Anda di halaman 1dari 10

Sinopsis Novel Jeriji Kasih

Bab 1

Anuariza amat bersyukur kerana mendapat seorang ibu yang sangat menyayanginya, iaitu
Solehah. Walaupun mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan, namun mereka dilimpahi
kasih sayang dan kebahagiaan yang tidak pernah surut. Anuariza terpaksa bekerja mencari
rezeki buat menampung keperluan keluarganya dengan menoreh getah dan mencari buah-
buah kayu seperti asam kelubi di hutan paya yang penuh dengan bahaya. Adiknya Azuera
melarangnya keluar ke hutan pada hari itu memandangkan hujan baru sahaja turun dan
kemungkinan banyak haiwan liar berkeliaran mencari mangsa. Solehah tetap membantah dan
tidak membenarkannya pergi ke kawasan itu. Anuariza mencari rezeki dengan mencari asam
kelubi yang kemudian akan dijual kepada Ah Chong, satu-satunya peraih di kampung itu
yang sering menawarkan harga yang tinggi untuk buah-buah kelubinya. Nek Siah pula
merupakan jiran mereka yang sering membantu keluarga Solehah yang sering dalam
kesusahan. Nek Siah datang untuk menjemput mereka sekeluarga ke majlis kenduri di
rumahnya juga melarang Anuariza ke situ. Nek Siah menyuruh Anuariza pergi ke rumahnya
bagi membantu mereka yang akan mengadakan kenduri naik rumah dan tahlil.

Bab 2

Anuariza tiada jalan lain kecuali terpaksa bersetuju dengan permintaan Syed Mustafa untuk
memberi kelas tuisyen kepada anaknya Syed Fariz sementara menanti keputusan STPM
diumumkan. Syed Mustafa mempunyai seorang anak perempuan iaitu Syarifah Farisya yang
merupakan abang Syed Fariz. Mereka anak beranak bertungkus lumus membantu keluarga
Nek Siah menguruskan kenduri tersebut. Azuera kelihatan begitu cekap dengan kerja-
kerjanya membasuh pinggan mangkuk, membungkus makanan untuk jiran dan
menghidangkan makanan pencuci mulut manakala Syarifah Farisya sedikit kekok. Anuariza
disuruh mengajar anak Syed Mustafa keesokan harinya, namun Anuariza meminta
ditangguhkan sehari kerana dia bercadang untuk keluar hutan bagi memungut asam kelubi.
Apabila mendengar tentang asam kelubi, Syed Mustafa menceritakan pengalamannya dahulu
ketika usia remaja. Dia turut mencari asam kelubi, buah ketiau, dan buah perah bersama-sama
kawannya di hutan, tetapi untuk sekadar suka-suka sahaja. Dia pernah terdengar cadangan
Menteri Besar Perak untuk mengkomersialkan buah-buah kayu tersebut tetapi cadangan itu
senyap begitu sahaja. Setelah larut malam dan rancak bercerita, keluarga Anuariza memohon
izin untuk pulang.

Bab 3

Anuariza pergi ke hutan untuk mengambil buah asam kelubi yang disorok di situ dua hari
lepas kerana hujan lebat. Anuariza ditemani oleh Syed Mustafa atau Pak Syed. Pak Syed
gembira melihat kecekalan dan kesungguhan Anuariza namun sedikit sebanyak dia melihat
Anuariza seperti dirinya sendiri. Pak syed menceritakan kepada Anuariza, bahawa dia pernah
membuat kerja sebegitu pada masa dahulu, tetapi hanya sekadar untuk suka-suka, berbanding
dengan Anuariza yang mahu menyara keluarganya. Anuariza pernah diketawakan dan diejek
sebagai SI BONGKOK sewaktu dia berkaki ayam menghendap di belakang sekolah kerana
mahu belajar, selama berbelas tahun dahulu membuatkan dirinya tersisih daripada orang. Dia
juga pernah melihat ibunya dimalukan hanya kerana dituduh memikat suami orang. Sejak itu
dia bertekad untuk hidup bersendirian tanpa mempedulikan orang lain. Pak syed amat bangga
dengan kecekalan Anuariza dalam menyara keluarganya walaupun Anuariza hanya sekadar
anak angkat kepada Solehah. Anuariza pernah tinggal di Kuala Lumpur tapi selepas ayah
angkatnya meninggal dunia, mereka terus tinggal di kampung. Pak syed bertanya kepada
Anuariza, kenapa ibunya tidak kahwin lagi. Anuariza menyatakan bahawa ibunya tidak mahu
ada orang lain antara mereka.Mereka mengharungi anak paya yang airnya separas pinggang,
tetapi mereka perlu berhati-hati mungkin ada haiwan berbisa. Pak syed memberi cadangan
supaya buah-buah ini dikomersilkan. Anuariza berhasrat untuk menanam buah-buah sesebigu
di ladang. Harga buah kabung tinggi di pasaran. Di bandar buah kabung menjadi makanan
pencuci mulut di hotel.Pak syed mengingatkan Anuariza bahawa dulu ada orang kampung
pernah dibaham harimau. Anuariza pernah terserempak dengan harimau, tetapi dengan
membaca ayat kursi dan surah al ikhlas Allah menutup pandangan raja rimba tersebut.
Seterusnya mereka bercerita tentang agama yang berkaitan dengan ajaran sesat.

