Anda di halaman 1dari 20

KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA

(KITAB)
PULAU PINANG

NAMA:
HAFSAH BINTI ABDUL MUNIR
HAZLINA BINTI AYUB KHAN

NO MATRIK:
19110004
19410004

NAMA PENSYARAH:
USTAZAH KHADIJAH BINTI MOHD

TAJUK:
FA223: ADAKAH SAMA KONSEP TAWARRUQ DALAM
BANK ISLAM DENGAN KONSEP KIRAAN PELABURAN
BANK KONVENSIONAL
BIL. ISI KANDUNGAN M/S
1. Penghargaan 3
Objektif kajian
2. 4
Persoalan kajian
3. 1.0 Pengenalan 5-6
2.0 Pandangan Ulama Terhadap Bay Al-Tawarruq
4. 7-8
2.1 Pandangan Ulama Silam
5. 3.0 Fatwa Dalam Produk Tawarruq 8-10
6. 4.0 Jenis-Jenis Tawarruq 11-12
7. 5.0 Pandangan Terhadap Konsep dan Aplikasi Tawaruq 12-13
8. 6.0 Konsep Pelaburan Dalam Bank Konvensional 13-16
9. 7.0 Memahami Konsep Gharar 16-17
10. 8.0 Soalan Lazim Mengenai Pelaburan 17-18
11. Kesimpulan 18
12. Rujukan 19

Penghargaan

Bismillahirahmanirahim,

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana

dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Fiqh al-Muamalat ini.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima

2
kasih kepada Ustazah Khadijah binti Mohd, selaku Pensyarah Fiqh al-Muamalat kerana telah

meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Di sampig itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak

putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah

kami Ustazah Khadijah binti Mohd atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang

masa tugasan ini dijalankan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat

dalam menjayakan tugasan ini samada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang

telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua

tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Objektif kajian

1. Menganalisis pandangan ulama terhadap konsep bay al-tawarruq berdasarkan hujah-

hujah yang dibuat.

2. Menganalisis fatwa terhadap tawarruq.

3
3. Membincangkan soalan lazim mengenai pelaburan yang dilakukan di Malaysia.

Persoalan kajian

1. Apakah pandangan ulama terhadap konsep bay al-tawarruq?

2. Apakah fatwa tawarruq yang dikeluarkan?

3. Apakah soalan-soalam lazim yang selalu ditanyakan?

1.0 Pengenalan

Dari sudut bahasa, tawarruq dikatakan berasal dari perkataan Arab iaitu warq atau wariq

atau waraqa, yang bermaksud wang perak, dirham atau logam perak. 1 Tawarruq digunapakai

1
Ali Shamsuri, Membincang Konsep Tawarruq Dalam Dunia Perbankan Dewasa Ini, Jurnal Universum. vol. 9,
2015, hlm. 29

4
oleh generasi terdahulu untuk mendapatkan perak atau dirham. Perkataan al-Wariq telah

digunapakai dalam Al-Quran surah Al Kahfi, 18:19 yang mana bermaksud “maka utuslah salah

seorang daripada kamu pergi ke kota dengan wang perakmu (wariq) ini.” Manakala perkataan

tawarruq pula bermaksud meminta wang dan ia bermaksud lebih umum iaitu meminta wang

sama ada dari perak atau emas atau wang kertas. Selain itu, ia dinamakan tawarruq kerana ketika

membeli barang tersebut secara bayaran bertangguh, pembeli tidak berniat menggunakan atau

memanfaatkannya, tetapi hanya ingin menjadikannya laluan ke arah memperoleh wang tunai.

Kontrak tawarruq ini melibatkan dua urusniaga iaitu permulaannya melibatkan pembelian secara

kredit antara pembeli dengan penjual terhadap sesuatu asset dan kemudian peringkat kedua

dimana pembeli kemudiannya menjual secara tunai kepada pihak ketiga

At-Tawarruq berasal dari kata dasar alwariq, iaitu mata wang perak. Allah berfirman:

