Anda di halaman 1dari 18

Prosa Tradisioal

(Hikayat Indera Nata)

Sinopsis

Kisah bermula bermula apabila Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah
sekian lama mengembara dan sampai ke rumah bondanya Si Batu Kembar .
Bondanya bertanya tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu
itu sebenarnya adalah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan
boleh bercakap dengan segala binatang. Indera Nata telah menyeberangi lautan
dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani. Indera Nata juga telah menyelamatkan
Indera Jenaka daripada dibaham binatang buas. Tuanku Syah Alam mengkagumi
Indera Nata apabila mendengar cerita daripada Indera Jenaka.

Kisah selanjutnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak


sebuah bukit yang terlalu tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah
rumah tersebut terdapat sebuah mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di
dalamnya . Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan
memberitahu tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah
bergadingkan emas. Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan
memperkenalkan diri mereka yang berasal dari negara yang berlainan. Salah
seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu mereka
telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila mereka
dewasa. Puteri Cedera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa untuk
mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah itu
segera.

Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti


emas dan puteri-puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika
hendakkan mereka cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka , perlulah mencari
gajah bergading emas. Raksasa pergi ke hutan mencari gajah bergading emas dan
secara kebetulan terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading
emas dan pengikut-pengikutnya pergi berburu . Raksasa berasa gembira dan telah
membunuh mereka semua dan membawa balik gajah bergading emas.

1
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya
raksasa mencari kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk
dicuci sampai putih sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka. Raksasa lelaki
keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa perempuan pergi
mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera Nata membawa
ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading emas bersama
semua harta dalam mahligai itu.

Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan
memutihkan kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah
bergading emas dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang. Kedua-dua raksasa terlalu
marah dan segera mengikuti kesan tapak kaki gajah dan akhirnya ternampak
ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera Nata dan ketujuh-
tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa sehingga sampai
ke tepi pantai. Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala
hikmat dan Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata
dan ketujuh-tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut
membawa mereka semua ke seberang. Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba
menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di seberang tetapi ular sakti dan naga
telah menarik raksasa ke tengah laut menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.

Indera Nata bersama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh


hari tujuh malam sehingga sampai ke rumah bondanya Tuan Puteri Cenderawati.
Bondanya sangat gembira melihat kedatangan mereka. Indera Nata menceritakan
semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri bercerita tentang diri mereka
kepada Tuan Puteri Cederawati. Mereka semua tinggal bersama Tuan Puteri
Cenderawati.

Tema

Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran

Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah


ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut
antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi,

2
menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa, dan hampir ditangkap
dan dibunuh oleh raksasa.

Persoalan

1. Persoalan keberanian dan kehebatan anak raja


 Indera Nata berani menentang binatang buas dan menyelamatkan Indera Jenaka
daripada dibaham binatang buas yang terdapat di dalam hutan.
 Indera Nata berani masuk ke mahliga raksasa dan menyelamatkan tujuh orang
puteri.
 Indera Nata mempunyai kebolehan bercakap atau berinteraksi dengan haiwan.

2. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya


 Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik
darpada mengembara.
 Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati sangat bimbang dan bersedih
ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara.

3. Persoalan kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan


diri
 Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa
mencari gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar,
tetapi sebenarnya dia bertujuan membantu Indera Nata mendapatkan gajah
bergading emas segera.
 Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah sekali lagi dengan menyuruh
raksasa lelaki mencari kijang putih bertanduk emas dan raksasa perempuan
mencuci kain hitam menjadi putih sebagai tanda sayang kepada mereka.
Sebenarnya dia bertujuan untuk melarikan diri bersama Indera Nata dan puteri-
puteri yang lain semasa ketiadaan raksasa.

4. Persoalan tolong-menolong sesama manusia


 Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan
binatang buas di hutan.
 Indera Nata membantu menyelamatkan ketujuh-tujuh puteri daripada tawanan
raksasa.

3
Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Indera Nata
 Anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati
 Digelar Si Piatu
 Sangat disayangi oleh ibunya - Ibu Indera Nata iaitu Tuan Puteri Cenderawati
sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada
mengembara.
 Mempunyai kesaktian – Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang
boleh bercakap dengan binatang.
 Seorang yang berani –Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan
binatang buas
 Seorang yang baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan
raksasa.

Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma

 Anak Raja Mesir


 Memiliki rupa paras yang cantik
 Menjadi tawanan raksasa .
 Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata
dan berpantun.
 Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk
menyelamatkan diri daripada raksasa

Raksasa suami isteri

 Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi.


 Kejam – menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan.
 Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
 Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi
berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
 Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera
Kesuma

4
Indera Jenaka

 Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar


 Menghargai jasa – Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan
kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
 Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa
sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.

Latar

Latar Tempat

i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar)


 Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal
Indera Nata

ii. Negeri Pattani


 Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan
Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan.

iii. Sebuah bukit yang tinggi


 Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah
bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan.

iv. Sebuah peti emas


 Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa
raksasa balik ke mahligai.

v. Tepi Laut / Pantai


 Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih.

Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati)

 Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri.


 Ketujuh-tujuh puteri menetap di situ.

5
Latar Masa

 Waktu pagi – raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas.


 Waktu petang – raksasa tidur.
 Waktu siang – raksasa keluar mencari gajah bergading emas.
 Tujuh hari tujuh malam – perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya
bersama tujuh puteri.
 Waktu tengah malam – Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri.

Latar Masyarakat

 Golongan bangsawan – Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri


Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma
 Golongan bawahan – rakyat yang mengikut Raja Rom pergi berburu yang
semuanya dimakan oleh raksasa
 Masyarakat taat kepada perintah – Indera Nata mengikut perintah Raja Rom
mengembara mencari gajah bergading emas
 Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi
dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru
dan meminta bantuan Betara Gangga.
 Masyarakat raksasa – sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah
bukit.
 Masyarakat haiwan – gajah bergading emas, ular sakti dan naga

Gaya Bahasa

 Bahasa Klasik – sebermula, hatta


 Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda .
 Simile – maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala
binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga.

6
 Puisi – pantun contoh:
Ikan pari bertelur beribu
Bertelur sejengkal juga;
Hujan arah ke langit biru,
Tawakalku dapat juga.
 Bahasa Arab – Allah
 Hiperbola – gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas ,
parasnya gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan.

Nilai

 Nilai Bijaksana – Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah untuk


melepaskan diri.
 Nilai Keberanian – Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan
menyelamatkan tujuh puteri.
 Nilai Kasih Sayang – Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.
 Nilai Tolong-menolong - Indera Nata menyelamatkan tujuh puteri daripada
tawanan raksasa dan Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya
raksasa mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata.

Pengajaran

 Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang


dihajati.
 Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup
harmoni.
 Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
 Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-
baiknya.
 Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

7
Watak Sampingan

Tuan Puteri Cendera Kesuma

 Anak Raja Mesir


 Memiliki rupa paras yang cantik
 Menjadi tawanan raksasa bersama enam puteri yang lain untuk dimakan
oleh raksasa apaabila mereka besar
 Petah berkata-kata
 Bijaksana – pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk
menyelamatkan diri daripada raksasa
 Menetap di rumah Tuan Puteri Cenderawati bonda Indera Nata selepas
bebas daripada tawanan raksasa

Raksasa suami isteri

 Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi bersama tujuh orang puteri
yang ditawan.
 Besar, kuat dan gagah. – gerakan mereka berbunyi seperti rebut
 Pemarah dan ganas – membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi
berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom
 Mudah diperdaya – percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera
Kesuma

Indera Jenaka

 Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar


 Pernah bersama-sama Indera Nata dan diselamatkan oleh Indera Nata daripada
serangan binatang buas di dalam hutan
 Menghargai jasa Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan
Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya.
 Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera
Nata.

8
MODUL SOALAN HIKAYAT INDERA NATA

SET 1 :HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi
memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya mendengar Indera
Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.  Arakian maka tuan
puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu.
Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka lalu ia
memeluk mencium anaknya itu seraya katanya,”Wah anakku tuan, hiduplah rasa
hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku
mahu makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!” 

Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya
itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya,”Hai anakku Indera Nata,
betapalah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?” 
Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaannya datang
kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis mendengar cetera anaknya itu
serta katanya,”Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah
bonda ini tuan!” 

Maka Indera Nata pun terlalu kasihan mendengar bondanya itu. Sebermula
maka tuan puteri yang ketujuh orang itu pun bercintakan ayah bondanya. Seketika
maka ia pun menangis pula bersama-sama dengan bonda Indera Nata itu. Setelah
sampailah kepada tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisnya itu dua
perkara suatu sebab bertemu dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangisnya
itu sebab bercerai dengan ayahandanya. Setelah itu maka hari pun sianglah, maka
tuan puteri yang ketujuh orang itu pun berdiamlah ia bersama-sama dengan Tuan
Puteri Cenderawati.

