Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan kepada jadual tersebut menunjukkan dengan jelas peningkatan

masalah tingkah laku berlaku walaupun diberikan intervensi. Hal ini berlaku
kerana kurangnya pengetahuan atau kemahiran guru dalam melaksanakan
intervensi. Ini dibuktikan dengan kajian Noor Aini Ahmad dan Norhafizah Abu
Hanifah yang membuktikan guru masih tidak mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam mengurus tingkah laku murid berkeperluan khas. Ini akan
menyebabkan tingkah laku murid tersebut tidak dapat dibendung dan
sekaligus memberi impak kepada gangguan waktu pengajaran dan
pembelajaran. Pada pendapat saya, guru terlebih dahulu mesti mempunyai
pengetahuan punca atau faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku itu
berlaku. Kemudian, guru dikehendaki untuk merancang terlebih dahulu cara
untuk mengatasi masalah murid berkeperluan khas. Sekiranya, satu
intervensi tersebut tidak sesuai dan tidak berhasil guru hendaklah
menukarkan kepada intervensi yang lain. Semasa melaksanakan intervensi
tersebut guru mestilah menjelaskan menggapa intervensi itu dilakukan
supaya murid memahami dengan jelas. Ini kerana komunikasi yang tidak
berkesan semasa melaksanakan intervensi juga akan menyebabkan
pelaksanaan intervensi tersebut tidak berjaya.

Anda mungkin juga menyukai