Anda di halaman 1dari 24

PEDAGOGI (TOPIK 3):

PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH PENGAJARAN DAN


KEMAHIRAN MENGAJAR

Panel Penggubal Modul Kursus Induksi Guru COS

Pn Che Harithun Abdullah


Dr Nor ’Azah Ahmad Safran
Dr Noor Haslinda Hj Shuib

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
PEDAGOGI
Sub Topik 3.3:
Kemahiran Mengajar

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
3.1 KEMAHIRAN MENGAJAR

Hasrat Pembelajaran :
1. Saya belajar jenis-jenis kemahiran mengajar yang baik yang perlu ada pada
seorang guru

Kriteria Kejayaan:
1. Saya dapat menerangkan jenis-jenis kemahiran mengajar yang baik yang
perlu ada pada seorang guru
2. Saya dapat mengaplikasi jenis-jenis kemahiran mengajar yang bersesuaian
untuk pembelajaran berkesan.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Pengenalan:

Topik 3.3 ini membincangkan tentang komponen kemahiran


mengajar. Setelah mendapat pendedahan berkaitan pendekatan,
teknik dan kaedah pengajaran serta kepentingan
mengaplikasikan elemen pedagogi kontemporari, maka
guru-guru sewajarnya perlu melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran mengajar.

Guru-guru seharusnya bijak untuk membuat pilihan mengikut


kesesuaian ciri-ciri dan elemen setiap komponen kemahiran
mengajar bagi menghasilkan satu pengajaran yang berkesan.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Komponen Kemahiran Mengajar

1. Kemahiran Set Induksi


2. Kemahiran Penggunaan Papan Tulis
3. Kemahiran Variasi Rangsangan
4. Kemahiran Penyoalan
5. Kemahiran Peneguhan/ Pengukuhan
6. Kemahiran Penerangan/ Ilustrasi/ Contoh
7. Kemahiran Penggunaan Bahan Sumber
8. Kemahiran Penutup

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
1. Kemahiran Set Induksi

Set bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan


sebarang idea, pendekatan, teknik, proses, aktiviti dan
sumber bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia
menghadapi pelajaran.
Menggunakan pelbagai idea, pendekatan, kaedah, teknik
dan aktiviti yang sesuai untuk menyampaikan set
induksi atau pemulaan PdP seperti teknik penyoalan,
alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
4 Komponen penting dalam pelaksanaan Set Induksi:

a. Menarik perhatian spt b. Boleh menggunakan


gunaintonasi suara yg alat audio visual
menarik, gaya
pergerakan dan a
sebagainya b

. d c. Boleh motivasi
d. Mahir membuat
perkaitan antara isi pelajar seperti
pelajaran dgn
c guna teknik soal
pengetahuan sedia ada jawb, bahan
dan pengetahuan lepas menarik dan unsur
suspen

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
2. Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Papan tulis digunakan semasa proses pengajaran dan


pembelajaran bagi memudahkan guru menerangkan
kepada murid supaya murid lebih mudah memahami dan
mengingat konsep dalam isi kandungan sesuatu mata
pelajaran.
Guru perlu merancang penggunaanya dengan teliti
supaya hasil yang dipamerkan di papan tulis tersusun
dan jelas serta membantu pembelajaran murid.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Ciri-ciri Penggunaan Papan Tulis:

a. Kejelasan b. Cara Penulisan

▪ Saiz tulisan yang sesuai ▪ Menulis dari kiri ke kanan

▪ Tulisan kemas dan ditulis


a ▪ Tajuk ditulis di bahagian
lurus b atas

▪ Rajah/gambar dilukis ▪ Maklumat seperti tarikh,


dengan jelas hari dan maklumat penting
ditulis di sebelah kanan
d
d. Penekanan
c c. Susunan
▪ Pembahagian ruang yang
▪ Penggunaan pelbagai sesuai
jenis dan warna alat
tulis supaya lebih ▪ Dapat dilihat dari seluruh
menarik kelas

▪ Perbandingan aktiviti ▪ Bahan pengajaran diatur


yang mengujakan sekitar tajuk/idea penting

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
3. Kemahiran Variasi Rangsangan

Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik


penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat
pelajar dalam aktiviti pengajarannya.
Meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru,
mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar,
menukar corak interaksi antara guru dan pelajar
Dilakukan dengan cara menukarkan tumpuan deria murid
Perubahan perlu lancar dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan:

Perubahan fokus deria pelajar


Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru
Perubahan pergerakan langkah guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan
Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang ABM
dan depan semasa mengajar. Ia perlu Perubahan pola interaksi.
dilakukan secara perlahan supaya tidak Mempelbagai pola interaksi guru dan pelajar
mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak. ▪ Guru dengan kumpulan
Perubahan pergerakan anggota guru. ▪ Guru dengan murid
Guru juga boleh menggunakan bahagian ▪ Guru dengan bahan
anggota badan yang baru contohnya tangan ▪ Murid dengan murid
untuk menegaskan penerangan dan ▪ Murid dengan bahan
penyampaian. Perubahan bentuk penglibatan pelajar
Perubahan nada suara guru. Mempelbagai penglibatan verbal dan fizikal
Guru tidak hanya menggunakan suara yang pelajar seperti aktiviti soal jawab,
mendatar tetapi perlu mengubah nada suara pembentangan, bercerita, berlakon dan
mengikut kepentingan bahan pengajaran. sebagainya.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
4. Kemahiran Penyoalan