۟ ُ‫ال قَٓائِ ٌل ِّم ْنهُ ْم َك ْم لَب ْثتُ ْم ۖ قَال‬


َ ‫وا لَبِ ْثنَا يَوْ ًما أَوْ بَع‬
‫ْض‬ ۟ ُ‫َو َك ٰ َذلِكَ بَ َع ْث ٰنَهُ ْم لِيَتَ َسٓا َءل‬
َ َ‫وا بَ ْينَهُ ْم ۚ ق‬
ِ

‫وا َربُّ ُك ْم أَ ْعلَ ُم بِ َما لَبِ ْثتُ ْم فَٱ ْب َعثُ ٓو ۟ا أَ َح َد ُكم بِ َو ِرقِ ُك ْم ٰهَ ِذ ِٓۦه إِلَى ْٱل َم ِدينَ ِة فَ ْليَنظُرْ أَيُّهَٓا‬
۟ ُ‫يَوْ ٍم ۚ قَال‬

‫ف َواَل يُ ْش ِع َر َّن بِ ُك ْم أَ َحدًا‬ ٍ ‫أَ ْز َك ٰى طَ َعا ًما فَ ْليَأْتِ ُكم ِب ِر ْز‬


ْ َّ‫ق ِّم ْنهُ َو ْليَتَلَط‬

Maksudnya: “Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya

mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya:

"Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur

selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata:

"Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah

seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia

mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual

di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan

5
hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan

janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal

kamu.” (Surah Al-kahfi: 19)

Secara amnya OIC Fiqh Academy mendefinisikan tawarruq sebagai “seseorang

(mustawriq) yang membeli barang secara pembayaran tangguh dengan tujuan menjual barang

tersebut dengan harga yang rendah untuk mendapatkan tunai.” Manakala Accounting and

Auditing Organization Islamic Financial Institusion Shariah Standard (AAOIFI) mendefinisikan

tawarruq adalah kontrak pembelian komoditi secara pembayaran tangguh samada melalui jualan

terus atau kontrak muarabahah. Komoditi tersebut kemudiannya dijual semula secara tunai

kepada pihak lain selain penjual asal (original sellers).

Zaharuddin Ab Rahman menerangkan beberapa objektif konsep tawarruq/komoditi

murabahah digunapakai dalam perbankan Islam iaitu untuk menyediakan pembiayaan untuk

mendapatkan tunai atau kecairan kepada pelanggan dengan lebih efektif, menawarkan instrumen

pendapatan tetap kepada pengguna dan mempelbagaikan produk pembiayan berteraskan patuh

syariah bagi menyakini produk perbankan konvensional di pasaran.

2.0 Pandangan Ulama Terhadap Bay Al-Tawarruq

Para ulama silam dan kontemporari telah membincangkan tentang hukum bay al-

tawarruq berdasarkan penilaian masing-masing yang berbeza. Penjelasan tentang pandangan

mereka adalah seperti berikut:

2.1 Pandangan Ulama Silam

Abu Yusuf dan Muḥammad bin al-Ḥasan dari mazhab Hanafi telah mengkategorikan bay

al-tawarruq dalam salah satu jenis bay al-‘inah. Abu Yusuf telah mengharuskan transaksi ini jika

6
ia melibatkan pihak ketiga, manakala Muḥammad bin al-Ḥasan menyatakan bahawa transaksi

yang melibatkan dua pihak adalah makruh. Ibn Hummam pula menyatakan bahawa bay al-

tawarruq adalah harus jika penjual tidak mengetahui niat sebenar pembeli iaitu untuk

mendapatkan wang tunai, dan jika sebaliknya, maka hukumnya adalah makruh. 2 Secara

ringkasnya, dapat difahami bahawa Mazhab Ḥanafi mengharuskan bay al-tawarruq jika penjual

tidak mengetahui niat sebenar pembeli. Mazhab Maliki tidak membincangkan tentang tawarruq

secara khusus. Apa yang dapat difahami daripada perbincangan mereka dalam bab buyu al-‘Ajal,

dapat dirumuskan bahawa apabila mereka tidakmemasukkan bentuk jual beli yang menyerupai

tawarruq dalam jenis-jenis jual beli yang dilarang, maka ini bermakna tawarruq diharuskan.

Dalam penulisan mazhab Syafi’i tidak terdapat penjelasan tentang hukum bay al-tawarruq secara

jelas. Namun, mereka telah mengharuskan bay’ al-’Inah.

