1

8.50a.m. A1 lawan A3 dan C1 lawan C3

9.05a.m B1 lawan B3 dan D1 lawan D3

9.20a.m. A3 lawan A2 dan C3 lawan C1

9.35a.m B3 lawan B2 dan D3 lawan D2

9.50a.m. Rehat

10.10a.m. Perlawanan kalah mati separuh akhir dan akhir

10.10a.m. Juara A lawan Juara C

10.25a.m. Juara D lawan Juara B

10.40a.m. Perlawanan terakhir

11.00a.m. Majlis Penyampaian hadiah

11.30a.m. Bersurai
Lampiran C

BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN ) TAHUN 5


SERUSA

NAMA PASUKAN

NAMA AHLI 1. 2. 3.

KELAS 1. 2. 3.

NAMA KETUA
KUMPUAN

Disahkan oleh

______________________

( )
Ketua Penyelaras Aktivti

Lampiran D
BORANG PEMARKAHAN
PERMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN ) TAHUN 5 SERUSA

Nama Pasukan : Masa mula : Masa tamat:


Peserta Giliran Catatan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Jumalah skor

Lampiran E
BORANG KEPUTUSAN PERLAWANAN
PERMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN ) TAHUN 5 SERUSA
Bilangan Kedudukan Nama Kumpulan Catatan

1 Johan

2 Naib Johan

3 Ketiga

4 Keempat

5 Saguhati

6 Saguhati

7 Saguhati

8 Saguhati

9 Saguhati

10

11

12

Disahkan oleh,

______________________

( )
Ketua Pengadil Pertandingan

Lampiran F
SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA MENYERTAI

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL (BATU SEREMBAN) TAHUN 5 SK PULAU RUSA

(SERUSA)

Saya :…………………………………………………………………………………
No. Kad Pengenalan :…………………………………………………………………………………
Beralamat :…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
No. Telefon : ……………………………………….
mengaku adalah waris kepada murid bernama di bawah :

Nama Pelajar : ……………………………………………………………………….


Darjah : ……………………………………………………………………….
No.KP/ Surat Lahir : ……………………………………………………………………….
Saya dengan ini memberi kebenaran bertulis saya kepada anak / jagaan saya untuk menyertai aktiviti
Kokurikulum yang diadakan di sekolah.

2. Saya difahamkan bahawa soal keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya
oleh Guru yang telah diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak / jagaan saya terganggu dalam masa
latihan / perjalanan / semasa program, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru
menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.

3. Saya dengan ini mengakui bahawa anak / jagaan saya ADA/TIDAK ADA* menghidap sebarang
penyakit. Nyatakan (jika ada) :

…………………………………………………………………………………..

(*Potong yang berkenaan)

Tandatangan Ibu bapa / Penjaga : ……………………………………………………..

Nama : ……………………………………………………...

No. Kad Pengenalan : ……………………………………………………

Lampiran G
Rajah 1.0 menunjukkan batu Seremban sedang dimainkan

Rajah 2.0 Batu seremban yang diperbuat daripada kain dan diisi dengan kacang.
14.0 RUJUKAN

BalaNrishnan, M., Ooi, C. L., & Vengadasalam, C. (2016). Innovation in Traditional Games: A Case Study

of Trainee Teachers’ Learning Experiences. International Journal of Educational and Pedagogical


Sciences, 10(8), 2940-2944.

Batu Seremban. (2018, January 20). Retrieved from Jabatan Kebudayaan & Keseniaan Negara (JKKN):
http://www.jkkn.gov.my/ms/batu-seremban

Fauzalina Ahmad. (2017). Buku Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mat Nayan, S., & Kun, O. H. (2019). Jom Main!(Let's Play!): Promoting The Values Of Malaysia

Traditional Children's Games Through The Media. Media Literacy and Academic Research, 2(2),
52-84.

Pengelolaan Pertandingan : Sistem Pertandingan Liga. (2013, Oktober 16). Retrieved from Pendidik2u.my:
https://www.pendidik2u.my/pengelolaan-pertandingan-sistem-pertandingan-liga/

Anda mungkin juga menyukai