Anda di halaman 1dari 1

Farah Azrin Binti Mustafa

Soalan: Pengurusan bilik darjah sangat penting dalam memastikan pelaksanaan


pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikan
pendapat anda mengapa sering berlaku guru kurang berjaya dalam mengawal
tingkah laku murid semasa PdP.

Jawapan:

Bilik darjah merupakan medan perjuagan utama seorang guru menjalankan tgas,
peranan dan tanggungjawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak
melaksanakan tugas sekiranya amanah ini diabaikan. Oleh itu, bilik darjah perlu
diurus dengan baik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik
berketerampilan cemerlang. Pada pendapat saya menggapa sering berlaku guru
kurang berjaya dalam mengawal tingkah laku murid semasa PdPc ialah disebabkan
guru tiada pengetahuan dalam menangani dan mengurus tingkah laku murid
berkeperluan khas. Ini dibukti dengan kajian Noor Aini Ahmad dan Norhafizah Abu
Hanifah (2015) yang mendapati 72.3% guru mempunyai tahap pengetahuan dan
kemahiran sederhana berkaitan pengurusan tingkah laku. Hal ini menyebabkan
pengurusan kelas tidak kondusif yang mana proses pengajaran dan pembelajaran
akan terganggu dan kucar kacir. Selain itu, guru juga tidak memainkan peranan
dalam menjalankan peneguhan kepada murid berkeperluan khas. Sekiranya
peneguhan tidak diberikan tingkah laku murid sukar dikawal dengan baik. Ini kerana
tingkah laku bermasalah ini perlu melalui proses modifikasi tingkah laku di mana ia
memerlukan langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi
untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Menurut Mohd
Hanafi Yasin et al., (2016) menjelaskan teori pelaziman operan Skinner
mengkategorikan kepada lima jenis modifikasi tingkah laku iaitu peneguhan positif,
peneguhan negatif, dendaaan, prinsip Prepack dan pelupusan. Di samping itu, faktor
kegagalan guru mengawal tingkah laku murid semasa PdPc juga adalah disebabkan
faktor komunikasi guru yang kurang berkesan. Ini kerana sekiranya guru mempunyai
komunikasi yang berkesan semasa PdPc berlangsung aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dilakukan. Ini disokong oleh
Khairuddin Abdullah (2014) yang menjelaskan bahawa kelemahan guru
berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja boleh menyebabkan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan gagal tetapi turut boleh
menyebabkan pelajar mengalami perasaaan tidak puas hati, kecewa dan
menunjukkan tingkah laku yang negatif. Tuntasnya, untuk mendapatkan pengurusan
bilik darjah yang berkesan guru perlu memastikan suasana bilik darjah yang
kondusif, seronok dan selamat untuk murid berkeperluan khas belajar. Di samping
itu, guru juga perlu mengamalkan komunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai