Raja

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Antara Karya yang telah menarik

perhatian saya dalam


menbuat kritikikan
semasa pameran Bakat
Muda Sezaman adalah
karya Mohd Farizal
Paudi yang bertajuk
Ultra-Man yang
menggunakan Glass &
wood cabinet yang
bersaiz 274.5cm x
91.5cm dan karya ini
dihasilkan pada tahun
2016. Karya ini telah
menarik perhatian
kerana watak utama
yang diketengahkan
oleh beliau adalah
ultraman. Hal ini telah
membuatkan saya
berfikir untuk terus
mempolori mesej yang
ingin disampaikan oleh beliau.
Bagi saya, watak ultra-man melambangkan symbol naratif kepada orang orang yang berkuasa
dalam menyelamatkan manusia di muka bumi atau lebih jelas lagi adalah seorang pemimpim.
Hal ini sememangnya mempunyai nilai-nilai estetika dalam menyampaikan mesej kepada audien.
Beliau cuba membuka minda masyarakat untuk terus berfikir adakah pemimpim yang ada
sekarang menjalankan tugas dengan betol atau sebalik. Hal ini kita dapat lihat beliau cuba
menggunakan baju kemeja berserta blazer bagi menjadikan symbol naratif kepada kepimpinan.
Pada pendapat saya, Pemimpin-pemimpin pada hari ini hanya beberapa kerap sahaja yang
menjalankn tugas dengan baik. Selebihnya hanya menjadi boneka semata-semata dan hanya tahu
makan gaji. Mesej yang cuba diketengahkan oleh beliau bagi peminat seni dan juga masyarakat
terus berfikir adakah pemimpin pada hari ini menjalankan tugas sebaiknya atau sebaliknya.
Ultra-man melambangkan sosok tubuh badan yang mempunyai kuasa yang berperanan sebagai
pemimpim dan perananya adalah satu iaitu menyelamatkan manusia atau dengan kata mudah
melindungikan manusia. Hal ini amat seseuai dengan watak utama dan mesej yang ingin
disampaikan oleh beliau.Karya ini telah menarik minat saya untuk terus mengrukai isi dan mesej-
mesej yang ingin disampaikan oleh beliau. Pada pandangan saya juga penggunaan kaca diluar
utra-man itu menjadi simbolik kepada tanggungjawab yang dipikul oleh pemimpin begitu berat.
Sekrianya utra-man tidak melindungi kaca itu dengan baik, maka kaca itu akan pecah. Begitu
juga dengan rakyat dan negara, jika pemimpin tidak mengambil berat dan tidak menjalankan
tanggungjawab yang dipikul dengan betul maka rakyat dan negara akan terus merundum dan
seterusnya menjadikan negara dibawah penjajahan kuasa asing.
Oleh itu, pemimpin pada hari ini perlulah mengambil iktibar untuk terus menjalankan
tanggungjawab dnegan lebih amanah dan prihatin kepada rakyat untuk terus hidup aman dan
tidak menjadikan rakyat untuk dilepaskan tanggungjawab. Karya ini telah membuka minda saya
agar untuk terus peka terhadap persekitaran yang terjadi pada hari ini. Kita sebagai rakyat
haruslah memberi mandat kepada kepada pemimpin untuk terus menjalankan tanggungjawab
yang dengan sebaik mungkin dan tidak leka dengan kekayaan semata-mata.
Kesimpulannya, setiap ketua atau pemimpin haruslah menjaga tanggungjawab dengan betul dan
tidak menghancurkan amanah yang diberi oleh rakyat.

MUHAMMAD RIDUAN BIN RAJA YUNUS


129524

REVIEW BAKAT MUDA SEZAMAN 2016

Anda mungkin juga menyukai