Bab 4

Anuariza memulakan tugasnya sebagai guru tuisyen di rumah Syed Mustafa. Syed Mustafa
sudah membayar gajinya untuk bulan pertama, tetapi Anuariza menolak wang itu. Syed
Mustafa tetap berkeras memaksa Anuariza mengambil wang tersebut. Hari pertama dia pergi
ke situ Syed Fariz langsung tidak turun belajar. Syed Fariz memang tidak berminat dalam
pelajaran. Anuariza meminta kebenaran Syed Mustafa untuk berbual di dalam bilik Syed
Fariz. Ketika Anuariza berada di dalam bilik Syed fariz, Anuariza minta Syed Fariz
menceritakan masalahnya. Syed Fariz berkata bahawa dia tak suka tinggal di kampung
kerana di kampung tiada apa yang boleh dibuat dan membosankan. .Anuariza pun turut
menyokong bahawa di kampung ini sangat membosankan, tetapi itu dahulu, kerana dahulu
Anuariza tinggal di Kuala Lumpur. Setelah Anuariza tinggal di kampug Anuriza sangat
tenang. Syed Fariz turut menceritakan bahawa dia sangat benci pada ayahnya, yang menjadi
punca ibunya mati. Setelah hampir dua jam berada di dalam bilik Syed Fariz, Anuariza pun
meminta diri untuk pulang. Dia telah berjanji untuk membawa Syed Fariz ke sungai untuk
menyedut udara segar di samping menenangkan fikiran. Pada malam itu Anuariza amat sukar
untuk memejamkan matanya walaupun tubuhnya begitu letih. Anuariza masih terkenangkan
perbualanya dengan Syed Fariz, Syed Fariz sangat membenci ayahnya. Menurut Syed Fariz,
ayahnya jarang berada di rumah serta mementingkan pekerjaan daripada keluarga. Tuduhan
Syed Fariz pada ayahnya sangat kejam. Peristiwa ditinggalkan ayah dan ibunya, kembali
menyemak dalam fikiranya. Anuariza teringat akan buah kabung yang dibakarnya petang tadi
bersama Syed Mustafa. Anuariza mencapai lampu gasolin, digoncang untuk memastikan
kandungan minyak tanah di dalamnya.Mancis digunakan untuk menyalakan api,angin diisi
dengan mengepam beberapa kali. Gelap bertukar terang,dia bersedia untuk turun ke bawah.
Buah kabung yang masih bertangkai dan masih suam-suam kuku di dalam bakul rotan,
dilonggok di atas tikar Anuariza bersila kemas dengan ditemani Solehan. Anuariza bergurau
senda dan menyatakan bahawa dia amat takut jika gagal dalam STPM. Solehah menyakinkan
Anuariza bahawa dia akan memperoleh keputusan cemerlang setelah berusaha bersungguh-
sungguh.

