Anda di halaman 1dari 26

1.

0 Pengenalan

Ujian sebagai pentaksiran untuk mengukur sejauh mana kejayaan


pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru(Afinde Othman, 2016). Sebelum membina sesuatu ujian, guru perlu
membuat beberapa pertimbangan supaya ujian tersebut standard dan sah.
Terdapat 5 peringkat pembinaan ujian iaitu memastikan tujuan ujian,
membina Jadual Spesifikasi Ujian, menggubal item ujian, memasang item
ujian, dan menyemak semula item ujian. Semasa membina Jadual Spesifikasi
Ujian, guru perlu menentukan kumpulan sasaran dan ciri-ciri item ujian
supaya sah untuk digubal. Selepas itu, guru perlu menggubal item ujian yang
sesuai dengan tahap dan pengetahuan murid berasaskan JSU. Item-item
akan dipasang dengan aras pemikiran yang sesuai.

1.1 Jadual Bilangan Jam PdP

Pembinaan item yang baik akan memastikan guru mendapat


keputusan murid dengan tepat dan adil. Sebelum membina JSU, saya
telah memilih topik yang ingin saya uji. Saya telah memilih topik wang
bagi subjek matematik tahun 2 daripada DSKP(rujuk lampiran). Jadual
bilangan jam PdP dibina untuk merangka topik/kemahiran yang perlu
diukur.
Kemahiran Standard Masa Wajaran Bilangan
(Standard Pembelajaran Mengajar (%) Item
Kandungan) (Waktu)
4.2 Tambah 4.2.1 Menambah 2 20 2
Wang dua nilai wang hasil
tambahnya hingga
RM100.
4.2.2 Menambah
tiga nilai wang hasil
tambahnya hingga
RM100.
4.3 Tolak Wang. 4.3.1 Menolak dua 2 20 2
nilai wang hasil
tambahnya hingga
RM100.
4.3.2 Menolak dua
nilai wang dari satu
nilai wang dalam
lingkungan RM100.
4.4 Darab wang 4.4.1 Mendarab 2 20 2
nilai wang dan hasil
darabnya hingga
RM100.
4.5 Bahagi wang 4.5.1 Membahagi 2 20 2
nilai wang dalam
lingkungan RM100.
4.7 4.7.1Menyelesaikan 2 20 2
Penyelesaian masalah harian
masalah. yang melibatkan
situasi harian.
Jadual 1: Jadual Bilangan Jam PdP dan Wajaran Item
Jadual 1 menunjukkan bilangan jam pdp dan wajaran item
berdasarkan kandungan yang dipilih. Item yang digubal adalah dalam
bentuk aneka pilihan. Sebanyak 10 item sahaja digubal supaya mudah
dikira dan kesemuanya item mencapai wajaran 100%. Dalam
pembahagian wajaran, adalah seimbang sebab setiap kandungan
berwajar 20%. Wajaran bagi setiap kemahiran adalah sama kerana
semua kemahiran tambah, tolak, darab, dan bahagi adalah konsep
yang sama penting dalam topik ini. Ia menyediakan murid untuk
menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam standard 4.7.

Standard kandungan 4.6 iaitu simpanan dan pelaburan


dikeluarkan daripada penggubalan item. Hal ini kerana standard
tersebut memerlukan kemahiran murid mengurus kewangan dalam
situasi sebenar dan ia tidak sesuai digubal dalam bentuk aneka pilihan.
1.2 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Tujuan pembinaan JSU dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menggubal item adalah untuk mengelakkan ujian yang
bakal dibina tidak sejajar dengan kehendak kurikulum. JSU digubal berdasarkan DSKP Matematik Tahun 2 (rujuk lampiran).

Standard Standard Ingat Faham Aplikasi Analisis Menilai Mencipta Jumlah Wajaran
Kandungan Pembelajaran Item (%)
4.2 Tambah 4.2.1 Menambah dua S1 2 20
Wang nilai wang hasil
tambahnya hingga
RM100.