❖ Penggunaan kemahiran penyoalan secara sistematik


adalah penting untuk penyiasatan interaktif dalam
mana-mana mata pelajaran.
❖ Kemahiran penyoalan dalam bilik darjah perlu
dinilai dan dianalisis kerana kemahiran penyoalan
adalah tingkah laku guru yang penting.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
C1-Mengingat
Jenis-jenis soalan

C2-Memahami

C3-Mengaplikasi
Taksonomi Bloom
C4-Menganalisis
Aras rendah / Aras tinggi
C5-Menilai
Divergen / Konvergen
C6-Mereka cipta
Tertutup / Terbuka

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
5. Kemahiran Peneguhan/ Pengukuhan

❑ Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan


apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau
menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran.
❑ Guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah
laku tersebut.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Bentuk Peneguhan

• Membuat peneguhan dan pengukuhan yang


Bersesuaian bersesuaian dengan isi pengajaran yang
membuat pelajar lebih faham

Berkaitan • Hendaklah dikaitkan dengan isi kandungan


yang selari dengan objektif pelajaran

Pengetahuan • Mestilah bertujuan untuk bantu pelajar


Sedia ada mamahami isi kandungan dengan lebih baik

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
6. Kemahiran Penerangan/ Ilustrasi/ Contoh

Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi


kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat
perkembangan.

Guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi


pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber
pelajaran guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu
isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber
pelajaran.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Kemahiran Penerangan/ Ilustrasi/ Contoh ada 4 komponen
utama iaitu:

Komponen aras permulaan (permulaan penerangan)


Komponen kemahiran ilustrasi
Komponen pemeringkatan atau penyusunan idea
Komponen penutup atau kesimpulan.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
7. Kemahiran Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
(BBM)
Prinsip Penggunaan BBM:
Kesesuaian
Menepati
Hendaklah sesuai dengan
perkara berikut : Ketepatan bahan pengajaran
berdasarkan ciri berikut:
- Objektif PdP - Menepati kandungan kurikulum
- Pendekatan, kaedah dan - Mengandungi maklumat atau
teknik pengajaran fakta yang tepat
- Isi kandungan mata - Maklumat yang kemaskini
pelajaran - Sesuai dengan kemampuan dan
- Suasana pembelajaran kehendak pelajar
- Kategori, jenis, warna - Susunan bahan teratur
- Perbendaharaan kata yang
sesuai
Praktikal - Bahan pengajaran yang
- Praktikal pada guru dan pelajar diperakui
- Sederhana dan mudah digunakan
- Tahan lasak
- Bersifat kontekstual
Institut Pendidikan Guru
Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Prinsip Penggunaan BBM:

Menarik dan jelas


- Arahan yang jelas
- Reka letak grafik berserta
maklumat yg jelas
- Saiz huruf sesuai ikut peringkat
perkembangan pelajar
- Ilustrasi dan bhn grafik menarik
- Kualiti bahan baik, kemas dan
menarik

Mencabar
- Mencetuskan idea
- Menggerakkan aktiviti
- Menjadi bhn soal jawab
- Menjadi bhn perbincangan
- Menimbulkan rasa ingin tahu

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
8. Kemahiran Penutup

❑ Merangkumi aktiviti membuat rumusan atau


kesimpulan bertujuan mengukuhkan konsep dan
kemahiran yang telah diperkenalkan oleh guru spy
wujud perasaan pencapaian dalam kalangan
pelajar.

❑ Dilaksanakan di bahagian akhir PdP

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Kemahiran penutup yang baik terbentuk dengan mengmbil kira elemen
di bawah:

Dilaksanakan di akhir pelajaran


Kukuhkan konsep dan kemahiran
Aktiviti susulan
Nilai pencapaian objektif
Terapkan nilai-nilai murni.

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Untuk maklumat lanjut berkaitan kemahiran mengajar, sila
rujuk bahan berikut:

https://online.fliphtml5.com/ubukn/efqc/#p=1

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
Rangkakan pelaksanaan suatu sesi pengajaran dengan
menggunakan beberapa pilihan komponen kemahiran
mengajar yang bersesuaian dalam usaha untuk
merealisasikan hasrat kemenjadian murid.

Justifikasikan kesesuaian pilihan dan jawapan anda !

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia
TERIMA KASIH

Institut Pendidikan Guru


Induksi Guru Contract of Service (COS) Malaysia

Anda mungkin juga menyukai