Anda di halaman 1dari 4

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekelian alam yang Maha Mendengar dan Maha
Mengetahui segala-galanya kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan
kerja khusus Pengajian Islam yang ditugaskan. Selawat serta salam keatas junjungan
besar nabi Muhammad s.a.w, penghulu sekelian nabi dan rasul, pembawa cahaya hidayah
yang menerangi kegelapan jahiliah , kekufuran dan kesesatan. Selawat serta salam juga
keatas keluarga dan sahabat-sahabat beliau dan para ulama’ yang menyambung usaha
baginda untuk melebarkan dakwah islamiah.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
ustazah,ibu dan bapa saya serta sahabat handai saya yang banyak memberi tunjuk ajar,
pandangan, teguran dan kerja sama bagi menjayakan kerja khusus ini.Terutama sekali
kepada ustazah saya, Ustazah Zainab bt Ismail atas nasihat ikhlas beliau dan tunjuk ajar
yang berterusan kepada saya. Begitu juga kepada rakan sekuliah yang sentiasa memberi
semangat dan bantuan kepada saya.

Semoga segala usaha yang saya lakukan untuk menyiapkan kerja khusus ini mendapat
rahmat dan petunjuk dari Allah s.w.t.
PENDAHULUAN

Islam adalah sistem hidup yang lengkap dan sempurna. Ia merupakan


“way of life” yang mengaturcara hidup manusia di muka bumi yang termaktub di
dalamnya penyelesaian bagi segala masalah yang timbul. Allah telah menurunkan kitab
suciNya,al-quran sebagai panduan untuk kita.
Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang dijadikan lengkap dengan akal fikiran
supaya dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil. Allah mengurniakan
kepada manusia mata dan pendengaran supaya manusia dapat melihat jalan yang lurus,
mendengar percakapan yang baik dan meninggalkan percakapan yang buruk. Ia
merupakan nikmat yang amat besar yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Akan
tetapi ramai manusia pada hari ini menggunakan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh
Allah kepada mereka untuk melakukan maksiat dan memuaskan hawa nafsu mereka
sahaja.
Akibat kelalaian manusia inilah yang menjadikan seseorang itu terjebak dengan dadah.
Dadah memang sudah dikenali umum kerana ianya bukan merupakan suatu perkara yang
baru tetapi telah lama wujud. Dadah boleh merosakkan individu, keluarga, masyarakat
dan seterusnya boleh mengancam keselamatan negara.Pada masa kini, penyalahgunaan
dadah telah melibatkan semua golongan terutamanya golongan belia. Kalau dahulunya
hanya terdapat candu mentah, akan tetapi pada masa kini telah ada pelbagai jenis candu
dan dadah yang diproses mengikut kaedah saintifik.
Dapat disimpulkan di sini bahawa dadah melibatkan semua golongan, samaada pelajar
atau pekerja, muda atau tua, kaya atau miskin yang disebabkan oleh beberapa faktor
seperti kejahilan masalah kewangan, dorongan kawan-kawan dan sebagainya.
Konsep Ibadah

Berkata ulamak;
Pengertian ibadah 
1. Pengabadian :
        (i)  Hubungan kepada Allah - secara lansung.
        (ii) Hubungan sesama insan - ibubapa, jiran, kawan - bertolak ansur.
2. Dengan niat iklas.
3. Kesannya ketenangan jiwa.
4. Jumlah pahala mengikut banyaknya ibadah - tambah dengan yang sunat.

Tanda-tanda ibadah diterima


1. Jiwa tenteram.
2. Jarang sakit.
3. Barang/harta miliki jarang/tidak selalu rosak.

Beribadah yang baik dengan kelakuan


1. Ikhlas.
2. Jauhkan diri daripada bermaksiat dan dosa.
3. Elakkan diri makan hasil dari pendapatan yang haram.

Amalan bagi menghapuskan dosa


1. Selalu berwuduk.
2. Selalu berjamaah.
3. Menuggu solat.

Akhlak Muslim
1. Cinta kepada Allah
2. Curiga takut daripada membuat maksiat.
3. Keinginan/kesanggupan tinggi sentiasa hendak lagi beridadah.
4. Tenang.
5. Khusuk.
6. Tawaduk.

Anda mungkin juga menyukai