Anda di halaman 1dari 13

Sejarah Penubuhan Pandu Puteri

Olave St Clair Soames Lord Robert Baden-Powell

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909,


muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan
ini. Ini dibuktikan sebagai pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari
ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada


dalam kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan
Pengakap, Lord Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan,
kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.

Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides


Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama
untuk membawa impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes,
mengadaptasikan buku "Scouting for Boys"untuk kegunaan Pandu Puteri dan
seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.

Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak
secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan
promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave
Soames dan seterusnya berkahwin dengannya.

Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United
Kingdom dan pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan
Pandu Puteri di seluruh dunia.

Di serata dunia

Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi


perkembangannya ke tempat lain amat pantas.

Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pada


tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini
mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi
mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama.

Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini.


Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang
tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri,
termasuklah Brazil, China dan Estonia.

Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang
bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua
melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama
seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga
Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis)
membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.

Kelahiran Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia / WAGGGS


(World Association of Girl Guides and Girl Scouts)

Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi


diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-
Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada
WAGGGS.

Majlis ini sangat berjaya, dan setahun kemudian, Persidangan


Antarabangsa yang pertama telah diadakan.

Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi


peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan
bertukar fikiran dan pengalaman.. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri
dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara.

Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan


pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai
“Our World News”.

Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam


mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh
dunia. Pada tahun 1919, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap
Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua
Pandu Puteri Sedunia.
Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika
Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-
Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan.

Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928,


Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan
perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara
membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia. Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai
urusetia.

Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatan kuasa


Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi
ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui
dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.

Perkembangan

Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada


tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta dan pada tahun 1932,
Pusat Dunia yang pertama dibuka. Pada tahun 1939, Perkhemahan Sedunia
Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Setelah tergendala
sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada
tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell
telah meninggal dunia pada masa itu.

Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja


beliau dalam Pandu Puteri. Tahun 1957 menyaksikan pembukaan Our Cabaña
dan ini diikuti dengan pembukaan Sangam pada tahun 1966.
Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati
beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan
meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia
London (Pax Lodge).

Pengenalan

Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS)


merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu
Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 Organisasi Ahli yang
bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika,
Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta
orang ahli individu.

Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan


bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan
kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan
adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.
Pengasas Pandu Puteri

Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau adalah
isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan "Girl
Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya
dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya
Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua
Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun
1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur 88 tahun.

Olave St.Clair Soames (Lady Baden Powell)


M2-UNIT BERUNIFORM (PANDU PUTERI KADET)
SINOPSIS

SEJARAH :

Sejarah penubuhan di malaysia. Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada


tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah
didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat
pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun
1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima
pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri
1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada
tahun 1991.

TUJUAN :

Tujuan penubuhan PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan


mengembangkan potensi semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga
negara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM
adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan
amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia
memberi khidmat untuk membantu orang lain.
NOTA PANJANG

SEJARAH

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917
Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu
Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia
ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat
Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri,
Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima


pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri
1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada
tahun 1991.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan


remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu,
kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan
masyarakat sejagat.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang


dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri
Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang
menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin
berwibawa hari esok.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program Pandu Puteri yang


bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini
mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi
kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi,


Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat
untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti,
menjadikan program dan aktiviti Pandu Puteri relevan kepada kehidupan
seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa
hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan
remaja.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui
PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System)
yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-
undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

 Boleh dipercayai
 Sentiasa taat dan setia
 Suka menolong orang lain
 Bersabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
 Sentiasa bersopan santun
 Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
 Sentiasa menurut perintah
 Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
 Sentiasa berjimat cermat
 Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program Pandu Puteri terdiri daripada empat komponen iaitu


perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat;
dan khidmat. Program Pandu Puteri juga menekankan empat elemen utama
iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui
PROGRAM Pandu Puteri yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System)
yang menjadi ciri utama pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia.

PROGRAM Pandu Puteri juga memenuhi minat dan kebolehan semua peringkat
ahli melalui sistem latihan dan skim Lencana Kecekapan. Seseorang ahli muda
digalakkan berusaha supaya berjaya menjadi seorang PANDU PUTERI RAJA,
manakala Pemimpin digalakkan untuk mendapat MUTIARA PEMIMPIN.

RANCANGAN Pandu Puteri yang bersesuaian disediakan di semua peringkat –


pasukan, daerah, negeri dan kebangsaan.

 Perancangan jangka panjang disediakan di peringkat kebangsaan oleh


Lembaga Eksekutif Kebangsaan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja
Kebangsaan
 Perancangan jangka pendek dan strategi pelaksanaan disediakan di
peringkat negeri oleh Pesuruhjaya Cawangan dan Pesuruhjaya Bahagian
di cawangan serta Pemimpin
 Pemimpin dan ahli muda melaksanakan rancangan jangka pendek di
dalam Pasukan
 Pesuruhjaya Cawangan bermesyuarat dengan Pemimpin sekali sebulan
atau dua bulan sekali
 Pesuruhjaya menghadiri Persidangan Tahunan Pesuruhjaya

Persatuan Pandu Puteri Malaysia hari ini mempunyai 85,000 orang ahli dan
sukarelawan di seluruh Malaysia.

Di peringkat kebangsaan, Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan ahli


gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-
Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).
Di peringkat antarabangsa pula, Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah ahli
penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (World Association
of Girl Guides and Girl Scouts – WAGGGS).

Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga merupakan Badan Operasi Anugerah


Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Anugerah Remaja Perdana Rakan
Muda (ARPRM) adalah edisi tempatan untuk Anugerah “Duke of Edinburgh’s
Award” atau kini dikenali sebagai “International Award Association”.

TUJUAN

PPPM mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi


semua ahli persatuan ini supaya menjadi warga negara yang peka, berwibawa,
berketerampilan dan berdisiplin. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan
insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa,
mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk
membantu orang lain.

Untuk mencapai tujuan murni tersebut, pendidikan dan latihan melalui program
Pandu Puteri mengutamakan sistem berkumpulan (Patrol System) yang menjadi
ciri utama dalam pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. 

Persetiaan & Undang-Undang Pandu


Puteri

Bahawa Dengan Sesungguhnya


Saya Berjanji Dan Bersetia
Dengan Sedaya Upaya
Menunaikan Kewajipan Saya
Kepada Tuhan
Raja Dan Negara Saya Malaysia
Menolong Orang Setiap Masa, dan
Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri

Piagam
Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:

 Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti


 Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Pandu
Puteri
 Melahirkan ahli yang berkaliber
 Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
 Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
 Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

Misi & Visi


Misi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan
wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran
dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."

Visi
"Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang
dinamik dan efektif untuk wanita, remaja, dan dewasa." 

Nilai-Nilai Teras
PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut
setiap masa:

 Integriti
 Kejujuran
 Hormat-menghormati
 Tolerasi
 Kasih Sayang
 Bantu-membantu

Objektif Am
Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja
dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi
khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna,
bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain. 

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia


Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga
Persetiaan Pandu Puteri.

Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta


Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru


membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.

Anda mungkin juga menyukai