Anda di halaman 1dari 6

RESEPI SAMBAL SOTONG CAMPUR PETAI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHAN:
Bawang putih/merah kisar
Cili kisar
Air Asam
Sotong goreng (half cooked)
Petai
Garam/Gula

CARA CARA :
Tumis bawang sampi kuning ...
Masukkn cili kisar...
tumis smpi pecah mnyk ...
masukkn air asam sikit ..
tumis lagi, lepas tu msukkan petai/sotong ..rasakan dgn garam n gula ...

** Saya ada ltk serai/daun limau purut sikit (rahsia sambal sotong sedap
dan buang bau hanyir )
Resepi Sotong Bakar Bersambal

Bahan-bahannya

Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)


15 tangkai lada kering - perlu dikisar
5 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 batang serai
2 sudu besar sos tiram
air asam jawa -secukupnya
garam dan gula
Sedikit minyak masak

Cara-cara memasaknya
Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)

Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada


kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)

Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.

Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir
sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati
untuk dijadikan sambal

Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup


permukaan sotong dengan lebihan sambal.
Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup
pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong)
sehingga masak.
RESEPI SOTONG PHAT PHET

BAHAN A
************
(KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong...

BAHAN B
**********
Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut

Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)


Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis

CARA-CARA
**************
-panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik
sehingga naik bau dan pecah minyak... setelah kering tumisan tadi,
masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)
-kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam
serta gula...
-akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis... kacau
rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat...
- siap dan hidangkan dgn nasi panas
RESEPI SOTONG GORENG REMPAH

Bahan² (2 orang makan)

Sotong besar 3 ekor


*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
*2 cm halia (agak²)
* (bahan ini ditumbuk halus)
1 tsp garam masala
1 tbs serbuk kari ikan
2 tbs sos tiram
2 tsb minyak masak
2 biji cili (hiris serong)
1 biji tomato (belah 6)
Garam dan gula secukup rasa

Cara

1. Bersihkan sotong, perap dengan garam masala dan rempah kari ikan.

2. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian


masukkan bahan yg telah ditumbuk.

3. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili
dan tomato. Gaul sebati.

4. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing² jika mahu
sotong lebih berkuah. Biarkan renih seketika.

5. Perasakan dgn garam dan gula ikut selera masing². Siap dihidangkan.
Resepi Paprik Sotong Sedap
Kredit : Resepi Ummi

Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la
ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau
sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong.
Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah
mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya
perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Sotong Cili Padi Petai...

Bawang merah
Bawang putih
Cili api campur sedikit yang merah
Serai
Petai
Sotong

Cara-cara:

1. Blend semua kecuali serai, petai dan sotong..


2. Serai titikkn je..
3. Tumis semua yg di blend tadi..
4. Masukkan la serai, petai, sotong dan perasakan dengan garam
dan gula.

Anda mungkin juga menyukai