Imam al-Syafi‘i menyatakan bahawa sesiapa yang menjual sesuatu barang secara tangguh

dan barang tersebut diterima oleh pembeli, maka pembeli boleh menjual balik barang tersebut

dengan harga yang sama, lebih mahal atau lebih murah sama ada secara tunai atau hutang kerana

ia merupakan akad jual beli yang baru dan tidak termasuk dalam akad jual beli yang pertama.

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa bay al-‘Inah bukan daripada kontrak jual beli yang

dilarang oleh syarak. Oleh itu, jika bay al-‘Inah yang hanya melibatkan dua pihak sahaja

dibenarkan oleh ulama’ mazhab ini, maka bay‘ al-tawarruq lebih utama (awla) diharuskan.

Dalam mazhab Ḥanbali pula, terdapat dua pandangan iaitu al-Bahuti berpendapat bahawa

hukum bay al-Tawarruq harus. Beliau menyatakan bahawa sesiapa yang memerlukan kepada

wang, maka dia telah membeli sesutau barang yang bernilai seratus dengan harga yang lebih

tinggi dengan tujuan menggunakan wang tersebut, maka ia diharuskan, dan masalah ini
2
Asmak Ab Rahman, Shamsiah Mohammad dan Iman Mohd Salleh, Bay Al-Tawarruq Dan Aplikasinya Dalam
Pembiayaan Peribadi Di Bank Islammalaysia Berhad, Jurnal Syariah, jil 18, 2010, hlm. 339-340

7
dinamakan masalah al-Tawarruq. Walau bagaimanapun, Imam Ibn Taymiyyah telah menyatakan

bahawa terdapat dua riwayat daripada Imam Ahmad Ibn Hanbal. Riwayat pertama

mengharuskan bay al-Tawarruq manakala riwayat kedua menyatakan bahawa bay al-tawarruq

adalah makruh. Imam Ibn Taymiyyah telah menyokong riwayat kedua kerana beliau berhujah

dengan kata-kata yang pernah diucap oleh Umar Ibn Abd al-Aziz yang bermaksud “al-tawarruq

adalah adik beradik riba”

3.0 Fatwa Dalam Produk Tawarruq

Perbincangan tawarruq yang lebih luas dapat dilihat melalui perbahasan sarjana hukum

Islam kontemporari. Sehingga kini, mereka mengkategorikan tawarruq kepadadua jenis, iaitu

tawarruq fiqhi dan tawarruq munazzam. Majoriti sarjana Islam dan badan fatwa kebangsaan

mengharuskan aplikasi tawarruq fiqhi kerana selari dengan jual beli yang dibenarkan syarak.

Namun, para sarjana hukum Islam berbeza pendapat dalam mengharuskan aplikasi tawarruq

munazzam yang diamalkan dalam institusi perbankan. Sebahagian sarjana Islam membenarkan

aplikasinya, manakala sebahagian yang lain tidak membenarkannya. Ringkasnya, badan fatwa

OIC Islamic Fiqh Academy dan Islamic Fiqh Council of Muslim League menerima pakai produk

tawarruq secara klasikal. Namun badan ini menolak aplikasi konsep tawarruq munazzam yang

diamalkan dalam institusi perbankan hari ini.3 Sebaliknya, AAOIFI yang berpengkalan di

Bahrain menerima kedua-dua jenis aplikasi tawarruq fiqhi dan munazzam tetapi dengan kawalan

yang ketat. Begitu juga BNM mengiktiraf tawarruq munazzam dalam institusi perbankan di

Malaysia. Tetapi produk diaplikasi dan dikawal rapi oleh badan kawal selia Shariah BNM.4

1. OIC Fiqh Islamic Academy

3
Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Mohammad Taqiuddin Mohamad dan Mohd Anuar Ramli, Perbezaan Fatwa
Dalam Produk Perbankan Islam:Analisis Terhadap Fatwa Tawarruq, 2018, hlm. 102
4
ibid, hlm. 103-104

8
OIC Fiqh Islamic Academy mengadakan perjumpaan berkala bagi membincangkan isu-

isu berbangkit berhubung dengan negara Islam. Pada 26-30 April 2009 di Sharjah, United Arab

Emirates telah diadakan sebuah perjumpaan yang membincangkan pelbagai isu termasuklah

aplikasi tawarruq terancang (munazzam) dan tawarruq terbalik (aksi) yang diaplikasi dalam

isntitusi perbankan. Fuqaha yang terlibat sepakat aplikasi kedua-dua jenis tawarruq ini tidak

mematuhi syariah dan tidak dibenarkan. Fuqaha bersepakat tidak membenarkan tawarruq

munazzam dan tawarruq songsang (reversed tawarruq) kerana dua transaksi berlaku secara

serentak dan mempunyai helah kepada riba.

