Anda di halaman 1dari 4

Soalan 7 April 2020

1. Apakah yang anda faham tentang inovasi, berikan pandangan anda bagaimanakah
inovasi boleh berlaku?.

Inovasi adalah pengubahsuaian kepada sesuatu produk supaya ia menjadi lebih


bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta. Inovasi juga
merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang melibatkan
usahawan dalam pembuatan produk.

2. Bincangkan strategi pengajaran pembelajaran yang inovatif di dalam Bilik Darjah.

Pembelajaran berasaskan masalah:

Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan


belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi. Memperkembangkan kemahiran
pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai
disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusiaan terhadap
kemajuan profesionalisme.

Kelebihan Pembelajaran berasaskan masalah Menurut Montgomery (2000), antara


kelebihan utama PBM berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori
konstruktivisme:

 Rangsangan atau simulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk


kognitif pelajar.
 Meningkatkan minat murid atau motivasi pelajar untuk belajar.
 Membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam menyelesaikan
masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar.

Pembelajaran berasaskan projek:

Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran


pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan
asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan. Berbentuk projek ringkas ikut mata
pelajaran dalam tempoh masa 1 hingga 2 minggu. Projek jangka masa panjang (setahun,
merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah). Langkah-lalngkah adalah
seperti di bawah:
Pembelajaran Elektronik (e-learning)

Pembelajaran Elektronik (e-learning):

Pembelajaran menggunakan komputer dan internet, cd rom, televisyen interaktif atau siaran
melalui satelit. Boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang:

Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming


video, power point, audio dan perisian lain dalam pemyampaian pdp. 7 fungsi penting

 pengumuman berdasarkan masa sebenar


 teks
 html
 spread sheet
 video
 pautan luaran
 buku gred
 laman diskusi
 kuiz automati
3. Senaraikan 10 ciri-ciri dan peranan guru inovatif yang anda tahu.

i. Kreatif
ii. Menekuni kurikulum
iii. Daya imaginasi tinggi
iv. Mengenali diri pelajar
v. Pemikiran strategic
vi. Ada unsur kecindan
vii. Mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai