Hafsah
Hafsah
dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Fiqh al-Muamalat ini.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima
kasih kepada Ustazah Khadijah binti Mohd, selaku Pensyarah Fiqh al-Muamalat kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Di sampig itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
kami Ustazah Khadijah binti Mohd atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang
masa tugasan ini dijalankan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menjayakan tugasan ini samada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
Objektif kajian
1. Menganalisis pandangan ulama terhadap konsep bay al-tawarruq berdasarkan hujah-
Persoalan kajian
1.0 Pengenalan
Dari sudut bahasa, tawarruq dikatakan berasal dari perkataan Arab iaitu warq atau wariq atau
waraqa, yang bermaksud wang perak, dirham atau logam perak.1 Tawarruq digunapakai oleh
generasi terdahulu untuk mendapatkan perak atau dirham. Perkataan al-Wariq telah digunapakai
dalam Al-Quran surah Al Kahfi, 18:19 yang mana bermaksud “maka utuslah salah seorang
daripada kamu pergi ke kota dengan wang perakmu (wariq) ini. Manakala perkataan tawarruq
pula bermaksud meminta wang dan ia bermaksud lebih umum iaitu meminta wang sama ada dari
perak atau emas atau wang kertas. Selain itu, ia dinamakan tawarruq kerana ketika membeli
barang tersebut secara bayaran bertangguh, pembeli tidak berniat menggunakan atau
memanfaatkannya, tetapi hanya ingin menjadikannya laluan ke arah memperoleh wang tunai.
Kontrak tawaruq ini melibatkan dua urusniaga iaitu permulaannya melibatkan pembelian secara
kredit antara pembeli dengan penjual terhadap sesuatu asset dan kemudian peringkat kedua
At-Tawarruq berasal dari kata dasar alwariq, yaitu mata uang perak. Allah berfirman,
َد ُكم7اب َعثوا أَ َح7َا لَبِثتُم ف7الوا َربُّ ُكم أَعلَ ُم بِم7وم ۚ ق7 َ َِو َك ٰذل
َ َا أَو ب7ا يَو ًم7الوا لَبِثن7 ٌل ِمنهُم َكم لَبِثتُم ۖ ق7ِك بَ َعثناهُم لِيَتَسا َءلوا بَينَهُم ۚ قا َل قائ
ٍ َعض ي
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan
sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian
dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian
lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur;
sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian
1
Ali Shamsuri, Membincang Konsep Tawarruq Dalam Dunia Perbankan Dewasa Ini, Jurnal Universum. vol. 9, 2015,
hlm. 29
biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang
dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan
dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.” (Surah al-
kahfi: 19)
(mustawriq) yang membeli barang secara pembayaran tangguh dengan tujuan menjual barang
tersebut dengan harga yang rendah untuk mendapatkan tunai.” Manakala Accounting and
tawaruq adalah kontrak pembelian komoditi secara pembayaran tangguh samada melalui jualan
terus atau kontrak muarabahah. Komoditi tersebut kemudiannya dijual semula secara tunai
kepada pihak lain selain penjual asal (original sellers). Zaharuddin Ab Rahman menerangkan
beberapa objektif konsep tawarruq/komoditi murabahah diguna pakai dalam perbankan Islam
iaitu untuk menyediakan pembiayaan untuk mendapatkan tunai atau kecairan kepada pelanggan
dengan lebih efektif, menawarkan instrument pendapatan tetap kepada pengguna dan
mempelbagaikan produk pembiayan berteraskan patuh shariah bagi menyaingi produk perbankan
konvemsional di pasaran. Secara praktisnya konsep tawaruq ini dibahagikan kepada dua jenis.