4.2.2 Menambah tiga S4


nilai wang hasil
tambahnya hingga
RM100.
4.3 Tolak 4.3.1 Menolak dua nilai S2 2 20
Wang wang hasil tambahnya
hingga RM100.

4.3.2 Menolak dua nilai


wang dari satu nilai S5
wang dalam
lingkungan RM100.
4.4 Darab 4.4.1 Mendarab nilai S6 S8 2 20
wang wang dan hasil
darabnya hingga
RM100.
4.5 Bahagi 4.5.1 Membahagi nilai S3 S7 2 20
wang wang dalam
lingkungan RM100.
4.7 4.7.1 Menyelesaikan S9 2 20
Penyelesaian masalah harian yang S10
masalah. melibatkan situasi
harian.
Jumlah 3 4 3 10 100
Mudah Sederha Susah
na
Tahap
3 4 3

Jadual 2: Jadual Spesifikasi Ujian


Berdasarkan jadual 2, setiap kandungan ditentukan dengan
aras kemahiran yang sesuai. Terdapat 3 aras diterapkan dalam item
iaitu aras memahami, mengaplikasi dan menganalisis. Ketiga-tiga aras
tersebut masing-masing ditentukan sebagai tahap mudah, sederhana
dan susah. Nisbah tahap kesukaran yang ditentukan ialah 3:4:3.

Aras memahami iaitu tahap rendah menunjukkan pemahaman


terhadap idea atau sesuatu kemahiran tanpa situasi baru. Dengan ini,
tajuk kemahiran asas seperti operasi tambah dan tolak, darab dan
bahagi sesuai untuk ditentukan pada tahap mudah. S1, S2 dan S3
hanya melibatkan pengiraan asas sahaja untuk menguji kefahaman
murid terhadap penggunaan operasi.

Aras mengaplikasi pada tahap sederhana dapat menguji


kebolehan murid menyelesaikan masalah dengan menggunakan
kemahiran asas. Dengan ini, topik berikut seperti operasi tambah-tolak
wang serta operasi darab-bahagi wang adalah sesuai untuk digubal
dalam soalan melibatkan situasi yang mudah. S4 sehingga S7 adalah
pada aras aplikasi kerana ia membolehkan murid menentukan operasi
yang perlu diguna berdasarkan satu situasi sahaja.

Aras analisis ditentukan sebagai tahap susah kerana ia


melibatkan lebih satu situasi dalam satu soalan. Topik penyelesaian
masalah sesuai untuk digubal sebagai item bertahap analisis. Hal ini
kerana situasi baru dalam kehidupan seharian digabung dengan
kemahiran asas yang dipelajari dengan murid. Bagi murid tahun 2,
kemahiran asas seperti topik darab/ bahagi juga sesuai diterapkan
kemahiran analisis agar selaras dengan tahap kognitif murid.
1.3 Instrumen Penilaian dan Rubrik Permarkahan

Soalan Topik Wang Tahun 2

Rajah 1 merujuk kepada wang ringgit Malaysia.

Rajah 1

1. Berapakah jumlah bagi wang-wang di atas?


A RM 50.10
B RM 55.00
C RM 60.50
D RM 65.00

Rajah 2 merujuk kepada wang ringgit Malaysia.

Rajah 2
2. Cari perbezaan antara kedua-dua nilai mata wang.
A RM 40.00
B RM 40.10
C RM 60.00
D RM 60.10

3. RM60 ÷ 10 = ______
A RM 6
B RM 10
C RM 16
D RM 60
Rajah 3 merujukkan barang yang dibeli oleh Ali.
Rajah 3
4. Berapakah jumlah yang perlu dibayar oleh Ali?
A RM 65.70
B RM 65.90
C RM 67.70
D RM 67.90

5. RM70 -RM 38.80- RM24.60 = _______


A RM 5.60
B RM 6.20
C RM 6.60
D RM 7.20

Rajah 4 menunjukkan harga bagi sebiji durian.


