Anda di halaman 1dari 3

----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan

(Bil. 2 /2007)

Perakaunan : Kurang Penglibatan Bumiputera


Bersama MOHD. YAHYA MOHAMED ARIFFIN

PERAKAUNAN masih merupakan satu bidang penting tetapi masih kurang


penglihatan khususnya di kalangan bumiputera. Kerjaya yang melibatkan
seseorang itu dengan angka dan pengiraan mungkin merupakan faktor utama
pelajar kurang berminat menceburi bidang ini.

Perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak


kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang ini.
Perkembangan teknologi maklumat meningkatkan lagi peranan bidang ini dari
segi pengurusan dan pengkomputeran sesebuah organisasi.

Pada tahun 1995, terdapat 8844 orang akauntan bertauliah di negara ini yang
berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia. Jumlah itu telah meningkat kepada
13,661 orang pada tahun 1999 (Rancangan Malaysia Kelapan). Penawaran
kursus perakaunan di universiti dan IPT tempatan membolehkan jumlah
akauntan di negara ini bertambah.

Program Sarjana Muda Perakaunan yang ditawarkan oleh universiti/institusi


pengajian tinggi (IPT) tempatan bertujuan mengembangkan ilmu perakaunan di
peringkat tinggi kepada pelajar. Di samping bertujuan menyedarkan masyarakat
umum tentang peranan, sumbanan dan dunia perakaunan melalui penyelidikan
sistem-sistem perakaunan yang sedia ada. Dengan adanya program ini
universiti/IPT berupaya mengeluarkan siswazah-siswazah bertaraf profesional di
bidang perakaunan sejajar dengan keperluan negara.

Kursus-kursus dan program perakaunan telah distrukturkan untuk membentuk


kebolehan pelajar menjadi pengurus maklumat, pembuat keputusan serta
menjadi perancang dan pengawal aspek-aspek kewangan organisasi supaya
dapat membentuk sikap profesional dalam kerjaya mereka, sama ada sebagai
akauntan awam atau sebagai akauntan yang berkhidmat di organisasi awam
atau swasta.

Antara kursus yang diajar semasa pengajian termasuklah perakaunan


kewangan, perakaunan kos, udang-undang komisen, percukaian, perakaunan
untuk pengurusan, undang-undang perniagaan, prinsip perakaunan perniagaan,
analisis penyata kewangan, pengauditan, sistem perakaunan, kawalan
perakaunan sektor awam dan sistem maklumat perakaunan.

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan
(Bil. 2 /2007)
Lulusan yang mengikuti program ini seharusnya berupayaan memulakan kerja
sebagai akauntan, juruaudit, menjawat jawatan di peringkat pengurusan
pertengahan atau guru perakauanan, eksekutif kewangan dan pengurus. Malah,
peluang pekerjaan di bidang ini banyak terdapat di sektor awam dan swasta
terbasuk bank, institusi kewangan dan firma akauntan, di bidang pendidikan,
pembangunan hartanah dan dunia pelaburan.

Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka
yang memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti
latihan dan peperiksaan profesional anjuran Persatuan Akautan Awam
Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi
tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam atau
swasta.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i) Berminat dengan profesion ini

(ii) Berpengetahuan di bidang matematik

(iii) Berminat dengan perkembangan bidang ekonomi dan perdangan

(iv) Mempunyai pengetahuan tentan komputer

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan program perakaunan di peringkat


sarjana muda iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya
(UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Sabah (UMS),
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kolej
Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Universiti-universiti di luar
negara seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia dan United Kingdom
turut menawarkan program ini.

Universiti-universiti swasta seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),


Universiti Telekom dan Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia
(KUTPM) juga menawrkan kursus ini di peringkat sarjana muda.

Di peringkat diploma, IPT tempatan yang menawarkan program ini termasuk


Universiti Teknologi Mara (UiTM), politeknik Kementerian Pendidikan, Kolej
Sultan Zainal Abidin (KUSZA), maktab perguruan dan beberapa institusi
pengajian swasta.

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2


----------------------------------------------------------------------------- Buletin Perakaunan
(Bil. 2 /2007)
SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN

(i) Peringkat sijil atau diploma

Pelajar harus lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mendapat
kepujian Bahasa Melayu dan Matematik.

(ii) Peringkat ijazah sarjana muda

Terdapat tiga cara untuk mengikuti program perakaunan di peringkat ini:

Cara pertama: Pelajar perlu mendapat kelulusan baik di peringkat SPM serta
kepujian Bahasa Melayu dan Matematik untuk dipilih masuk ke program
matrikulasi ekonomi/ perakaunan. Selepas menamatkan pengajian di peringkat
ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.

Cara kedua: Pelajar harus mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matematik untuk dipilih masuk ke
program matrikulasi ekonomi/perakaunan. Selepas menamatkan pengajian di
peringkat ini, pelajar akan ditawarkan ke peringkat ijazah pertama.

Cara ketiga: Mereka yang memiliki Sijil atau Diploma Perakaunan atau kelulusan
lain yang berkaitan dari universiti/IPT tempatan juga berpeluang melanjutkan
pengajian di peringkat ijazah pertama.

Cara keempat: Untuk melanjutkan pengajian di UiTM, calon perlu lulus Diploma
Perakaunan dari UiTM atau diploma lain yang boleh dipertimbangkan.

Cara kelima: Program pengajian ke luar negara anjuran Jabatan Perkhidmatan


Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil calon yang lulus
cemerlang SPM. Calon perlu lulus kepujian Bahasa Inggeris serta mata
pelajaran Matematik Tambahan, Prinsip Akaun atau Ekonom Asas atau
Perdagangan.

Cara keenam: Bagi kemasukan ke universiti-universiti swasta, calon lepasan


SPM/SPMV atau STPM boleh memohon masuk dengan syarat mendapat
sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
dan Matematik di peringkat SPM/SPMV. Bagi calon STPM mereka perlu lulus
sekurang-kurangnya tiga prinsipal termasuk mata pelajaran Ekonomi atau
Matematik atau Perakaunan.

© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3

Anda mungkin juga menyukai