Para ulama silam dan kontemporari telah membincangkan tentang hukum bay` al-
bay‘ al-tawarruq dalam salah satu jenis bay‘ al-‘inah. Abu Yusuf telah mengharuskan transaksi
ini jika ia melibatkan pihak ketiga, manakala Muḥammad bin al-Ḥasan menyatakan bahawa
transaksi yang melibatkan dua pihak adalah makruh. Ibn Hummam pula menyatakan bahawa
bay’ al-tawarruq adalah harus jika penjual tidak mengetahui niat sebenar pembeli iaitu untuk
mendapatkan wang tunai, dan jika sebaliknya, maka hukumnya adalah makruh. 2 Secara
ringkasnya, dapat difahami bahawa Mazhab Ḥanafi mengharuskan bay’ al-tawarruq jika penjual
tidak mengetahui niat sebenar pembeli. Mazhab Maliki tidak membincangkan tentang tawarruq
secara khusus. Apa yang dapat difahami daripada perbincangan mereka dalam bab buyu’
al-‘Ajal, dapat dirumuskan bahawa apabila mereka tidakmemasukkan bentuk jual beli yang
menyerupai tawarruq dalam jenis-jenis jual beli yang dilarang, maka ini bermakna tawarruq
diharuskan. Dalam penulisan mazhab Syafi’i tidak terdapat penjelasan tentang hukum bay al-
Imam al-Syafi‘i menyatakan bahawa sesiapa yang menjual sesuatu barang secara tangguh
dan barang tersebut diterima oleh pembeli, maka pembeli boleh menjual balik barang tersebut
dengan harga yang sama, lebih mahal atau lebih murah sama ada secara tunai atau hutang kerana
ia merupakan akad jual beli yang baru dan tidak termasuk dalam akad jual beli yang pertama.
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa bay‘ al-‘Inah bukan daripada kontrak jual beliyang
dilarang oleh syarak. Oleh itu, jika bay‘ al-‘Inah yang hanya melibatkandua pihak sahaja
dibenarkan oleh ulama’ mazhab ini, maka bay‘ al-tawarruq lebih utama (awla) diharuskan.
Dalam mazhab Ḥanbali pula, terdapat dua pandangan iaitu al-Bahuti berpendapat bahawa
hukum bay‘ al-Tawarruq harus. Beliau menyatakan bahawa sesiapa yang memerlukan kepada
2
Asmak Ab Rahman, Shamsiah Mohammad dan Iman Mohd Salleh, Bay Al-Tawarruq Dan Aplikasinya Dalam
Pembiayaan Peribadi Di Bank Islammalaysia Berhad, Jurnal Syariah, jil 18, 2010, hlm. 339-340
wang, maka dia telah membeli sesutau barang yang bernilai seratus dengan harga yang lebih
tinggi dengan tujuan menggunakan wang tersebut, maka ia diharuskan, dan masalah ini
dinamakan masalah al-Tawarruq. Walau bagaimanapun, Imam Ibn Taymiyyah telah menyatakan
bahawa terdapat dua riwayat daripada Imam Ahmad Ibn Hanbal. Riwayat pertama
mengharuskan bay‘ al-Tawarruq manakala riwayat kedua menyatakan bahawa bay‘ al-tawarruq
adalah makruh. Imam Ibn Taymiyyahtelah menyokong riwayat kedua kerana beliau berhujah
dengan kata-kata yang pernah diucap oleh Umar Ibn Abd al-Aziz yang bermaksud “al-tawarruq
Perbincangan tawarruq yang lebih luas dapat dilihat melalui perbahasan sarjana hukum Islam
kontemporari. Sehingga kini, mereka mengkategorikan tawarruq kepadadua jenis, iaitu tawarruq
fiqhi dan tawarruq munazzam. Majoriti sarjana Islam dan badanfatwa kebangsaan mengharuskan
aplikasi tawarruq fiqhi kerana selari dengan jual beliyang dibenarkan syarak. Namun, para
sarjana hukum Islam berbeza pendapat dalam mengharuskan aplikasi tawarruq munazzam yang
manakala sebahagianyang lain tidak membenarkannya. Ringkasnya, badan fatwa OIC Islamic
Fiqh Academy dan Islamic Fiqh Council of Muslim League menerima pakai produk tawarruq
secara klasikal. Namun badan ini menolak aplikasi konsep tawarruq munazzam yang diamalkan
dalam institusi perbankan hari ini.3 Sebaliknya, AAOIFI yang berpengkalan di Bahrain
menerima kedua-dua jenis aplikasi tawarruq fiqhi dan munazzam tetapi dengan kawalan yang
3
Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Mohammad Taqiuddin Mohamad dan Mohd Anuar Ramli, Perbezaan Fatwa
Dalam Produk Perbankan Islam:Analisis Terhadap Fatwa Tawarruq, 2018, hlm. 102
ketat. Begitu juga BNM mengiktiraf tawarruq munazzam dalam institusi perbankan di Malaysia.