2. Islamic Fiqh Council, Muslim World League

Muslim World League memfatwakan aplikasi tawarruq diharuskan pada perjumpaan ke

15. Jenis tawarruq yang dibincangkan Fuqaha adalah tawarruq fiqhi. Menurut majoriti fuqaha,

aplikasi tawarruq dibenarkan merujuk kepada ayat 275, surah al-Baqarah yang membenarkan

jual dan melarang riba. Perjumpaan seterusnya yang membincangkan aplikasi tawarruq iaitu

padaperjumpaan ke 17 di Makkah Mukarramah, 13 sehingga 17 September 2003. Selepas

meneliti aplikasi tawarruq dalam institusi perbankan (tawarruq munazzam), ahli majlis

memfatwakan ianya tidak dibenarkan. Resolusi yang dikeluarkan ahli majlis mempunyai

beberapa faktor. Antara faktornya ialah pengaturan awal yang diamalkan dalam aplikasi

tawarruq mirip seperti bay ‘inah yang ditegah majoriti fuqaha. Pengaturan awal yang diamalkan

memberi kesan kepada keharusan asal tawarruq.

3. Accounting and Auditing Organisation of Islamic financial Institutions (AAOIFI)

Ahli majlis AAOIFI membenarkan aplikasi tawarruq munazzam dengan syarat kawalan

yang ketat. Pada 3-9 Jun 2006, ahli majlis AAOIFI mengeluarkan resolusi berkenaan garis

9
panduan yang perlu dipatuhi dalam pelaksanaan tawarruq di institusi perbankan. Garis panduan

yang dikeluarkan bertujuan menjaga kemaslahatan pihak yang terlibat dan menjaga keselarian

institusi perbankan terhadap kepatuhan syariah.

4. Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM)

Pada tahun 2015, MPS BNM membincangkan pelbagai isu antaranya berkenaan konsep

tawarruq. Dalam mesyuarat tersebut, MPS membenarkan aplikasi tawarruq sebagai alternatif

kepada bay ‘inah yang tidak dibenarkan majoriti fuqaha. Sehingga kini, aplikasi konsep tawarruq

digunakan secara meluas dalam produk deposit, pembiayaan dan pengurusan risiko di institusi

perbankan Malaysia. Walaupun tawarruq munazzam diiktiraf BNM, aplikasinya dikawal selia

oleh MPS BNM agar tidak terkeluar dari landasan syariah. Bertitik tolak daripada itu, MPS

BNM telah mengeluarkan satu panduan konsep tawarruq sebagai rujukan.

4.0 Jenis-Jenis Tawarruq

1. Tawarruq al-Fardi/Classical Tawaruq

Tawarruq al-Fardi merupakan konsep dimana pembeli pertama membeli barangan secara

ansuran daripada penjual pertama dan menjualnya kepada pihak ketiga secara tunai dengan

harga yang rendah dengan tujuan untuk mendapatkan tunai dengan segera atau memenuhi

keperluan kecairan. Dalam formasi sebegini, pihak ketiga tidak mempunyai kaitan langsung

dengan penjual pertama. Dalam kes sedemikian, penjual barangan pertama tidak boleh dikaitkan

10
dengan jualan tunai yang dilakukan oleh pihak pembeli barangan selepas itu. Situasi ini

diistilahkan sebagai al-Tawarruq al-Fardi oleh sesetengah sarjana mualamat semasa . Pandangan

para ulama Hanafi , Syafie dan Hanbali melihat transaksi tawaruq ini adalah sah dan

berlandaskan prinsip syariah. Bentuk transaksi tawaruq ini juga diterima pakai oleh beberapa

badan syariah seperti Syariah Supervisory Council of the Al-Rajhi Bank, Arab Saudi, Kuwait