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata”


dalam antologi Harga Remaja, hlm. 67- 68, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

9
i. Apakah maksud rangkai kata hiduplah rasa hatiku?
[ 2 markah]

ii. Mengapakah Tuan Puteri Cenderawati terlalu sukacita melihat Indera Nata?
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah perasaan kasih sayang amat penting dalam
kehidupan?
[3 markah]

SKEMA SET 1.

i. …perasaan riang gembira muncul semula setelah lama bermuram

ii. …kerana sudah terlalu lama baginda tidak bertemu dengan anaknya Indera Nata
...baginda hilang selera hendak makan dan minum serta tidak dapat melelapkan
mata
…rindu baginda terhadap Indera Nata terubat apabila anaknya itu pulang ke
istana.

iii. …kasih sayang memberikan kebahagiaan dalam kehidupan


…ibu dan anak hidup dalam suasana penuh kasih sayang
…kehidupan mereka dirasakan amat bermakna, tidak berasa kosong atau hampa
…kasih sayang antara suami dengan isteri dapat mengukuhkan institusi keluarga

10
SET 2 HIKAYAT INDERA NATA.

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka sahut Tuan Puteri Cendera Kesuma,”Hai kakanda, adapun nama hamba ini
Puteri Cendana Kesuma anak Raja Mesir dan Puteri Norlila anak Raja Baghdad dan
Puteri Indera Paksi ini anak Raja Siam dan Puteri Ratna Cahaya ini anak Raja Kufah
dan Puteri Ratna Bagang ini anak Raja Iraq dan Puteri Cendera Maha Dewi ini anak
Raja Peringgi! 
Sebermula adapun adinda sekalian ini ditaruh oleh raksasa di sini sebab
hendak dibesarkannya. Apabila sudah besar hamba sekalian, maka dimakannyalah
dan demikianlah hal adinda sekalian ini.”  Maka kata Indera Nata,”Hai adinda
sekalian, betapakah fikir adinda sekarang ini?”  Maka kata tuan puteri yang ketujuh
itu, “Adapun jikalau kakanda kasih akan hamba, hamba menyerahkan diri sekalian
akan tuan hamba minta dibawa kepada kakanda pulang ke benua Rom dan biarlah
adinda sekali perhambakan diri kepada kekanda.” Maka oleh Indera nata pun terlalu
suka hatinya seperti orang beroleh gunung emas rasanya serta ia berpantun:
“Rakit-rakit dari Inderagiri, Menyeberang hendak ke Pulau Jawa; Jikalau tuan puteri
suka menyerah diri, Nanti esok kakanda bawa.”

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata” dalam antologi


Harga Remaja, hlm. 61-62. Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata betapakah fikir adinda sekarang ini? [ 2 markah]

ii. Nyatakan tiga kesulitan yang sedang dihadapi oleh ketujuh-tujuh orang puteri itu.
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Indera Nata membantu membebaskan puteri-
puteri itu? Berikan tiga alasan anda.

[3 markah]

11
SKEMA SET 2

i. …apakah rancangan adinda sekarang/ apakah yang hendak dilakukan sekarang


ini

ii. …terpisah daripada ibu bapa masing-masing kerana diculik raksasa


…dipelihara raksasa
…akan dimakan raksasa apabila sudah besar

iii. Wajar

…raksasa ialah makhluk yang jahat


…puteri-puteri itu akan mati dimakan raksasa
…puteri-puteri itu sanggup memperhambakan diri kepada Indera Nata

12
SET 3: HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri. 

Hatta maka hari pun petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua laki
isteri. Apabila hampirlah siang maka ia pun pergilah keduanya ke dalam hutan
mencari gajah bergadingkan emas kesana ke mari tiada juga diperolehnya. 

Maka dengan takdir Allah bertemulah ia dengan seorang raja namanya Raja
Rom ia pun pergi berburu dengan segala menteri dan hulubalang dan rakyat
sekalian.  Syahadan adapun raja itu naik gajah bergadingkan emas. Setelah dilihat
oleh raksasa itu pun terlalu sukacitanya. Maka sekalian rakyat itu pun habislah
dimakannya, seorang pun tiada tinggal lagi. Maka gajah itu pun diambilnya lalu
dibawanya pulang.  Setelah itu maka raksasa itu pun kembalilah ke mahligai tuan
puteri itu.

Maka kata tuan puteri,”Hai nenekku, sebenarnya kasih nenekku akan kami
sekalian ini dan lagi jika ada kasih nenekku akan kami ini carikanlah kami kijang
putih bertanduk emas serta kain yang hitam ini nenekku sucikan sampai putih!
Jikalau belum lagi putih janganlah nenekku kembali.” 

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata”


dalam antologi Harga Remaja, hlm. 64-65. Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata seorang pun tiada tinggal lagi.


[ 2 markah]

ii. Apakah muslihat tuan puteri untuk menyelamatkan diri daripada dimakan oleh
raksasa.
[ 3 markah]

iii. Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh oleh orang yang bijak
menggunakan akal fikirannya?
[ 3 markah]

13
SKEMA SET 3

i. …tidak ada sesiapa yang terselamat

ii. …meminta raksasa mencari kijang putih bertanduk emas untuk mereka
…meminta raksasa membasuh kain hitam sehingga menjadi putih
…selagi kain hitam itu tidak menjadi putih, raksasa tidak dibenarkan pulang

iii. …mampu menyelesaikan masalah yang dihadapinya


…dapat menyelamatkan nyawa pada waktu kecemasan
…dapat membuat muslihat untuk mengelirukan musuh

14
SET 4: HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri. 

Sebermula maka tersebutlah perkataannya raksasa mencari kijang putih itu.


Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar habislah
dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun
marahlah tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang
membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu.
Mulalah habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih. 

Maka kata suaminya, “Hai isteriku, jika demikian marilah kita kembali dahulu!”
Maka ia pun kembalilah lalulah berjalan. Setelah sampai ke rumahnya maka
dilihatnya kepada mahligai itu gajah itu tiada lagi.  Maka katanya, “Ke mana
gerangan gajah ini hilangnya?” Maka lalu dilihatnya tuan puteri sekalian itu tiadalah. 

Maka katanya,”Bukankah aku kata manusia ada di dalam mahligai ini. Jika
demikian sahaja dicurinya akan tuan puteri itu sekalian.”  Maka ia pun terlalulah
amarahnya lalulah ia berjalan segera mengikut bekas tapak gajah itu dan tiada
berapa lamanya berjalan maka terlihatlah kepada gajah itu dan tuan puteri ketujuh
orang ada di atas gajah itu. Maka raksasa dua laki isteri itu pun sangatlah
amarahnya. Maka ia pun segera mengusir Indera Nata dan tuan puteri ketujuh itu
serta dengan tempik soraknya.  Hatta maka tuan puteri sekalian itu pun menangislah
bercintakan dirinya dan Indera Nata itu pun sampailah ke tepi laut serta mencita
gemala hikmat yang daripada Betara Gangga itu.

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata”


dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Apakah maksud rangkai kata habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih .
[2 markah]

ii. Mengapakah raksasa itu menjadi sangat marah?


[ 3 markah]

15
iii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menangani perasaan marah
dalam diri kita?
[3 markah]

SKEMA SET 4

i. …kain itu carik, namun masih lagi hitam

ii. …gagal mencari kijang putih


…gajahnya sudah hilang
…tuan puteri juga sudah tiada
…melihat tuan puteri ketujuh orang berada di atas gajah

iii. …banyak bersabar


… cuba mententeramkan diri
…berfikiran secara rasional..ingat akan Tuhan
....berfikir secara rasional sebelum bertindak

16
SET 5: HIKAYAT INDERA NATA

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan
berikutnya menggunakan perkataan anda sendiri.

Hatta maka beberapa lamanya ia berjalan sampailah ia ke negeri Rom itu lalu
masuklah ia ke dalam rumah bondanya Si batu Kembar itu.Setelah dilihat oleh Si
Batu Kembar anaknya datang itu terlalulah sukacitanya lalu dipeluknya dan
diciumnya itu.  Syahadan maka baginda pun bertanya,”Hai Indera Jenaka, manatah
Si piatu itu sekarang ini?” 

Maka sembah Indera Jenaka itu, “Ya tuanku. adapun Si Piatu itu bukankah
anak namanya benar dan namanya yang benar Indera Nata kerana sekalian
mergastua yang di dalam hutan menyebut namanya Indera Nata. Arakian maka
adalah Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur
kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu
terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-
buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu
nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. Maka hamba pun berlalu
sekali hairan melihat kelakuannya itu kerana sangat ia berani dengan segala
binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Maka
hamba pun terlalu takut melihat kelakuannya itu.”

(Dipetik daripada prosa tradisonal “Hikayat Indera Nata”dalam


antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

17
i. Apakah maksud rangkai kata dibawa oleh lembur kehendaknya?
[2 markah]

ii. Nyatakan tiga kelebihan yang ada pada Si Piatu seperti yang diceritakan oleh
Indera Jenaka.
[3 markah]

iii. Sekiranya anda ialah raja,apakah tindakan yang mungkin anda ambil untuk
menyambut kedatangan Indera Nata? Berikan tiga cadangan.
[3 markah]

SKEMA SET 5.

i. …sejenis ular sakti membawa Indera Nata/Si Piatu dengan berpandukan


arahannya

ii. …sekalian mergastua menyebut namanya Indera Nata


…menyeberang lautan dibawa oleh lembur
…mergastua yang buas tidak memberi bahaya akan dirinya
…berkata-kata dengan binatang seperti berkata dengan manusia

iii. …meraikan Indera Nata seperti seorang raja


…memberikan anugerah tertinggi negara kepada baginda
…memberikan jawatan penting dalam negeri kepada baginda

18

Anda mungkin juga menyukai