Tetapi produk diaplikasi dan dikawal rapi oleh badan kawal selia Shariah BNM.4
OIC Fiqh Islamic Academy mengadakan perjumpaan berkala bagi membincangkan isu-
isu berbangkit berhubung dengan negara Islam. Pada 26-30 April 2009 di Sharjah, United Arab
aplikasi tawarruq terancang (munazzam) dan tawarruq terbalik (‘aksi) yang diaplikasi dalam
isntitusi perbankan. Fuqaha yang terlibat sepakat aplikasi kedua-dua jenis tawarruq ini tidak
mematuhi syariah dan tidak dibenarkan. Fuqaha bersepakat tidak membenarkan tawarruq
munazzam dan tawarruq songsang (reversed tawarruq) kerana dua transaksi berlaku secara
15. Jenis tawarruq yang dibincangkan Fuqaha adalah tawarruq fiqhi. Menurut majoriti fuqaha,
aplikasi tawarruq dibenarkan merujuk kepada ayat 275, surah al-Baqarah yang membenarkan
jual dan melarang riba. Perjumpaan seterusnya yang membincangkan aplikasi tawarruq iaitu
meneliti aplikasi tawarruq dalam institusi perbankan (tawarruq munazzam), ahli majlis
memfatwakan ianya tidak dibenarkan. Resolusi yang dikeluarkan ahli majlis mempunyai
beberapa faktor. Antara faktornya ialah pengaturan awal yang diamalkan dalam aplikasi
tawarruq mirip seperti bay ‘inah yang ditegah majoriti fuqaha. Pengaturan awal yang
Ahli majlis AAOIFI membenarkan aplikasi tawarruq munazzam dengan syarat kawalan
yang ketat. Pada 3-9 Jun 2006, ahli majlis AAOIFI mengeluarkan resolusi berkenaan garis
panduan yang perlu dipatuhi dalam pelaksanaan tawarruq di institusi perbankan. Garis panduan
yang dikeluarkan bertujuan menjaga kemaslahatan pihak yang terlibat dan menjaga keselarian
Pada tahun 2015, MPS BNM membincangkan pelbagai isu antaranya berkenaan konsep
tawarruq. Dalam mesyuarat tersebut, MPS membenarkan aplikasi tawarruq sebagai alternatif
kepada bay ‘inah yang tidak dibenarkan majoriti fuqaha. Sehingga kini, aplikasi konsep tawarruq
digunakan secara meluas dalam produk deposit, pembiayaan dan pengurusan risiko di institusi
perbankan Malaysia. Walaupun tawarruq munazzam diiktiraf BNM, aplikasinya dikawal selia
oleh MPS BNM agar tidak terkeluar dari landasan shariah. Bertitik tolak daripada itu, MPSBNM
Tawarruq al fardi merupakan konsep dimana pembeli pertama membeli barangan secara
ansuran daripada penjual pertama dan menjualnya kepada pihak ketiga secara tunai dengan
harga yang rendah dengan tujuan untuk mendapatkan tunai dengan segera atau memenuhi
keperluan kecairan. Dalam formasi sebegini, pihak ketiga tidak mempunyai kaitan langsung
dengan penjual pertama. Dalam kes sedemikian, penjual barangan pertama tidak boleh dikaitkan
dengan jualan tunai yang dilakukan oleh pihak pembeli barangan selepas itu. Situasi ini
diistilahkan sebagai al-Tawarruq al-Fardi oleh sesetengah sarjana mualamat semasa . Pandangan
para ulama Hanafi , Syafie dan Hambali melihat transaksi tawaruq ini adalah sah dan
berlandaskan prinsip syariah. Bentuk transaksi tawaruq ini juga diterima pakai oleh beberapa
badan shariah seperti Syariah Supervisory Council of the Al-Rajhi Bank, Arab Saudi, Kuwait
Finance House dan Badan Syariah Malaysia sendiri dalam Resolusi Shariah dalam Kewangan
Islam 2005.5
(mutawarriq) membeli barang secara tangguh dipasaran dalam negara mahupun luar negara dan
institusi kewangan bertindak menguruskan atau mengatur perjanjian samada oleh institusi
kewangan itu sendiri atau melalui ajen dan secara langsung diantara pembeli dan institusi
kewangan pada harga yang lebih rendah. Ibraheem Musa Tijani menyenaraikan tambahan lagi 2
jenis tawarruq yang juga merupakan jenis tawarruq munazzam iaitu tawarruq al-masrafi dan
reverse tawarruq. Selain itu beliau turut membuat perbandingan diantara tawarruq fardi dan
tawarruq munazzam.