Bab 5

Azuera, Syed Fariz, Anuariza dan Syarifah Farisya telah berkunjung ke sebatang sungai di
hujung kampung mereka untuk menyaksikan keindahan sungai tersebut. Azuera dan Syarifah
Farisya bermain air di sungai manakala Anuariza asyik melukis pemandangan di sungai itu.
Syed Faris seperti biasa mempamerkan sikap tidak senangnya dengan perubahan mendadak
yang dilaluinya di kampung itu. Syarifah Farisya membandingkan keindahan sungai di situ
yang amat berbeza denga keadaan sungai di bandar yang amat kotor dan tercemar. Azuera
bercerita kepada Syarifah Farisya bahawa mereka sekeluarga pernah tinggal di tepi sungai itu
sebelum itu. Oleh sebab rumah mereka pernah dihempap pokok tumbang dalam kejadian
ribut, keluarga mereka dipelawa tinggal bersebelahan dengan rumah Nek Siah. Azuera juga
bercerita tentang hobi Anuariza yang gemar melukis, malah lukisan pemandangan di biliknya
juga dilukis oleh Anuariza. Lukisan di dinding sekolah mereka merupakan buah tangannya
juga sebelum meninggalkan sekolah. Syarifah Farisya mulai teruja dengan pelukis lukisan
pemandangan di biliknya dan mulai menyimpan perasaan.

Bab 6

Selepas cuti panjang, seperti biasa Syed Fariz dan Syarifah Farisya berbasikal ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan seawal 6.45 pagi. Syarifah
Farisya membandingkan keadaan mereka yang selesa ketika bersekolah di bandar
dahulu.Sewaktu ibu mereka masih hidup, mereka dihantar ke sekolah menaiki kereta berhawa
dingin, sedangkan di kampung mereka terpaksa berbasikal seperti pelajar-pelajar lain. Di
sekolah, Azuera memperkenalkan Syed Fariz dan Syarifah Farisya kepada guru-guru dan
rakan-rakannya. Syed Fariz dimasukkan ke kelas 3 Bestari. Selepas waktu rehat, cikgu
Borhan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mendapati Syed Fariz tiada di dalam
kelas. Cikgu Borhan bertanya ke[ada Azizul Hafis yang duduk di sebelahnya. Cikgu Borhan
menyuruh Azizul Hafis mencarinya di sekitar sekolah tetapi tidak ditemui. Syarifah Farisya
mulai risaukan adiknya yang mungkin kembali berkelakuan buruk seperti dahulu. Di rumah,
Syarifah mencari-cari adiknya tetapi juga tiada. Apabila Nek Siah melihat Syarifah Farisya
memasuki bilik adiknya, Syarifah Farisya memberi alasan dia ingin mengambil buku dan
mengatakan adiknya belum pulang dari sekolah. Nek Siah mengajaknya makan, namun
Syarifah Farisya belum mahu makan dan akan makan setelah lapar nanti.

Bab 7

Sudah dua bulan bersekolah di kampung, berbagai-bagai perkara buruk berlaku di sekolah.
Hampir seluruh pelajar di sekolah itu mengenalinya. Syed Fariz telah membawa budaya yang
buruk di seolahnya. Kerjasama dengan Lily Suriani semakin menjadi-jadi. Syed Fariz
dikenali sebagai anak orang berada dan berpengetahuan tinggi sehingga ramai murid yang
mengangkat tabik kepadanya. Gejala samseng dan peras ugut semakin berleluasa. Azuera
turut mendengar kawan-kawannya bercerita perihal adiknya yang berkelakuan buruk, namun
enggan mempercayainya. Ruhaiza menceritakan perkara sebenar kepada Syarifah Farisya.
Hal ini menyebabkan Syed Fariz berdendam kepadanya. Syed Fariz bersekongkol dengan
beberapa orang kawan untuk mengenakan Ruhaiza. Ruhaiza dipanggil oleh Guru Disiplin ke
Bilik Kaunseling dan diminta bercerita tentang perkara sebenar tentang kejadian pergaduhan
di belakang kantin sekolah. Ruhaiza dituduh menjadi punca pergaduhan kerana cemburu
kepada Lily Suriani yang rapat dengan Syed Fariz. Ruhaiza menafikan tuduhan itu sekeras-
kerasnya. Siti Baizurah menceritakan bahawa kejadian pergaduhan itu turut disaksikan oleh
pelajar-pelajar lain. Tersebarlah fitnah yang menyatakan bahawa Ruhaiza mencintai Syed
Fariz. Hazrul Naim yang menganggotai kumpulan Syed Fariz turut menyebarkan fitnah.

