Anda di halaman 1dari 2

Siri Toward to Mystical Reality atau ‘Ke Arah Hakikat Mistik’ adalah koloborasi

antara Sulaiman Esa dengan rakannya Redza Piyadasa yang telah diutarakan oleh Redza
Piyadasa dan Sulaiman Haji Esa. Kedua-dua pelukis ini telah terus mengekalkan keadaan
seni lukis yang sihat bagi Malaysia dengan menanam sikap baru. Pameran mereka itu
menolak amalan manifestasi mengikut cara tradisi yang telah sediaditerima, dan dinafikan
karya seni sebagai barang dagangan. Tekanan diberi terhadap pengalaman itu sendiri untuk
mnerima pengwujudan benda yang tidak “Dicipta” oleh pelukis adalah konsep utama
pertembungan dengan fenomena dan rujukan mistiknya. Ini adalah suatu usaha cara sedar
untuk menolak segala perhubungan dengan tradisi catan easel. Peranan pelukis bukan sahaja
untuk mengekalkan tradisi, tetapi juga untuk membaharui kesedaran, meskipun untuk
memeranjatkan. Siri Toward To Mystical Reality ini juga di adakan di Sudut Penulis di
Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1972 yang juga adalah karya ini telah mencetuskan polimik
diantara pengiat seni dan juga sastera. Pameran ini membuka wacana polimik dalam
persoalan tentang ruang, material dan masa dalam penggunaan objek harian dan teks sebagai
sebuah pengalaman mental yang menyarankan ruang, waktu dan anjakan, ia merupakan satu
idea baru dalam seni lukis Malaysia. Ia merupakan reaksi daripada Kongras Kebudayaan
yang menolak teori seni barat dan bermanifestokan untuk membebaskan pelukis Malaysia
daripada cenderung kepada pengaruh Barat . Mereka mengasimilasikan budaya Timur dan
Barat dalam perspektif baru seni sebagai sebuah kajian saintifik dari sudut mental, meditatif
dan mistikal yang terdapat dalam falsafah Asia berhubung dengan amalan falsafah Taoism
dan Zen.
RUJUKAN

1. http://faizalsidik.blogspot.my/2012/02/sulaiman-esa-1941-menghubungi-budaya.html
2. Syed Ahmad Jamal,1982, Seni Lukis Malaysia-25tahun : Malaysia, Balai Seni Lukis Negara.

Anda mungkin juga menyukai