Finance House dan Badan Syariah Malaysia sendiri dalam Resolusi Syariah dalam Kewangan

Islam 2005.5

2. Tawaruq munazzam/Organised Tawaruq

OIC Fiqh Academy mentakrifkan tawaruq munazzam adalah “seseorang pembeli”

(mutawarriq) membeli barang secara tangguh dipasaran dalam negara mahupun luar negara dan

institusi kewangan bertindak menguruskan atau mengatur perjanjian samada oleh institusi

kewangan itu sendiri atau melalui ajen dan secara langsung diantara pembeli dan institusi

kewangan pada harga yang lebih rendah. Ibraheem Musa Tijani menyenaraikan tambahan lagi 2

jenis tawarruq yang juga merupakan jenis tawarruq munazzam iaitu tawarruq al-masrafi dan

reverse tawarruq. Selain itu beliau turut membuat perbandingan diantara tawarruq fardi dan

tawarruq munazzam.

Tawarruq Fardi/ Classic Tawarruq Tawarruq Munazzam/ Organized Tawarruq


Penjual (muwarriq) tidak berperanan menjual Penjual pertama (muwarriq) bertindak sebagai

semula komoditi. wakil/ajen bagi pihak pembeli dalam menjual

semula barang untuk mendapatkan tunai.


Mutawarriq (pembeli) menerima tunai secara Mutawarriq (pembeli) menerima tunai

terus daripada pembeli terakhir. daripada penjual pertama.


Tidak wujud urusniaga yang dirancang Terdapat kemungkinan bahawa penjual
5
Nor Fadilah Bahari dan Nuzul Akhtar Baharudin, Kontrak Shariah Al-Tawarruq: Konsep Dan Aplikasinya Dalam
Produk, 2014, hlm. 331

11
diantara penjual pertama dengan pembeli pertama (muwarriq) dan pembeli terakhir

terakhir. telah membuat persepakatan antara mereka

terlebih dahulu.
Rajah 1: Perbezaan diantara tawarruq fardi dan tawarruq munazzam

5.0 Pandangan Terhadap Konsep dan Aplikasi Tawaruq

Para ilmuan islam terdahulu tidak secara khusus membincangkan bay al-Tawarruq tetapi

ianya hanya disentuh di dalam perbincangan kontrak-kontrak lain. Imam al-Shafie

membincangkan perihal bay al inah namun tidak menerangkan konsep bay al tawaruq tetapi

hanya menerangkan konsep bay al-Muajjal. Para sarjana Islam kontemporari turut

membincangkan tentang bay al-Tawaruq antaranya Abdul Aziz Khayat yang membincangkan

tentang definisi dan mengupas secara jelas pandangan ulama terdahulu dan ulama semasa

tentang hukum al-Tawarruq. Beliau turut menyenaraikan beberapa pandangan ulama terdahulu

dan ulama kontemporari yang membenarkan konsep tawarruq diaplikasikan antaranya Syeikh

Abdullah bin Sulaiman, Dr. Muhammad Abdul Ghafar As-syarif, Dr. Muhammad Taqi Al-

Usmani yang merupakan qadi di Pakistan. Namun begitu, kontrak tawaruq juga timbul perbezaan

pandangan dikalangan fuqaha dimana sesetengah mereka mengatakan ianya sah manakala

sesetengah mengatakan konsep tawaruq ini tidak menepati konsep syariah. Terdapat tiga pola

penghukuman dalam iaitu:

i. pandangan yang mengatakan transaksi tawarruq adalah haram kerana ia menyerupai

bay al-Inah yang yang dikatakan haram kerana digunakan sebagai hilah kepada riba.

ii. pendapat yang mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh kerana konsepnya yang

hampir sama dengan bay al-Inah.

12
iii. pendapat yang mengatakan ia adalah diharuskan, berasaskan prinsip bahawa semua

urus niaga jual beli adalah diharuskan dan kerana terdapat perbezaan struktur yang

nyata antara al-tawarruq dengan bay al-inah. Asmak A. Rahmand turut

membincangkan konsep tawaruq dan pandangan ulama terdahulu dan kontemporari

dalam mengharuskan penggunaan konsep tawaruq dalam produk–produk perbankan

Islam. Dilihat para ulama yang membenarkan transaksi tawaruq ini adalah

berlandaskan ayat Al- Quran yang mana “Allah telah menghalalkan jual beli dan

mengharamkan riba.” Ini menunjukkan bahawa semua transaksi perdagangan adalah

halal kecuali transaksi jual beli yang diklasifikasikan sebagai haram dalam Al -Quran

dan hadis.

