Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia.


Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan
dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri.
Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis
Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu
membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan
orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu
adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis
tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi
kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah :

I. Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan
masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
‫ وهللا بما تعملون خبير‬.‫يرفع هللا الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت‬
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"
II. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, sama ada
ibadah umum atau khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah allah
dimuka bumi dengan sebaiknya.

III. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu
bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya

IV. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi
benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang
dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam
perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.
PEMBAHAGIAN ILMU

Ilmu boleh dibahagikan kepada dua iaitu ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Ilmu
Fardhu Ain terbahagi kepada tiga iaitu :

FARDHU AIN
1) Tauhid (ilmu ketuhanan)

 Ilmu yang mengkaji berkaitan akidah dan keimanan seperti sifat-sifat wajib
dan mustahil bagi Allah SWT, mengenal malaikat serta sifat dan asal
kejadiannya dan sebagainya.
 Ilmu untuk memelihara iman daripada rosak tanpa kita sedari.

2) Fikah (ilmu ibadah)

 Ilmu untuk mengetahui berkaitan ibadah seperti solat, puasa, tayammum dan
sebagainya agar ibadah yang dikerjakan diterima Allah SWT.
 Mengetahui perkara berkaitan dengan urusan jual beli menurut islam agar
terhalang dari perkara – perkara yang diharamkan seperti riba, menipu dan
sebagainya.

3) Tasawwuf (ilmu akhlak)

 Ilmu berkaitan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan mazmumah (tercela)


disamping adab-adab kelakuan dan perbuatan kita dalam kehidupan
seharian.

FARDHU KIFAYAH
Suatu ilmu yang umum dan ditujukan kepada orang ramai dan amatlah diperlukan
untuk manfaat dan kegunaan umat islam. Sebagai contoh ilmu perniagaan, ilmu kedoktoran,
ilmu perguruan, pertukangan, pertanian, penternakan, dan sebagainya. Apabila sebagian
dari mereka telah mengerjakannya, maka terlepas dari kewajiban itu. tetapi jika tidak ad
seorangpun yang mengerjakannya, maka mereka semua berdosa.
SUMBER ILMU PENGETAHUAN

Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu,


pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

Wahyu
Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah SWT kepada seorang hambanya secara sulit
dan rahsia. Ia merupakan pengetahuan yang bersumber dari tuhan melalui hambanya yang
terpilih berlainan dari apa yang dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu
merupakan sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan kepada manusia
sama ada ianya melalui Nabi Muhammad SAW atau melalui nabi-nabi yang terdahulu. Ianya
merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-quran terkandung pelbagai jenis
ilmu pengetahuan yang amat diperlukan manusia untuk kemasalahan hidup. Selain itu,
agama juga mencakupi masalah-masalah yang bersifat trasendental seperti latar belakang
penciptaan manusia dan hari kemudian di akhirat kelak.

Pancaindera
Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria rasa
merupakan sumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia untuk
berinteraksi dengan alam sekeliling dengan mudah dan betul. Kelima-lima pancaindera ini
merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa percubaan
dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran yang diperolehi tidak
semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di dalam keadaan tertentu gagal
memberikan gambaran atau penglihatan misalnya matahari yang kelihatan kecil oleh mata
sedangkan kenyataannya yang sebenar adalah sebaliknya.

Akal
Akal merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara manusia
dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia berpunca dari
pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat menimbang dan
membezakan antara yang baik dan buruk, walaupun ianya mungkin tidak bersifat kebenaran
secara mutlak namun memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian.
Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin kedua-
dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada
pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut
seruan serta galakan daripada Allah s.w.t agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling
mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.
Intuisi atau Ilham
Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat berguna.
Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses pemikiran yang
tertentu. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai masalah dan sedang menumpukan
pemikirannya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba mendapat jalan
penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang sendiri.
Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun pandangan bashirah
(tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Rujukan*

https://www.trendilmu.com/2015/12/sumber.ilmu.pengetahuan.html

Anda mungkin juga menyukai