diantara penjual pertama dengan pembeli pertama (muwarriq) dan pembeli terakhir
5
Nor Fadilah Bahari dan Nuzul Akhtar Baharudin, Kontrak Shariah Al-Tawarruq: Konsep Dan Aplikasinya Dalam
Produk, 2014, hlm. 331
terakhir. telah membuat persepakatan antara mereka
terlebih dahulu.
Rajah 1: Perbezaan diantara tawarruq fardi dan tawarruq munazzam
Para ilmuan islam terdahulu tidak secara khusus membincangkan bay al tawarruq tetapi
ianya hanya disentuh di dalam perbincangan kontrak- kontrak lain. Imam al Shafie
membincangkan perihal bay al inah namun tidak menerangkan konsep bay al tawaruq tetapi
hanya menerangkan konsep bay al muajjal. Para sarjana Islam kontemporari turut
membincangkan tentang bay al tawaruq antaranya Abdul Aziz Khayat yang membincangkan
tentang definisi dan mengupas secara jelas pandangan ulama terdahulu dan ulama semasa
tentang hukum al tawarruq. Beliau turut menyenaraikan beberapa pandangan ulama terdahulu
dan ulama kontemporari yang membenarkan konsep tawarruq diaplikasikan antaranya Syeikh
Abdullah bin Sulaiman, Dr. Muhammad Abdul Ghafar As-syarif, Dr. Muhammad Taqi Al-
Usmani yang merupakan qadi di Pakistan. Namun begitu, kontrak tawaruq juga timbul perbezaan
pandangan dikalangan fuqaha dimana sesetengah mereka mengatakan ianya sah manakala
sesetengah mengatakan konsep tawaruq ini tidak menepati konsep syariah. Terdapat tiga pola
bay al-Inah yang yang dikatakan haram kerana digunakan sebagai hilah kepada riba.
ii. pendapat yang mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh kerana konsepnya yang
iii. pendapat yang mengatakan ia adalah diharuskan, berasaskan prinsip bahawa semua
urus niaga jual beli adalah diharuskan dan kerana terdapat perbezaan struktur yang
nyata antara al-tawarruq dengan bay al-inah. Asmak A. Rahmand turut
Islam. Dilihat para ulama yang membenarkan transaksi tawaruq ini adalah
berlandaskan ayat Al- Quran yang mana “Allah telah menghalalkan jual beli dan
halal kecuali transaksi jual beli yang diklasifikasikan sebagai haram dalam Al -Quran
dan hadis.
Pelaburan adalah tindakan atau satu proses yang diambil pada wang atau aset kita dengan
menjangkakan pulangan pada masa akan datang iaitu memperolehi hasil daripadanya. Seperkara
yang perlu diberi perhatian adalah hasilnya tidak semestinya positif. Oleh itu, mestilah mengkaji
dengan terperinci sebelum sesuatu pelaburan membawa hasil sebagaimana yang dijangkakan.