Bab 8

Anuariza mulai bimbang akan perkembangan yang tidak sihat itu. Syed Fariz semakin tidak
berminat dalam pelajaran. Anuariza masuk ke dalam bilik Syed Fariz dan terhidu bau yang
kurang menyenangkan. Walaupun mengesyaki Syed Fariz menghisap rokok, namun Anuariza
tidak menegur hal itu kerana bimbang Syed Fariz akan terasa dirinya dikongkong. Azuera
pula tekun belajar setelah memperoleh enam A dan 3 B dalam peperiksaan PMR. Azuera
ingin menjejaki kecemerlangan abangnya dalam SPM. Syed Mustafa pula sudah lama tidak
pulang ke kampung kerana sibuk dengan urusan pekerjaannya. Anuriza juga meneka bahawa
Syed Fariz merindui ayahnya yang sudah lama tidak pulang itu. Anuariza mengajak Syarifah
Farisya berbual-bual. Nek Siah meninjau-ninjau cucu-cucunya yang sedang belajar untuk
memastikan bahan-bahan keperluan untuk mereka mencukupi dan sama ada mereka betul-
betul belajar. Syarifah Farisya memberitahu Anuariza bahawa adiknya merokok. Anuariza
menyatakan bahawa dia memang mengetahuinya. Menurut Syarifah Farisya, adiknya itu
pernah merokok dan berhenti seketika. Hal itu belum diketahui oleh bapa mereka.

Bab 9

Ruhaiza tidak menghadiri kelas tambahan, sebaliknya dia pergi berjumpa dengan guru
kaunseling, iaitu Cikgu Syakinah untuk meluahkan masalahnya. Fitnah tentang dirinya
mempunyai perasaan terhadap Syed Fariz telah tersebar. Memang pada mulanya dia cuba
mendekati Syed Fariz kerana mengetahui bahawa pelajar itu pintar dan anak orang berada.
Mungkin Ruhaiza boleh berkongsi buku-buku pelajaran yang tidak mampu dimilikinya. Dia
juga pernah berkunjung ke rumah mereka dan melihat sendiri kekayaan Syed Mustafa.
Semua anaknya memiliki komputer dan telefon bimbit seorang satu. Azuera juga berpeluang
menggunakan komputer lebihan di bilik bacaan rumah mereka. Cikgu Syakinah mendengar
luahan perasaan Ruhaiza dengan penuh minat dan menasihatinya agar bersabar. Ruhaiza amat
kesal dengan sikap Cikgu Suhaimi yang menuduhnya tanpa usul periksa. Kisah Syed Fariz
yang mempunyai pengaruh juga telah disampaikannya. Kepada Cikgu Syakinah, perbuatan
Lily Suriani, tabiat Syed Fariz merokok, menghidu gam, memeras ugut dan kegitan
kumpulan mereka di pondok menunggu durian di Tanjung juga dibongkarkan.
Bab 10

Syed Mustafa dan Anuariza duduk berbual-bual di rumah Syed Mustafa. Sudah agak lama
Syed Mustafa tidak pulang ke kampung kerana urusan pekerjaan. Nek Siah meminta anaknya
itu meluangkan sedikit masa untuk mengetahui masalah anak-anaknya, namun Syed Mustafa
terpaksa pulang juga ke bandar keesokan harinya. Nek Siah marah dengan sikap anaknya itu
yang lebih mengutamakan kerja berbanding keluarganya. Perbualan mereka lebih banyak
berkisarkan Syed Fariz yang agak nakal sejak dahulu lagi walaupun emaknya masih hidup.
Anuariza mencerita kisah hidupnya yang perit ketika rumah setinggan yang didiami dijilat
api. Ayahnya turut terkorban dalam tragedi itu. Kemudian, dengan wang ihsan sebanyak
RM500, emaknya membawa Anuariza dan adiknya ke kampung. Dengan bantuan Tuk Syed
dan Nek Siah, rumah yang serba daif didirikan di hujung kampung. Dia digelar anak tarzan,
anak dagang merempat, dan anak hutan oleh orang-orang kampung. Emaknya juga dihina
kerana menjadi janda merempat. Namun begitu, emaknya tetap reda kerana mereka tidak
pernah mengganggu sesiapa. Cerita kesusahan itu rupa-rupanya langsung tidak memberi
kesan kepada Syed Mustafa. Dia tidak mahu anak-anaknya susah sedemikian, sebab itulah
dia bersusah payah mencari nafkah untuk anak-anaknya. Anuariza kecewa kerana tujuan dia
bercerita sedemikian ialah agar Syed Mustafa memberi perhatian dan kasih sayang kepada
anak-anaknya.