Rajah 4
6. Berapakah harga bagi 4 biji durian?
A RM 10
B RM 18
C RM 24
D RM 46

Rajah 5 di bawah menunjukkan harga bagi 5 biji epal.

RM15
Rajah 5
7. Berapakah harga bagi 1 biji epal?
A RM 2
B RM 3
C RM 5
D RM 10

8. Dariel ingin membeli coklat yang berharga RM6 sekeping kepada


kawan-kawannya. Dia mempunyai 10 orang kawan dan setiap kawan
akan mendapat sekeping coklat. Berapakah harga yang perlu dibayar
oleh Dariel?
A RM 6
B RM 16
C RM 26
D RM 60

Rajah 6 menunjukkan barang-barang dengan harganya.

Rajah 6
9. Zain mempunyai RM50. Dia ingin membeli dua barang sebagai hadiah

untuk adiknya. Pilih barang yang sesuai dibeli oleh Zain supaya Zain
dapat berbelanja dengan paling jimat. Cari bakinya.
Barang Baki
A Modal Kereta dan Patung RM 18.90
B Modal Kereta dan Kapal Terbang RM 21.30
C Modal Kereta dan Kapal Terbang RM 25.60
D Patung dan Kapal Terbang RM 15.20

10 Ibu mempunyai RM27. Dia ingin membagikan wang tersebut kepada 3


.
orang anaknya. Berapakah wang yang didapat oleh satu orang anak?

A RM 8
B RM 9
C RM 10
D RM 11
Skema Jawapan
1. B

Jawapan: RM55

RM50+RM5= RM55

2. A

Jawapan: RM40

RM50-RM10=RM40

3. A

Jawapan: RM6
4. C

Jawapan: RM67.70

RM 37.20
RM 25.00
+ RM 5.50
RM 67.70

5. C

Jawapan: RM6.60

6. C

Jawapan: RM24

Sebiji durian berharga RM6, 4 biji durian berharga RM6 x 4.

7. B

Jawapan: RM 3
5 biji epal berharga RM15, sebiji epal berharga RM3.

8. D

Jawapan: RM60

10 kawan mendapat sekeping coklat yang berharga RM6. Jadi RM6 x 10


ialah jumlah yang perlu dibayar oleh Dariel.

9. B

Jawapan: Modal Kereta& Kapal Terbang, RM21.30

Bagi memastikan Zain berbelanja dengan paling jimat, dua barang yang
termurah terpilih, iaitu modal kereta yang berharga RM12.50 dan kapal
terbang yang berharga RM 16.20. Dengan ini, carikan baki menggunakan
RM50 seperti berikut:
10. B

Jawapan: RM9

RM27 dibahagikan kepada 3 orang anak, satu anak akan mendapat


RM9.

2.0 Pengenalan
Berdasarkan maklumat keputusan ujian murid dalam soalah 1(b),
analisis dan interpretasi data perlu dibuat untuk meningkatkan pemahaman
guru terhadap prestasi murid. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil
kira bagi mendapatkan satu keputusan yang logik. Antaranya, pemprosesan
skor mentah, ukuran kecenderungan memusat, ukuran kecenderungan
serakan, dan penghasilan graf (Boon, Lee& Lawrence, 2017).
Guru perlu memproses skor mentah yang dalam bentuk jadual seperti
jadual skor terkumpul. Hal ini dapat meringkaskan maklumat yang tertabur
dalam bentuk yang terkumpul. Ukuran kecenderungan memusat ialah min,
mod dan median. Mod merujuk skor yang paling kerap daripada satu set skor,
median pula merujuk skor di tengah, manakala min adalah purata bagi
sekumpulan skor. Ukuran kecenderungan serakan merujuk kepada sisihan
piawai. Sisihan piawai dapat memberi gambaran yang jelas terhadap
perbezaan antara skor murid.