Ilmu dalam bidang ini bukan sekadar mengetahui istilah-istilah pelaburan seperti risiko,
pulangan, nilai masa duit, inflasi dan sebagainya tetapi tahu mengaplikasikan. Jika dilihat dari
statistik industri pengurusan pelaburan, sehingga akhir 2002, Malaysia mempunyai 79 buah
syarikat pengurusan dana dan 38 buah syarikat pengurusan dana amanah dengan nilai dana
melebihi RM 75 billion. Unsur-unsur penting pelaburan yang perlu di dalami adalah pelaburan
jangka pertengahan kepada jangka panjang seperti kita jangkakan pulangan untuk tempoh 10
tahun ke-20 tahun akan datang. Pelaburan hendaklah dibuat ke atas pelbagai aset atau industri
dengan taburan yang sepatutnya. Risiko yang minima berbanding pulangan atau pulangan secara
relatif dan mengambil kira kesan inflasi sebahagian daripada kos atau jangkaan kosinflasi.
Skim pelaburan dalam Islam dan konvensional adalah berbeza sama sekali. Ini dapat
dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek seperti yang melibatkan riba, tempat, aktiviti
dan pulangan. Antara contoh skim pelaburan yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional
ialah Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit Account). Dalam akaun jenis ini,
wang dari orang yang meletakkan wang dalam akaun tadi bersama dengan wang depositor atau
pelabur lain. Skim pelaburan konvensional adalah berasaskan riba disebabkan oleh
faktor halal dan haram operasi pelaburannya. Ini sama sekali ditegah dalam skim pelaburan
syariah kerana bertentangan dengan syariat Islam. Skim-skim pelaburan syariah terjaga dan
bebas daripada riba kerana ianya berada di bawah pemantauan Badan Penasihat Syahriah (BPS)
disamping Islam itu sendiri juga sama sekali mengharamkan riba melalui Firman Allah s.w.t,
berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila[175]. Keadaan
sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telahmenghalalkan jual beli
Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah
Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), makaorang itu adalah penghuni-penghuni
sahaja dan dengan apa juga cara sekalipun tanpa mengambil kira samada tempat di mana dia
membuat pelaburan itu halal ataupun haram umpamanya perjudian dan penjualan arak asalkan
syariah, di mana pelaburannya hanya dibuat di tempat-tempat yang beroperasi secara halal dan
membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara syariah oleh pengurusan bank dan majlis
ketepatannya dari sudut syariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta
yang bersih.
Gharar menurut bahasa ialah risiko (al-khatar).6 Dari segi istilahnya pula gharar boleh
dikatakan sebagai sebarang bentuk pemalsuan yang tidak ketara pada asalnya termasuklah judi.
Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah aktiviti spekulasi yang merbahaya.
Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi. Spekulasi seperti ini sebenarnya
adalah amalan judi kerana spekulator mendapat untung diatas kerugian orang lain. Manakala
risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan kerugian kepada orang lain tetapi mendapat
keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dan sekiranya berlaku kerugian dengan
6
Hussein Azeemi Abdullah Thaidi, Perlaksanaan Akad Pembiayaan Peribadi–I Tawarruq Di Bank Islam Malaysia
Berhad (Bimb), Jabatan Fiqh Dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2014, Hlm. 129
sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas
interest yang ditentukan sendiri oleh pihak bank. Sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada
penyimpan atau pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang
antara 1 dan 11 bulan. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi menentukan
kadar interest yang ingin diberinya. Menurut Syariah, kadar 3 % dari fixed deposit account tadi
adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana, disiplin pelaburan iaitu Mudarabah
atau Musyarakah menurut Islam, pulangan keuntungan tidak boleh di tentukan sama sekali
peratusannya. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yang dibenarkan. Seperti 70:30 (Bank:
pelanggan).7 Pelaburan hendaklah memberi pulangan dalam bentuk kebendaan dan kerohanian,
bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan di dunia bahkan di akhirat juga.