Bab 11

Syarifah Farisya dan Syed Fariz tertunggu-tunggu kepulangan bapa mereka yang sudah
sebulan tidak pulang. Syed Mustafa sering memungkiri janji untuk pulang, namun sebulan
berlalu dia masih sibuk dengan urusannya. Anuariza amat kesal dengan sikapnya itu.
Kenakalan Syed Fariz semakin menjadi-jadi. Kegiatan peras ugutnya juga diketahui melalui
Syarifah Farisya. Paling membimbangkan, kumpulan jahat berkenaan sudah berani mencuri
barang di pasar raya dan meragut. Buktinya, Syarifah Farisya menemukan banyak telefon
bimbit di dalam bilik adiknya itu. Solehah juga berpesan kepada Anuariza supaya
menengokkan Syed Fariz yang keterlaluan itu. Baginya, mereka tiada harta untuk membalas
jasa keluarga Tuk Syed, melainkan dengan budi dan jasa sahaja. Anuariza tidak merujuk
kenakalan Syed Fariz kepada ayahnya kerana bimbang anak itu akan dikasari. Anuariza juga
mengetahui bahawa Syed Fariz telah dipukul oleh ayahnya kerana pihak sekolah memanggil
Syed Fariz yang terlibat dalam penyalahgunaan ubat batuk. Syarifah Farisya juga
menceritakan kecurangan ayahnya yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain
walaupun ketika itu emaknya sedang sakit. Sewaktu menoreh getah dengan ibunya, Anuariza
menceritakan perihal keluarga Syed Fariz yang pincang itu. Solehah mengingatkan bahawa
pokok-pokok getah yang ditoreh itulah sumber rezeki mereka walaupun ladang getah itu
bukan hak mereka. Oleh itu, keluarga Tuk Syed perlu dibantu dengan apa cara sekali pun.
Anuariza berjanji akan menunaikan hasrat ibunya itu. Dia terkenang akan perbualannya
dengan Syed Mustafa tentang cita-cita dan impiannya selepas mendapat keputusan STPM.
Dia juga teringatkan kecekalan ayahnya membawanya ke bandar dengan berjalan kaki
semata-mata untuk membeli baju Superman.

Bab 12

Nek Siah telah dipanggil ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Suhaimi dan Cikgu
Borhan. Cikgu Borhan selaku guru kelas menunjukkan buku kedatangan cucunya yang
mencatatkan bahawa Syed Fariz sudah lama tidak ke sekolah. Syarifah Farisya telah
memaklumkan bahawa ayahnya berada di Kuala Lumpur. Lantaran itulah Nek Siah dipanggil
selaku penjaganya yang sah. Dengan perasaan serba salah Cikgu Borhan terpaksa melaporkan
hal cucunya itu walaupun mengetahui kewibawaan Nek Siah, isteri bekas guru besar yang
pernah menerima gelaran tokoh guru. Cikgu Borhan juga melaporkan perbuatan Syed Fariz
yang ponteng sekolah dan melarikan diri melalui jalan belakang ketika guru sedang
mengajar. Nek Siah begitu sedih, hiba, malu dan kesal dengan peristiwa itu. Dahulu, dia
pernah dipuji kerana kecemerlangan Anuariza dalam pelajaran, kini cucunya sendiri telah
menconteng arang ke mukanya. Nek Siah berjanji akan berikhtiar akan menasihati cucunya.
Dadanya juga berombak marah kepada Syed Mustafa yang gagal dalam mendidik anak.
Seperti biasa, Solehah menghantar sedikit juadah kepada Nek Siah. Nek Siah termenung
memikirkan cucunya yang bermasalah itu. Nek Siah melepaskan kepiluannya dengan sikap
Syarifah Farisya yang gemar merajuk dan Syed Fariz yang liar. Bagi Nek Siah, Syed Mustafa
sengaja menghantar bala kepadanya.