6.0 Konsep Pelaburan Dalam Bank Konvensional

Pelaburan adalah tindakan atau satu proses yang diambil pada wang atau aset kita dengan

menjangkakan pulangan pada masa akan datang iaitu memperolehi hasil daripadanya. Seperkara

yang perlu diberi perhatian adalah hasilnya tidak semestinya positif. Oleh itu, mestilah mengkaji

dengan terperinci sebelum sesuatu pelaburan membawa hasil sebagaimana yang dijangkakan.

Ilmu dalam bidang ini bukan sekadar mengetahui istilah-istilah pelaburan seperti risiko,

pulangan, nilai masa duit, inflasi dan sebagainya tetapi tahu mengaplikasikan. Jika dilihat dari

statistik industri pengurusan pelaburan, sehingga akhir 2002, Malaysia mempunyai 79 buah

syarikat pengurusan dana dan 38 buah syarikat pengurusan dana amanah dengan nilai dana

melebihi RM 75 billion. Unsur-unsur penting pelaburan yang perlu di dalami adalah pelaburan

jangka pertengahan kepada jangka panjang seperti kita jangkakan pulangan untuk tempoh 10

tahun ke-20 tahun akan datang. Pelaburan hendaklah dibuat ke atas pelbagai aset atau industri

dengan taburan yang sepatutnya.

13
Risiko yang minima berbanding pulangan atau pulangan secara relatif dan mengambil

kira kesan inflasi sebahagian daripada kos atau jangkaan kosinflasi. Skim pelaburan dalam Islam

dan konvensional adalah berbeza sama sekali. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa

aspek seperti yang melibatkan riba, tempat, aktiviti dan pulangan. Antara contoh skim pelaburan

yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional ialah Akaun Pelaburan Dengan Pulangan

Tetap (Fixed Deposit Account). Dalam akaun jenis ini, seseorang akan meletakkan wangnya di

dalam “conventional fixed deposit account”.

Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali atau bank

akan mengumpulkan wang dari orang yang meletakkan wang dalam akaun tadi bersama dengan

wang depositor atau pelabur lain. Skim pelaburan konvensional adalah berasaskan riba

disebabkan oleh kecenderungannya mengaut keuntungan yang tinggi semata-mata

tanpa mengambil kira faktor halal dan haram operasi pelaburannya. Ini sama sekali ditegah

dalam skim pelaburan syariah kerana bertentangan dengan syariat Islam. Skim-skim pelaburan

syariah terjaga dan bebas daripada riba kerana ianya berada di bawah pemantauan Badan

Penasihat Syahriah (BPS) disamping Islam itu sendiri juga sama sekali mengharamkan

riba melalui Firman Allah s.w.t:

َ‫ٱلَّ ِذينَ َيأْ ُكلُونَ ٱلرِّ بَ ٰو ۟ا اَل َيقُو ُمونَ إِاَّل َك َما يَقُو ُم ٱلَّ ِذى يَتَخَ بَّطُهُ ٱل َّش ْي ٰطَ ُن ِمنَ ْٱل َمسِّ ۚ ٰ َذلِك‬

ٌ‫ُ َموْ ِعظَة‬œ‫ِبأَنَّهُ ْم قَالُ ٓو ۟ا إِنَّ َما ْٱلبَ ْي ُع ِم ْث ُل ٱلرِّ بَ ٰو ۟ا ۗ َوأَ َح َّل ٱهَّلل ُ ْٱلبَ ْي َع َو َح َّر َم ٱلرِّ بَ ٰو ۟ا ۚ فَ َمن َجٓا َء ۥه‬
ٰٓ ُ
ِ َّ‫ِّمن َّربِّ ِهۦ فَٱنتَهَ ٰى فَلَهۥُ َما َسلَفَ َوأَ ْم ُر ٓۥهُ إِلَى ٱهَّلل ِ ۖ َو َم ْن عَا َد فَأ ۟ولَئِكَ أَصْ ٰ َحبُ ٱلن‬
‫ار ۖ هُ ْم فِيهَا‬