1. Adakah penggunaan teknik jual emas, jamin beli balik dan pemberian hibah dalam
Sekiranya terdapat elemen janji antara dua pihak (muwa`adah) untuk syarikat membeli
balik emas pada masa tertentu, maka ia menyalahi syarak, dan menyamai jual beli emas
bertempoh yang dilarang syarak.8 Namun jika syarikat tidak memberikan apa-apa janji untuk
membeli balik emas pada tempoh tertentu, maka dari sudut hukum asalnya ia adalah tidak
menyalahi syarak. Pemberian hibah yang dilakukan secara sukarela dan tidak membawa kepada
7
Maheran Mohd Jaffar, Shaharir Mohamad Zain, Abdul Aziz Jemain3, etl, Pengiraan Keuntungan Oleh Bank Islam
Dalam Pelaburan Mudharabah: Pembaikan Dan Cadangan, 2005, hlm. 7
8
http://e-muamalat.islam.gov.my/ms/soalan-lazim/pelaburan, diakses pada 24/4/2020
unsur riba adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, pemberian hibah akan menjadi riba
sekiranya pembelian emas hanya semata-mata hilah bagi menutup pinjaman yang dijamin
dipulangkan.
Dengan kata lain, sekiranya maksud pembeli ialah menyimpan sejumlah wang dengan
syarikat, dan wang tersebut dijamin akan dipulangkan dalam jumlah yang sama, dan
mengharapkan faedah dalam bentuk pemberian hibah oleh syarikat, maka dalam kes sebegini,
emas adalah semata-mata hilah yang dimasukkan untuk menghalalkan transaksi riba.
Kemasukan hillah dalam transaksi jual beli boleh diketahui jika sekiranya kewujudan emas
sebagai subjek jual beli adalah tidak dimaksudkan. Sebaliknya yang dimaksudkan ialah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan
dalam ASN, ASB dan seumpamanya. Muzakarah telah bersetuju memutuskan bahawa bagi
menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih
besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham
Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Hukum melabur dalam bank konvensional adalah haram kerana pelaburan tersebut tidak
dibangunkan mengikut konsep pelaburan Islam dan turut melabur di dalam sektor-sektor tidak
Kesimpulan
Perkembangan perbankan Islam sedekad lalu telah menampilkan penglibatan aktif
pelbagai institusi kawal selia shariah dan fatwa di peringkat tempatan danantarabangsa. Institusi
ini memainkan peranan penting dalam menjaga institusiperbankan Islam lokal dan global agar
terus berada dalam landasan shariah. Selain itu, dengan adanya kawal selia dan pengeluaran
fatwa dari institusi berautoriti, tahap kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap institusi
perbankan Islam ditingkatkan dan dalam masa yang sama dapat menarik perhatian pemain dan
pelabur konvensional kepada institusi kewangan yang berasaskan Islam. Ringkasnya pelaburan
contohnya dapat dilihat daripada segi pulangan terhadap modal yang di sumbangkan oleh
pendeposit di mana penetapan pulangan (fixed interest) menyebabkan pihak bank akan terpaksa
mengalami kerugian dan sebaliknya. Bertitik tolak dari inilah dasar keadilan dan kebebasan
manusia sebagai khalifah di muka bumi ini terkandung menerusi amalan pemikirannya bagi
RUJUKAN
Latihan ilmiah
Nor Fadilah Bahari dan Nuzul Akhtar Baharudin. Kontrak Shariah Al-Tawarruq: Konsep
Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli. Mohammad Taqiuddin Mohamad dan Mohd Anuar
Ramli. Perbezaan Fatwa Dalam Produk Perbankan Islam: Analisis Terhadap Fatwa
Tawarruq. 2018
Maheran Mohd Jaffar. Shaharir Mohamad Zain. Abdul Aziz Jemain3. etl.
Jurnal
Ali Shamsuri. Membincang Konsep Tawarruq Dalam Dunia Perbankan Dewasa Ini. vol. 9.
2015.
Asmak Ab Rahman. Shamsiah Mohammad dan Iman Mohd Salleh. Bay Al-Tawarruq dan
Aplikasinya Dalam Pembiayaan Peribadi Di Bank Islammalaysia Berhad. jil 18. 2010.
Laman sesawang