Bab 13

Anuariza ke rumah Nek Siah walaupun hari sudah malam, tetapi sejak Syed Fariz ditangkap
polis, dia turut berkongsi kesedihan keluarga angkatnya itu. Nek Siah dan Syarifah Farisya
menangis mengenangkan Syed Fariz yang telah ditangkap polis. Nek Siah akan ke balai polis
untuk menjamin cucunya itu. Syarifah Farisya teringat akan adiknya yang berada di dalam
lokap. Azuera tidak berani bersuara, melainkan hanya mampu mengusap badan sahabatnya
itu. Anuariza memujuk Syarifah Farisya yang cuba membayangkan keadaan buruk di lokap
yang serba kesusahan. Syarifah Farisya tidak percaya bahawa adiknya melakukan kesalahan
yang berat. Anuariza memujuk lagi dengan mengatakan bahawa Syed Fariz baru sahaja
ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes rogol. Tangkapan itu bertujuan untuk proses
siasatan belum lagi terbukti bersalah. Kelas tuisyen terpaksa dibatalkan. Ruhaiza yang
menjadi mangsa pula dikawal ketat oleh pihak hospital. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan
melawat melainkan ibu bapanya sahaja. Nek Siah amat terharu mengenangkan kebaikan
Anuariza yang menjadi penenang kepada empat orang wanita yang tertekan. Nek Siah
menyuruh Anuariza menghubungi Syed Mustafa tetapi dia gagal dihubungi. Nek Siah begitu
marah akan sikap anaknya yang tidak mengenal siang atau malam. Nek Siah terlepas cakap
apabila mengatakan alangkah baik jika Syed Mustafa berkahwin lain, Syarifah Farisya
berjauh hati dan meluru naik ke biliknya. Azuera pula diminta masuk menemai Syarifah
Farisya di biliknya.

Bab 14
Khusairi dijemput oleh Anuariza untuk berbincang tentang Ruhaiza di rumah Nek Siah. Dia
cuba mengawal perasaan marahnya. Nek Siah meminta maaf atas perbuatan cucunya
terhadap Ruhaiza. Nek Siah amat menyesali tindakan Syed Mustafa dalam mendidik anaknya
sehingga menjadi liar. Solehah turut bertanya khabar Liah isteri Khusairi yang sering
menangis. Khusairi turut memberitahu keadaan Ruhaiza yang sering meraung seperti orang
hilang akal. Ruhaiza yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi telah dipindahkan ke wad biasa.
Apabila Nek Siah menyatakan tentang takdir, Khusairi melenting dan menyalahkan orang
kaya seperti mereka yang mencipta takdir buruk kepada orang lain. Baginya, simpati sahaja
tidak akan mengembalikan maruah anaknya yang telah hilang. Solehah menyuruh Khusairi
bersabar dan berhenti melenting kerana perbuatan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Nek
Siah berjanji tidak akan bersikap lepas tangan. Mungkin wang ringgit tidak akan
mengembalikan maruah Ruhaiza, tetapi dia menjanjikan keselesaan Ruhaiza dalam
mendapatkan rawatan terbaik. Nek Siah akan melawat Ruhaiza keesokan harinya dan
memindahkan Ruhaiza ke wad kelas pertama. Khusairi menolak dengan egonya dengan
mengatakan bahawa keluarga mereka bukan pengemis. Nek Siah terus memujuk Khusairi
untuk membuang egonya demi Ruhaiza. Solehah juga berjanji akan menjaga anak-anak
Saliah di rumah sementara Saliah menjaga Ruhaiza di hospital.

