Anda di halaman 1dari 8

BUKU

SKRAP
PETANQUE

Nama : Farah Azrin Binti Mustafa


Unit: Pismp Pendidikan Khas 2 Jun 2016
Sejarah Petanque
Dikesan kewujudannya sejak 900sm
apabila satu set bola dan jack ditemui
di makam Mesir Purba di 7000 s. m.
Sukan ini dimainkan oleh Rom dan
Greek.
Belajar bahawa orang-orang Rom
adalah yang pertama untuk bermain
di Marseilles di 2600 pagi yang lalu.
Pada abad ke-17 bangsawan Perancis
menjadikan permainan ini sebagai
permainan bangsawan dan Raja Louis
XIV dari Perancis telah
memperkenalkan permainan untuk 14
mata petanq pengiraan.

Petanque di Malaysia
Sukan ini diperkenalkan di Negara ini pada
tahun 1987 oleh Kementerian Belia dan Sukan
untuk berkhidmat sebagai satu acara suka
untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
Pada pertengahan tahun 1989, YM Profesor
Diraja Ungku Abdul Aziz sebagai presiden
SPACE adalah untuk memperkenalkan sukan
ini kepada Koperasi di Malaysia.
Selepas beberapa bulan diperkenalkan, sukan
Petanque telah dirasmikan sebagai salah satu
acara sukan untuk Negara oleh yang
berhormat Datuk Mohd Najib Tun Razak pada
22 Mac 1990 bertempat di Jalan Padang
Timur, Petaling Jaya.
PERALATAN PETANQUE

Boule (Bola)
Berbentuk bulat diperbuat daripada logam dan berongga
dibahagian dalamnya.
Beratnya antara 650 gram hingga 800 gram
Boule ini mempunyai jenama tertentu, angka penunjuk
berat dan nombor siri tertera padanya.
Boule yang diguna di dalam pertandingan mestilah yang
telah diluluskan oleh antarabangsa (FIPJP) atau
persekutuan petanque kebangsaan (PPM).

JACK
Berbentuk bulat tetapi diperbuat daripada kayu keras
Mempunyai garis pusat antara 25 mm hinga 35 mm
Boleh diwarnakan tetapi warnanya mestilah boleh dilihat
dengan jelas di gelanggang.

Alat Pengukur Jarak


Meliputi alat-alat seperti ‘tape measure’, ‘telescopic
measure’, ‘caliiper’, dan ‘tappet gauge’
Digunakan untuk mengukur jarak boule yang terdekat
dengan kedudukan jack.

Kain atau Tuala Kecil


Digunakan untuk membersihkan boule semasa pertandingan
PERTANDINGAN PETANQUE
DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN
1.0 Peraturan Am

- Pertandingan adalah tertakhluk kepada Undang-undang Am dan Peraturan-peraturan


Karnival Kecergasan KKM yang sedia ada.
- Pertandingan juga adalah tertakhluk kepada Undang-Undang Rasmi Permainan
Petanque (Official Rules of the Game of Petanque) yang ditetapkan oleh Federation
Intersional de Petanque et Jeu Provencal (FIPJP) yang sedia terpakai dan pindaan-
pindaannya yang dilakukan dalam Kongres FIPJP pada tahun 2010 di Izmir, Turkey.
- Sekiranya terdapat perselisishan dari segi pentafsiran undang-undang permainan,
undang-undang dalam bahasa Inggeris akan menjadi rujukan.
- Apa jua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan adalah muktamad
tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Teknikal Karnival dan Jawatankuasa
Pengelola Karnival.

2.0 Penyertaan

- Pernyertaan adalah terbuka kepada semua negeri. Pernyertaan hendaklah dibuat


melalui Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.
- Setiap Kontinjen boleh berdaftar satu (1) pasukan lelaki dan (1) pasukan wanita yang
terdiri daripada:

3.0 Acara Berpasukan

- Setiap pasukan boleh mendaftarkan tujuh (10) orang pemain termasuk dia pemain
simpanan dalam acara berpasukan
- Seorang pemain hanya boleh bermain untuk satu acara sahaja pada setiap perlawanan
- Permainan gantian hanya dibenarkan untuk acara double atau triple sahaja.
- Pemain tidak boleh diganti atau ditukar semasa perlawanan berlangsung tetapi hanya
dibenarkan pada perlawanan berikutnya.

4.0 Acara Individu

- Seorang pemain tidak boleh mengambil bahagian dalam lebih daripada satu acara.
- Hanya bermain yang didaftarkan dalam acara individu sahaja yang layak bermain
dalam acara individu
- Tiada pertukaran pemain dibenarkan selepas pendaftaran acara individu dilakukan
- Pemain tidak boleh diganti atau ditukar semasa perlawanan berlangsung tetapi hanya
dibenarkan pada perlawanan berikutnya.

5.0 Kelayakan Peserta

- Terbuka kepada warga KKM sahaja yang layak didaftarkan untuk menyertai
pertandingan.
- Semua pasukan hendaklah mengemukakan borang pendaftaran peserta.

6.0 Peralatan dan Lesen Bermain

- Boules yang boleh digunakan untuk pertandingan adalah yang telah diiktiraf oleh
FIPJP atau Persekutuan Petanque Malaysia. Peserta yang bermain dengan boules yang
tidak sah akan mengakibatkan keputusannya tidak diiktirafkan.
- Boules yang digunakan untuk pertandingan akan diperiksa oleh Pegawai Teknikal
yang bertugas sebelum atau semasa pertandingan.
- Peralatan seperti bola (boules), jek (jack) dan pita pengukur (measuring tape) tidak
disediakan oleh penganjur dan hendaklah dibawa sendiri oleh pasukan masing-
masing.
CARA PERMAINAN

TARGET PERMAINAN: Melontar bola paling hampir dengan jack


berbanding pasukan lawan.

KOMPOSISI PASUKAN: Permainan petanque boleh dimainkan dengan 3


cara;

PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN: Permainan boleh


dimulakan dengan melambung syiling untuk menentukan pemain atau
pasukan yang akan melontar jack berukuran 25-35 mm (diameter). Sebagai
contoh, pemain pasukan biru menang lambungan syiling dan mereka akan
memulakan permainan.

MEMULAKAN PERMAINAN: Pemain daripada pasukan biru akan


melakar bulatan berukuran (35-50 cm ‘diameter’) di dalam gelanggang.
Pemain akan melontar jack dengan jarak 6-10 meter daripada bulatan itu.
Semasa melontar jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam
bulatan tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain
menyentuh gelanggang.

LONTARAN BOLA PERTAMA: Pasukan biru akan melontar bola pertama


ke arah jack seberapa dekat yang boleh. Pemain pertama daripada pasukan
merah pula masuk ke dalam bulatan untuk membuat lontaran boules ke arah
jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.

Anda mungkin juga menyukai