Graf yang dihasilkan dapat menukarkan data-data ke dalam bentuk


visual. Hal ini dapat membantu guru untuk memahami prestasi sekelompok
murid yang besar dengan jelas dan mudah.

2.1 Analisis Ukuran Kecenderungan Memusat

Analisis ukuran kecenderungan memusat melibatkan pengiraan


min, mod dan median bagi sekumpulan data. Bagi memudahkan
proses analisis data, taburan skor telah diproses serta dikumpul dalam
jadual skor terkumpul.

Selang Kekerapan Kekerapan Titik Sempadan Sempadan fx


Kelas (f) Terkumpul Tengah Bawah Atas
(x)
60-64 13 13 62 59.5 64.5 806
65-69 24 37 67 64.5 69.5 1608
70-74 5 42 72 69.5 74.5 360
75-79 4 46 77 74.5 79.5 308
80-84 3 49 82 79.5 84.5 246
85-89 1 50 87 84.5 89.5 87
Jadual 3: Jadual Skor Terkumpul

2.1.1 Min
Pengiraan min adalah untuk mendapatkan gambaran
keseluruhan yang amat jelas bagi pencapaian murid dalam
sesuatu ujian.
Rajah 1: Rumus Min

∑ fx
Min, x́ =
∑f
806+1608+360+308+ 246+87
=
50

= 68.3

Melalui pengiraan min, purata skor murid ialah 68.3. Ini


bermaksud kebanyakan murid mencapai skor 68.3 dalam
peperiksaan. Dengan ini, dapat difahami bahawa pencapai
murid adalah pada tahap sederhana.

2.1.2 Median

Median merujukkan skor tengah dalam sekumpulan data


(Boon, Lee& Lawrence, 2017).

Rajah 2: Rumus Median

Sebelum menjalankan pengiraan median, kita perlu


mencari kelas median. Didapati bahawa min bagi skor murid
adalah 68.3, selang kelas 65-69 sebagai kelas median kerana
skor 68.3 terletak pada selang kelas tersebut. Pengiraan
menunjukkan 67 adalah skor tengah bagi data tersebut.
25−13
median= 64.5 + ( )5
24

= 67

2.1.3 Mod

Mod merupakan ukuran yang mempunyai kekerapan


yang paling tinggi.

Rajah 3:Rumus Mod

Berdasarkan Jadual 3, kelas mod iaitu kelas yang


mempunyai kekerapan yang paling tinggi ialah kelas 65-69.
Terdapat 24 orang murid mendapat skor di antara 65 ke 69.
Oleh itu, kelas mod tersebut akan dijadi sebagai rujukan untuk
mencari mod.

D1
Mod = L + ( )C
D 1+ D 2

11
= 64.5 + ( )5
11+19

= 66.3

Pengiraan menunjukkan bahawa mod ialah 66.3. Ini


bermaksud kekerapan murid yang mendapat skor 66 dalam
ujian adalah paling banyak.

Min Median Mod


68.3 67 66.3
Jadual 4: Rumusan Ukuran Kecenderungan Memusat
Rumusannya, min,mod, median bagi skor ujian tersebut adalah
dalam kelas yang sama. Ini bermaksud skor ujian tersebut adalah
sekata. Min merupada kaedah paling sesuai bagi mewakili skor murid
dalam ujian. Daripada min, kebanyakkan murid skor 68.3 dan prestasi
murid adalah pada tahap sederhana.

2.2 Ukuran Kecenderungan Serakan

Sisihan piawai adalah satu jenis purata yang digunakan bagi


melihat kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya
bagi set yang terkumpul.