Bab15

Syed Mustafa sudah pulang dan dimaklumkan oleh Anuriza di mana ia berada. Di balai polis
lagi Syed Fariz ditempeleng sehingga terpaksa disabarkan oleh pegawai polis. Syed Fariz
terus dipukul bertubi-tubi oleh bapanya sehingga dia tidak berdaya melawan. Nek Siah
tergamam melihat keganasan Syed Mustafa mengasari anaknya. Sharifah Farisya yang ingin
membantu turut dipukul oleh Syed Mustafa sehingga terperosok ke dinding. Syed Mustafa
yang masih tidak puas hati terus mengambil kerusi untuk membaling kepada syed Fariz tetapi
ditahan oleh Nek Siah. Anuariza dan Solehah tiba di rumah Nek Siah untuk menenangkan
kekalutan yang berlaku. Apabila keadaan mula reda Anuariza terus mendapatkan Syed Fariz
untuk merawat lukanya. Nek Siah menasihati Syed Mustafa bahawa jika dibunuh sekali pun,
tidak akan berubah apa-apa. Azuera yang baru tiba disuruh oleh Nek Siah untuk melihat
keadaan Syarifah Farisya yang juga cedera. Syed Mustafa menyalahkan arwah isterinya yang
terlalu memanjakan anak-anak. Anuariza yang membantu merawat luka Syed Fariz
menasihatinya agar tidak berdendam kepada ayahnya. Menurut Anuariza, Syed Mustafa tetap
sayang kepada Syed Fariz sehingga sanggup menjaminnya keluar daripada lokap polis.
Anuariza mengingatkan Syed Fariz tentang pengorbanan ayahnya mencari rezeki demi
keselesaan anak-anak. Perbuatan jahat bukanlah cara untuk mendapatkan perhatian ayah
malah lebih memburukkan keadaan. Syed Fariz mula termakan nasihat Anuariza. Keadaan di
rumah tidaklah seteruk layanan yang diterima di dalam lokap. Dia merasa pilu
mengenangkan arwah ibunya. Anuariza turut menceritakan kepayahannya dalam menuntut
ilmu dan kecemerlangan mereka dua beradik dalam pelajaran. Tuk Syedlah yang membantu
mereka memasuki sekolah dan Nek Siahlah yang menolong menjaga Azuera ketika Solehah
menoreh getah. Dengan nada gurauan, Anuariza bersedia membelasah Syed Mustafa kerana
dia juga mahir dalam persilatan.

Bab 16

Syed Mustafa sudah boleh berfikir dengan tenang atas nasihat Nek Siah. Suasana hutan yang
damai itu membolehkan Syed Mustafa berfikir secara rasional. Syed Mustafa mengikut
Anuariza menjerat burung uak-uak. Semasa muda, Syed Mustafa menggunakan jala untuk
menangkap burung uak-uak. Tangkapan mereka berhasil pada hari itu. Anuariza
menceritakan bahawa dia sering menjual tangkapannya kepada Ah Chong yang membeli uak-
uak dengan harga yang mahal. Sementara itu, mereka berbincang tentang penyelesaian
terhadap masalah Syed Fariz. Anuariza memberikan pandangannya yang menyatakan bahawa
Syed Fariz berdendam dengan ayahnya kerana pulang lewat ketika ibunya meninggal dunia.
Syed Mustafa menceritakan sebab dia lewat pulang. Ketika tu dia terperangkap di Jepun.
Anuariza juga menceritakan bahawa Syed Fariz sudah mengetahui hubungan sulit ayahnya
dengan perempuan lain sedangkan ketika itu, ibunya sedang sakit tenat. Syed Mustafa
memuji kecekalan Anuariza dan mencadangkan agar Anuariza menjual sahaja lukisan-
lukisannya di Kuala Lumpur. Anuariza memberitahu bahawa Solehah tidak mahu Anuariza
menjadi pelukis kerana sejarah ayahnya yang juga seorang pelukis. Solehah kesal bukan
kerana Anuariza menyusahkannya, tetapi kerana Anuariza hidup susah di bawah jagaannya.
Anuariza menyatakan bahawa Syed Fariz dan Syarifah Farisya begitu beruntung kerana
hidup senang lenang tidak sepertinya.

Bab 17

Syed Mustafa agak ragu-ragu untuk ke rumah Khusairi kerana malu perbuatan Syed Fariz
yang telah dituduh merogol Ruhaiza. Syed Mustafa telah meminta maaf atas kesalahan
anaknya. Syed Mustafa mahu membantu apa-apa sahaja yang boleh selagi termampu. Dia
mengaku bahawa semua itu berpunca daripada kesilapannya yang gagal mendidik anak anak.
Syed Mustafa merupakan teman sepermainan ketika mereka kecil. Syed Mustafa memberi
cadangan untuk menghantar Ruhaiza ke asrama. Syed Fariz telah dibebaskan dengan jaminan
polis. Pada mulanya, Khusyairi dan Saliah pada mulanya amat marah. Pihak doktor, juga
menambahkan kecelaruan di fikiran mereka. Kata doktor, Ruhaiza telah mendapat tekanan
mental dan psikologi. Setelah Ruhaiza sedikit pulih dan dua orang pegawai polis datang
mengambil keterangan.

