Anda di halaman 1dari 1

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita.

Badan yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan


seharian dengan baik.
Tambahan, kita dapat hidup selesa dan gembira dengan badan yang
selesa.

Kita boleh menjaga kesihatan badan dengan mengambil makanan


seimbang.
Makanan yang berkhasiat dapat menghindarkan diri daripada
penyakit.
Kita harus kurangkan pengambilan makanan ringan, makanan
berlemak serta makanan goreng.

Seterusnya, kita perlu melakukan senaman untuk menyihatkan


tubuh badan dengan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu.
Melalui aktiviti senaman, kita dapat mengeluarkan peluh dan toksin
daripada badan.
Kita akan berasa segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti
harian tanpa halangan.

Selain itu, cara lain untuk menjaga kesihatan diri adalah menjaga
kebersihan diri supaya menghindarkan diri daripada kuman .
Contohnya kita perlu mandi dengan sabun dan gosok gigi setiap hari.
Persekitaran tempat tinggal kita juga penting.
Kita mestilah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk supaya
tiada penyakit berjangkit dan kita dapat hidup sihat.

Akhir sekali, tubuh badan kita menjadi sihat jika kita


mengamalkan gaya hidup sihat.
Kita harus beriadah bersama-sama anggota keluarga pada
hujung minggu.
Aktitivi riadah bukan sahaja menyihatkan badan malah dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Di samping itu, tabiat buruk seperti merokok mesti dihentikan agar
kesihatan terjamin.

Tuntasnya, pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk


menjaga kesihatan tubuh badan.
Hal ini penting bagi menjamin kehidupan kita dalam keadaan yang
sejahtera dan bahagia.

Anda mungkin juga menyukai