Selang Titik Kekerapan x ’ - x́ ( x ’− x́ )2 f( x ’− x́ )2


Kelas Tengah (f)
(x’)
60-64 62 13 -6.3 39.69 515.97
65-69 67 24 -1.3 1.69 40.56
70-74 72 5 3.7 13.69 68.45
75-79 77 4 8.7 75.69 302.76
80-84 82 3 13.7 187.69 563.07
85-89 87 1 18.7 349.69 349.69
Jumlah - 50 - - 1840.5
Jadual 5: Jadual mengukur sisihan piawai

Sisihan piawai, σ = √∑ f ¿ ¿ ¿ ¿

1840.5
=
√ 50

= 6.0671

Didapati sisihan piawai ialah 6.0671, nilai sisihan piawai dapat


ditentukan menggunakan koefisien variasi(CV).
σ
CV= , iaitu sisihan piawai dibahagi oleh min.
μ

6.0671
CV= = 0.0888
68.3

Jika CV ≤ 1, maka serakan adalah kecil; Jika CV ≥ 1, maka


serakan adalah besar. Selepas pengiraan, CV adalah 0.0888 iaitu lebih
kecil daripada 1, ini bermaksud serakan adalah kecil. Dengan ini, boleh
dikatakan bahawa skor-skor murid berjarak dekat dan tidak jauh beza
antara satu sama lain(homogen). Ia menunjukkan bahawa kebanyakan
skor murid terkelompok dari min iaitu 68.3.

2.3 Graf
2.3.1 Histogram
Rajah 4: Histogram
Berdasarkan histogram, didapati kekerapan murid tertumpu kepada
skor antara 64.5 ke 69.5. Terdapat 24 orang mendapat skor tersebut.
Semakin tinggi skor, semakin kurang murid mendapat skor tersebut.

2.3.2 Ogif
Rajah 5: Ogif

2.3.3 Lengkung
Rajah 6: Lengkung
Berdasarkan graf lengkung, didapati bahawa taburan berpencong
positif. Ini bermaksud kebanyakan murid kurang pandai dalam ujian,
pengajaran guru kurang berkesan, ataupun soalan ujian terlalu susah.

2.
Laporan prestasi murid ialah laporan yang menilai pencapaian dan
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap.
Tujuan guru menyediakan laporan prestasi murid adalah untuk melaporan
pencapaian, kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran kepada
pihak bertanggungjawab. Penilaian prestasi yang berkesan dan teliti dapat
membantu dalam menambah baik prestasi seseorang individu (Zaleha Yazid,
Nur Atikah Abdullah& Rosmarina Baharom, 2017). Terdapat beberapa
kelemahan dalam kaedah laporan prestasi murid dan telah diberi cadangan
penambahbaikan terhadap sistem tersebut.

Biasanya, kaedah pelaporan prestasi yang dibentangkan kepada murid


ialah kaedah gred. Laporan prestasi bergred mementingkan keputusan akhir
pembelajaran murid dan bukan proses pembelajaran murid (Jeffrey&
Kimberly, 2014). Laporan prestasi kaedah gred mempunyai kelemahan dalam
melaporkan perkembangan pembelajaran murid-murid. Ciri-ciri laporan gred
ialah mengemukakan gred seperti A,B,C. Cara ini ringkas tetapi tidak dapat
menjelaskan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid. Kesannya, murid
dan ibu bapa akan mementingkan kepada keputusan peperiksaan dan bukan
kemajuan pembelajaran murid.

Selain daripada gred, status pencapaian seperti lulus atau gagal juga
suatu kaedah pelaporan yang kurang jelas bagi menerangkan pencapaian
murid. Hal ini kerana ibu bapa tidak dapat mengenalpasti markah bagi lulus
atau gagal. Murid dan ibu bapa tidak dapat membuat refleksi pembelajaran
berdasarkan status yang abstrak tersebut. Secara langsung, murid tidak
dapat menambahbaikkan kelemahannya dengan spesifik.