َ‫ٰخَ لِ ُدون‬

Maksudnya: “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri

melainkan  seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit

14
gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka

berkata(berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah

menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai

kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba),

maka  baginya apa yang telah diambilnya dahulu  (sebelum datang larangan); dan

urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang

itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan

riba dan menyuburkan sedekah . Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap

dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa.” (Al Baqarah: 275)

Daripada segi tempat pelaburan, pelaburan konvensional membuat pelaburannya dimana

sahaja dan dengan apa juga cara sekalipun tanpa mengambil kira samada tempat di mana dia

membuat pelaburan itu halal ataupun haram umpamanya perjudian dan penjualan arak asalkan

keuntungannya dapat dimaksimumkan. Hal ini amat bertentangan dengan konsep pelaburan

syariah, di mana pelaburannya hanya dibuat di tempat-tempat yang beroperasi secara halal dan

diiktiraf oleh BPS. Deposit sahib ul-Mal yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk

membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara syariah oleh pengurusan bank dan majlis

Penasihat Syariah Bank. Semua Syariah-Approved companies ini telah di pastikan dengan teliti

ketepatannya dari sudut syariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta

yang bersih.

7.0 Memahami Konsep Gharar

15
Gharar menurut bahasa ialah risiko (al-khatar).6 Dari segi istilahnya pula gharar boleh

dikatakan sebagai sebarang bentuk pemalsuan yang tidak ketara pada asalnya termasuklah judi.

Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah aktiviti spekulasi yang merbahaya.

Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi. Spekulasi seperti ini sebenarnya

adalah amalan judi kerana spekulator mendapat untung diatas kerugian orang lain. Manakala

risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan kerugian kepada orang lain tetapi mendapat

keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dan sekiranya berlaku kerugian dengan

sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas

kerugian kita dan begitulah sebaliknya.

Di dalam pelaburan konvensional, contohnya dalam Akaun Pelaburan dengan

Pulangan Tetap pulangan terhadap modal pelabur adalah dalam bentuk feadah tetap atau fixed

interest yang ditentukan sendiri oleh pihak bank. Sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada

penyimpan atau pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang

antara 1 hingga 11 bulan. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi

menentukan kadar interest yang ingin diberinya. Menurut Syariah, kadar 3 % dari fixed deposit

account tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana, disiplin pelaburan

iaitu Mudarabah atau Musyarakah menurut Islam, pulangan keuntungan tidak boleh di tentukan

sama sekali peratusannya. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yang dibenarkan. Seperti 70:

30 (Bank: pelanggan).7 Pelaburan hendaklah memberi pulangan dalam bentuk kebendaan dan

kerohanian, bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan di dunia bahkan di akhirat juga.

8.0 Soalan Lazim Mengenai Pelaburan


6
Hussein Azeemi Abdullah Thaidi, Perlaksanaan Akad Pembiayaan Peribadi–I Tawarruq Di Bank Islam Malaysia
Berhad (Bimb), Jabatan Fiqh Dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2014, Hlm.
129
7
Maheran Mohd Jaffar, Shaharir Mohamad Zain, Abdul Aziz Jemain3, etl, Pengiraan Keuntungan Oleh Bank Islam
Dalam Pelaburan Mudharabah: Pembaikan Dan Cadangan, 2005, hlm. 7

16
1. Adakah penggunaan teknik jual emas, jamin beli balik dan pemberian hibah dalam

pelaburan emas diiktiraf patuh syariah?

Sekiranya terdapat elemen janji antara dua pihak (muwa`adah) untuk syarikat membeli

balik emas pada masa tertentu, maka ia menyalahi syarak, dan menyamai jual beli emas

bertempoh yang dilarang syarak.8 Namun jika syarikat tidak memberikan apa-apa janji untuk

membeli balik emas pada tempoh tertentu, maka dari sudut hukum asalnya ia adalah tidak

menyalahi syarak. Pemberian hibah yang dilakukan secara sukarela dan tidak membawa kepada

unsur riba adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemberian hibah akan menjadi riba

sekiranya pembelian emas hanya semata-mata hilah bagi menutup pinjaman yang dijamin

dipulangkan.