Bab 18

Syed Mustafa mengikut Anuariza ke kebunnya yang dipanggil Taman Fantasi. Dari luar,
kawasan seluas lebih 10 kaki persegi yang dipagari buluh-buluh terbelah. Di situ terdapat
pelbagai jenis sayur-sayuran kampong dan pokok anggur dan buah pitaya. Syed Mustafa
teruja apabila melihat buah pitaya ataupun buah mata naga. Menurut Anuariza, pokok anggur
itu jenis Isabella dan berasal dari Amerika Syarikat. Dia dihadiahkan benih itu ketika
melawat MARDI. Geran tanah Allahyarham Syed Ubaidillah sudah dibaca pejabat tanah.
Anuariza mahu mengkomersialkan kebun anggur dan pokok naga menjadi sebuah pusat
pelancongan. Sebuah taman mini burung, tempat pemeliharaan burung-burung hutan. Burung
uak-uak, ayam kampung, ayam, burung puyuh boleh dibeli dengan harga murah dan sebuah
restoran masakan ala kampung yang menyediakan ikan air tawar yang diternak di dalam
kolam dan di boleh di pancing sendiri. Galeri lukisan juga akan didirikan di sebelah taman
fantasi dan boleh dibeli jika suka.

Bab 19

Nek Siah berbincang dengan Syed Mustafa tentang impiannya untuk mencari pengganti
Jumaimah. Syed Mustafa menyatakan bahawa dia sudah serik kerana mengabaikan Jumaimh
ketika hayatnya. Dia berpendapat wanita muda banyak kemahuannya sehingga anak-anaknya
berdendam. Dia ingin menebus kesilapan yang lalu. Nek Siah cuba berkias dengan
menyatakan bahawa perempuan yang sebaya anaknya akan menyebabkannya lupa diri. Syed
Mustafa sedar bahawa dirinya sudah berusia dan bukan lagi bergelar pegawai tinggi kerajaan.
Nek Siah menyuruh Syed Mustafa mencari pengganti dalam kalangan orang kampung juga.
Tiba-tiba Solehah muncul dan memberi salam. Nek Siah segera mengalih perbualan untuk
mengelakkan hal itu diketahui Solehah. Solehah memberitahu bahawa dia menghantar
hidangan tengah hari termasuk burung Uak-Uak goreng pedas, ikan tilapia masak lemak cili
padi, pucuk ubi rebus, sambal petai udang kertas dan pekasam .Syed Mustafa mendengar
dengan begitu berselera.

Bab 20

Keluarga Syed Fariz berkunjung ke rumah Khusyairi untuk melawat Ruhaiza. Ruhaiza sudah
kembali ceria walaupun kelihatan kurus dan pucat. Saliah memberitahu bahawa mereka akan
mengadakan kenduri kesyukuran. Nek Siah mencadangkan agar mereka mengadakan kenduri
itu bersama-sama. Syed Mustafa terkenang zaman mudanya dahulu iaitu ketika dia,
Khusyairi dan Tamrin bersahabat. Mereka mengaji Al-Quran di rumah Lebai Mamat. Setelah
tamat persekolahan, Khusyairi menyertai Angkatan Tentera Darat keluarganya meminang
Saliah tanpa pengetahuannya. Dia mengetahui bahawa Syed Mustafa dan Saliah Saling
mencintai. Namun begitu, Khusairi tidak dapat berbuat apa-apa kerana akan melemparkan aib
kepada kedua-dua keluarga. Setelah kecewa, Syed Mustafa tidak pulang beberapa tahun
sehingga bertahun sehingga bertemu Jumimah. Syed Mustafa bertanya kepada Ruhaiza sama
ada dia mahu bertukar sekolah tetapi Ruhaiza enggan. Ruhaiza terkenang kembali peristiwa
dia diperdaya oleh Hazrul Naim. Syed Fariz memperlakukan dirinya seperti binatang buas
sambil disaksikan oleh rakan-rakannya.

Bab 21

Hasrat memperisterikan Solehah telah disampaikan melalui Nek Siah, namun Solehah
menjadi bingung. Solehah menganggap isu berkenaan sensitif dan memalukan. Dia langsung
tidak terfikir untuk berkahwin semula kerana perkahwinannya dengan Tamrin merupakan
kenangan terindah dalam kehidupannya. Dia bimbang

Anda mungkin juga menyukai