Anda di halaman 1dari 3

Ilmu / Pengetahuan baru melalui:

7.1 Pemerhatian

Dari aspek prasanara yang disediakan oleh pihak sekolah, saya mendapati
bahawa prasanara di SJK Chung Hua Tapah amat lengkap bagi kemudahan para
guru dan murid. Hal ini demikian kerana pihak sekolah menyediakan kemudahan
seperti perpustakaan, makmal computer dan sebagainya untuk memberi peluang
kepada murid dan guru mencari bahan rujukan dengan mudah. Pada masa yang
sama, murid akan lebih bersemangat untuk belajar dengan kemudahan yang
lengkap di sekolah. Contohnya, LCD dan projector.

Melalui pemerhatian saya terhadap proses PdP di dalam kelas, saya


mendapati bahawa seseorang guru memerlukan kaedah mengawal kelas dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kaedah mengawal kelas, guru baru
dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan
berkesan. Tambahan pula, seseorang guru juga perlu menggunakan pelbagai jenis
pedagogi yang menarik. Hal ini kerana setiap murid mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza. Jadi, guru harus menggunakan pedagogi yang berbeza semasa
mengajar agar dapat memenuhi keperluan murid.

Murid yang seimbang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik tetapi juga
dalam bidang kokurikulum. Aktiviti kokurikulum amat penting kepada murid-murid.
Melalui kokurikulum, murid-murid dapat menggerakkan badan mereka supaya badan
sihat dan cergas. Selain itu, potensi murid juga dapat dikembangkan supaya dapat
menunjuk bakat mereka dalam bidang sukan. Sepanjang PBS dijalankan, saya sedar
bahawa seseorang guru yang kompeten harus menguasai pengetahuan dan
kemahiran tentang kokurikulum. Misalnya, guru perlu menguasai kemahiran-
kemahiran asas bola jaring terlebih dahulu supaya dapat memberi teknik yang betul
kepada muridnya. Dengan adanya ilmu pengetahuan serta kemahiran yang cukup,
risiko berlakunya kecederaan dalam kalangan murid dapat dikurangkan.
Ilmu / Pengetahuan baru melalui:

7.2 Temu Bual

Sepanjang PBS di SJK Chung Hua Tapah, saya telah melakukan temu bual
dengan guru-guru di sekolah ini. Melalui temu bual, saya berpeluang memperolehi
ilmu pengetahuan yang baru serta berguna terhadap profesion seseorang guru
dalam subjek Matematik.

Saya telah membuat temu bual dengan dua orang guru. Saya berpeluang
untuk mempelajari pandangan dan cara mengajar guru dalam topik sukatan (berat)
murid-murid. Menurut temu bual, saya dapat mengenalpasti masalah-masalah yang
timbul dalam kalangan murid semasa belajar sukatan. Dengan ini, saya telah
mempelajari pelbagai cara yang efektif semasa mengajar murid topik sukatan.
Kebanyakan murid tahun 1 mempunyai masalah miskonsepsi terhadap sukatan, iaitu
mereka rasa 3 biji anggur lebih berat daripada sebiji epal. Mereka juga mengalami
kesusahan semasa membaca senggatan pada timbangan.

Melalui temu bual, saya mendapti guru perlu menggunakan pelbagai cara
untuk merangsangkan kognitif murid semasa menghadapi masalah murid-murid.
Bahan bantu mengajar ialah bahan yang amat penting dalam mengajar topik
sukatan. Murid perlu melalui ‘hands-on’ dan mengalami sendiri supaya lebih jelas
kepada konsep keberatan. Tambahan pula, guru dapat mengadakan aktiviti yang
melibatkan murid-murid untuk membentuk pengetahuan tentang berat sesuatu
barang. Sebagai contoh, kotak yang dipenuhi oleh barang akan lebih berat daripada
kotak yang kosong walaupun kedua-dua kotak mempunyai saiz yang sama.
Ilmu / Pengetahuan baru melalui:

7.3 Soal Selidik

Melalui soal selidik kepada guru, saya telah mengumpul pandangan guru
terhadap topik sukatan. Berdasarkan soal selidik, kebanyakan murid lebih suka
berkarangan berpandukan gambar kerana gambar telah memberi idea kepada murid
untuk menulis. Murid lebih suka melakukan perbincangan dalam kumpulan semasa
menulis. Hal ini demikian kerana, perbincangan dalam kumpulan dapat memudahkan
mereka menulis. Selepas mengadakan soal selidik, saya mendapati bahawa murid-
murid kurang mahir dalam menulis karangan adalah disebabkan mereka jarang
membaca bacaan ekstra.

Anda mungkin juga menyukai