Bagi menambahbaikkan kelemahan laporan prestasi murid, beberapa


cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah
pelaporan. Sebalik dengan laporan gred markah, laporan naratif memberi
penjelasan yang lebih jelas terhadap progres murid dalam pembelajaran.
Laporan naratif dinyatakan dalam bentuk ayat atau perenggan bagi
menghuraikan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid. Kelebihannya,
ia memberi peluang kepada murid dan ibu bapa untuk memahami keupayaan
murid secara mendalam. Dengan ini, mereka mempunyai idea untuk
meningkatkan perkembangan diri dalam bidang tertentu.

Seterusnya, guru juga dapat melaporkanp prestasi melalui


perbincangan dengan murid. Murid sebagai objek pendidikan dan perlu jelas
memahami progres sendiri dalam pembelajaran. Apabila guru dan murid
berpeluang berbincang bersemuka, guru dapat menerangkan kekuatan dan
kelemahan pembelajaran murid berpandukan laporan neratif dan rubrik
permarkahan. Kedua-dua bahan ini akan dijadikan sebagai bahan sokongan
supaya murid lebih mengetahui apa yang tidak mencukupi dalam diri-sendiri.
Ini telah meningkatkan keberkesanan sistem pelaporan kerana menggalakkan
murid memberi perhatian terhadap cara pembelajarannya.

Di samping itu, perbincangan guru dengan ibu bapa juga dicadangkan


untuk meningkatkan keberkesanan pelaporan prestasi. Ibu bapa dapat
memahami perkembangan prestasi anaknya dengan lebih terperinci dan akan
berusaha untuk memantau pembelajaran anaknya (Abdul Halim Abdullah,
Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani& Vicki Artika, 2014). Cara ini
menggalakkan komunikasi antara dua pihak demi memahami situasi
pembelajaran murid. Sebagai contoh, guru menjelaskan bahawa murid
tersebut kurang teliti semasa menjawab soalan dan ibu bapa memberi sebab
bahawa murid itu bersikap cemas. Ini akan membantu guru dan ibu bapa
membincang cadangan tindakan susulan bagi menambahbaikkan masalah
tersebut. Apabila ibu bapa mempunyai kekeliruan terhadap kandungan
laporan, guru dapat terus menjawab untuk mengelakkan kesalahfahaman
berlaku.

Kesimpulannya, laporan prestasi murid tidak hanya dipersembahkan


dalam bentuk gred sahaja. Ia memerlukan usaha guru untuk memberi
penjelasan yang teliti kepada pembaca. Kerjasama antara guru dengan
murid, guru dengan ibu bapa adalah penting bagi meningkatkan
keberkesanan pelaporan prestasi murid.

(1398 patah perkataan)


Rujukan

Abdul Halim Abdullah, Nurul Hadyani Ahmad, Nor Amilawani& Vicki Artika,

(2014). Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS): Kebaikan Dari Perspektif


Am, Guru, Murid dan Ibu bapa. Dimuat turun daripada

https://www.researchgate.net/publication/308889672_PENTAKSIRAN_BER
ASASKAN_SEKOLAH_PBS_KEBAIKAN_DARI_PERSPEKTIF_AM_GU
RU_MURID_DAN_IBU_BAPA

Afinde Othman. (2016). Pengetahuan, Kemahiran dan Amalan Guru Membina Item

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Instrumen Pentaksiran Pembelajaran.


Dimuat turun daripada

http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9106/1/Afinde_Othman.pdf

Boon,P.Y., Lee,L.H.,& Lawrence,A.A. (2017). Siri Pendidikan Guru: Pentaksiran

dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Jeffrey, S.,& Kimberly, T. (2014). Teaching More by Grading Less (or Differently).

CBE Life Sci Educ, 13(2), 159–166.

Zaleha Yazid, Nur Atikah Abdullah& Rosmarina Baharom. (2017). Konflik dalam

Proses Penilaian Prestasi dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan, 49, 41-52.


Lampiran

DSKP Matematik Tahun 2

Anda mungkin juga menyukai