Dengan kata lain, sekiranya maksud pembeli ialah menyimpan sejumlah wang dengan

syarikat, dan wang tersebut dijamin akan dipulangkan dalam jumlah yang sama, dan

mengharapkan faedah dalam bentuk pemberian hibah oleh syarikat, maka dalam kes sebegini,

emas adalah semata-mata hilah yang dimasukkan untuk menghalalkan transaksi riba.

Kemasukan hillah dalam transaksi jual beli boleh diketahui jika sekiranya kewujudan emas

sebagai subjek jual beli adalah tidak dimaksudkan. Sebaliknya yang dimaksudkan ialah

penerimaan hibah daripada pelaburan sejumlah wang yang dijamin.

2. Apakah hukum melabur dalam ASB, ASN dan seumpamanya?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan

dalam ASN, ASB dan seumpamanya. Muzakarah telah bersetuju memutuskan bahawa bagi

menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih
8
http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/pelaburan, diakses pada 24/4/2020

17
besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham

Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.

3. Apakah hukum melabur dalam bank konvensional?

Hukum melabur dalam bank konvensional adalah haram kerana pelaburan tersebut tidak

dibangunkan mengikut konsep pelaburan Islam dan turut melabur di dalam sektor-sektor tidak

patuh syariah yang melibatkan perjudian, riba dan gharar.

Kesimpulan

Perkembangan perbankan Islam sedekad lalu telah menampilkan penglibatan aktif

pelbagai institusi kawal selia syariah dan fatwa di peringkat tempatan dan antarabangsa. Institusi

ini memainkan peranan penting dalam menjaga institusiperbankan Islam lokal dan global agar

terus berada dalam landasan syariah. Selain itu, dengan adanya kawal selia dan pengeluaran

fatwa dari institusi berautoriti, tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi

perbankan Islam ditingkatkan dan dalam masa yang sama dapat menarik perhatian pemain dan

pelabur konvensional kepada institusi kewangan yang berasaskan Islam. Pelaburan yang di

lakukan oleh Perbankan Konvensional wujud penindasan atau ketidakadilan. Ini contohnya dapat

dilihat daripada segi pulangan terhadap modal yang di sumbangkan oleh pendeposit di mana

penetapan pulangan (fixed interest) menyebabkan pihak bank akan terpaksa menanggung

pulangan yang dijanjikannya kepada pendeposit walaupun pelaburannya mengalami kerugian

dan sebaliknya. Bertitik tolak dari inilah dasar keadilan dan kebebasan manusia sebagai khalifah

di muka bumi ini terkandung menerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-

kaedah pelaburan, penggunaan sumber-sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang

diredai Allah s.w.t.

18
RUJUKAN

Latihan ilmiah

Nor Fadilah Bahari dan Nuzul Akhtar Baharudin. Kontrak Shariah Al-Tawarruq: Konsep

dan Aplikasinya Dalam Produk. 2014.

Hussein Azeemi Abdullah Thaidi. Perlaksanaan Akad Pembiayaan Peribadi–I Tawarruq

19
Di Bank Islam Malaysia Berhad (Bimb). 2014.

Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli. Mohammad Taqiuddin Mohamad dan Mohd Anuar

Ramli. Perbezaan Fatwa Dalam Produk Perbankan Islam: Analisis Terhadap Fatwa

Tawarruq. 2018

Maheran Mohd Jaffar. Shaharir Mohamad Zain. Abdul Aziz Jemain3. etl.

Pengiraan Keuntungan Oleh Bank Islam Dalam Pelaburan Mudharabah: Pembaikan

dan Cadangan. 2005.

Jurnal

Ali Shamsuri. Membincang Konsep Tawarruq Dalam Dunia Perbankan Dewasa Ini. vol. 9.

2015.

Asmak Ab Rahman. Shamsiah Mohammad dan Iman Mohd Salleh. Bay Al-Tawarruq dan

Aplikasinya Dalam Pembiayaan Peribadi Di Bank Islammalaysia Berhad. jil 18. 2010.

Laman sesawang

http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/pelaburan. diakses pada 24/4/2020.

20

Anda mungkin juga menyukai