Anda di halaman 1dari 1

ULASAN USRAH 10/4/2020

Berdasarkan perkongsian oleh Dr Jefriden di Facebook yang bertajuk selagi ada


kesempatan, saya dapat menyimpulkan beberapa perkara. Antaranya beliau ada menyentuh
mengenai perniagaan yang boleh menyelamatkan kita semua dari azab api neraka yang
disebut oleh Allah di dalam Al-Quran iaitu beriman dengan Allah dan rasulNya, dan berjihad
dengan harta dan jiwa kita. Melalui ketaatan ini, dosa-dosa akan diampunkan dan
dimasukkan ke syurga. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat dua nikmat yang kita
selalu lupakan iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Allah telah mengurniakan
masa yang cukup, adil dan sama terhadap hamba-hambanya iaitu 24 jam, namun sejauh
manakah kita memanfaatkan masa tersebut. Apabila saya membuat refleksi dan
muhasabah diri, ternyata saya selalu terleka dan kadangkala lupa akan nikmat-nimat Allah
ini. Saya banyak membuang masa yang sepatutnya masa-masa itu saya isi dengan perkara-
perkara yang berfaedah dan boleh mendekatkan diri dengan Allah. Dr Jefriden juga
membacakan surah Al-Asr yang mengingatkan kita mengenai masa.

Selain itu, beliau menyentuh tentang kematian, sedekah dan Al-Quran sebagai
pembela kita semasa di alam barzakh. Kita perlulah memanfaatkan peluang-peluang yang
telah diberi Allah selagi kita hidup. Apabila ajal sudah sampai, sudah terlambat untuk kita
menyedari segala dosa yang dilakukan. Beliau menyebut bagaimana apabila kita sudah
mati, betapa orang-orang yang melakukan dosa ingin kembali kedunia. Secara
keseluruhannya, melalui perkongsian beliau, saya akan bermuhasabah diri dimana selagi
ada kesempatan dan peluang yang diberi oleh Allah, saya akan cuba manfaatkannya.
Antara saranan beliau adalah dengan meluangkan masa bersama keluarga dan bertadarus
bersama. Al-Quran perlulah sentiasa dijaga sehingga hari Qiamat dan selalu selawat ke atas
nabi. Akhir kata, saya amat bersyukur kerana selalu diingatkan oleh Allah melalui rakan-
rakan dan pensyarah mengenai akhirat.

Anda mungkin juga menyukai