Anda di halaman 1dari 1

Saya telah berjaya menjalani satu program wajib iaitu Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS) selama 5 hari bermula dari 2 Mac 2020 hingga 6 Mac
2020. Sekolah yang saya pilih sebagai tempat PBS ialah SJK Chung Hua Tapah,
Kuching. Sepanjang pemerhatian saya, saya telah membuat refleksi tentang
kekuatan dan kelemahan saya supaya dapat menambahbaikkan diri pada masa
depan.

Terlebih dahulu, saya telah berjaya mengumpul maklumat yang diperlukan


untuk menyiapkan portfolio saya. Sebelum saya menjalankan pemerhatian di
sekolah tersebut, saya telah memulakan perancangan saya seminggu sebelum PBS
dijalankan. Saya telah menetapkan perkara-perkara yang ingin saya perhatikan
supaya mempunyai matlamat yang jelas semasa menjalankan tugasan. Semasa
membuat pemerhatian, saya mengambil gambar tentang prasanara dan kemudahan
di sekolah sebagai bukti pemerhatian saya. Tambahan pula, saya juga
menggunakan kaedah temu bual dan soal selidik untuk menjalankan tugasan
MTES3182 saya.

Selain itu, saya mendapati bahawa seseorang guru yang profesional perlu
mahir berkomunikasi dengan orang lain. Semasa saya menjalankan kajian bagi
tugasan MTES3182, saya telah melakukan temu bual dengn guru matematik.
Sebelum saya bermula, saya bertegur sapa dengan guru tersebut sebagai
penghormatan. Semasa temu bual dijalankan, saya dapat berkomunikasi serta
mengemukakan soalan tanpa berasa cemas.

Kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah kelajuan percakapan saya
semasa berinteraksi dengan murid-murid. Saya mendapati bahawa percakapan saya
terlalu cepat semasa berinteraksi dengan murid-murid. Ini menyebabkan murid-murid
mengalami masalah mendengar dan memahami arahan saya dalam sesi temu bual.
Berhubung dengan itu, saya perlu membetulkan kelemahan tersebut dengan
memperlahankan percakapan saya semasa berinteraksi dengan murid.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat memperolehi pengetahuan dan


pengalaman baru melalui PBS selama seminggu ini. Saya berharap pengalaman
tersebut dapat membantu saya menjadi seorang guru yang profesional pada masa
depan.

Anda mungkin juga menyukai