Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM PEMBANGUNAN PELAJAR


ROBOTIK INOVASI UNTUK STEM

Disediakan oleh
Afnizanfaizal Abdullah
Timbalan Pengarah (Inovasi)
Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi
(UTMXCITE)
Universiti Teknologi Malaysia

Usahasama Strategik



1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan program pembangunan pelajar di dalam
pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) melalui pertandingan robotik
inovasi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

2.0 LATARBELAKANG
Generasi masakini, terutamanya pelajar-pelajar sekolah, telah didedahkan dengan penggunaan
teknologi maklumat di dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana generasi ini lebih mudah
menerima pengajaran melalui teknologi. Sehubungan itu, usaha menggalakkan teknik pengajaran
alaf ke-21 amat diperlukan. Melalui teknik ini, modul pengajaran juga perlu diperbaharui, dengan
meletakkan elemen inovasi dan pembelajaran merentasi matapelajaran supaya pelajar-pelajar
dapat memanafaatkan penggunaak teknologi pengajaran tersebut. Modul pengajaran juga perlu
ditambahbaik dengan aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar terutama melalui pembelajaran
berasaskan masalah (problem-based learning) yang mengenengahkan kemahiran pemikiran aras
tinggi.

Bermula awal tahun 2017, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan kerjasama institusi
pengajian tinggi dan agensi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), telah mengorak
langkah dalam menjayakan hasrat untuk memperkenalkan konsep pembelajaran ini melalui
gagasan MyDigital Maker Movement. Secara umumnya, gagasan ini mensasarkan penglibatan
pelajar-pelajar di dalam aktiviti-aktivit penyelesaian masalah menggunakan teknologi maklumat
melalui teknik pemikiran komputasional. Untuk usaha ini, UTM telah dilantik sebagai pusat
pembangunan program, dengan tanggungjawab untuk menyantuni guru- guru dan pelajar-pelajar
sekolah di dalam memperkasakan kemahiran pemikiran komputasional di dalam matapelajaran-
matapelajaran yang diajar di sekolah.

Sejajar dengan pendekatan tersebut, pendekatan STEM disasarkan untuk membantu permahaman
dan penerimaan pelajar-pelajar di dalam pembelajaran. Sehubungan itu, pihak UTM amat berbesar
hati untuk menawarkan kepakaran di dalam bidang robotik dan pengaturcaraan komputer, di mana
pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pendekatan STEM melalui program kami. Pihak UTM


1




mencadangkan program pembangunan pelajar melalui pertandingan robotik inovasi yang akan
melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di dalam program ini, pihak UTM akan
bertanggungjawab di dalam melatih tenaga pengajar di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang di
dalam bidang robotik dan pengaturcaraan komputer. Modul pengajaran tersebut akan diberikan
untuk panduan kepada pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana tenaga pengajar akan membantu
di dalam membangunkan bakat pelajar-pelajar di dalam robotik dan pengaturcaraan. Kemuncak
program ini adalah penglibatan pelajar-pelajar di dalam pertandingan robotik inovasi anjuran UTM
yang akan membantu pelajar-pelajar tersebut di dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, kerja
dalam kumpulan dan kepimpinan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Sasaran kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan program pembangunan pelajar dalam daerah
Pasir Gudang di dalam STEM melalui pertandingan robotik inovasi. Objektif cadangan adalah
seperti berikut:

3.1 Untuk mendedahkan pendekatan pembelajaran STEM kepada pelajar-pelajar melalui


pengenalan kepada kemahiran pembangunan robotik dan pengaturcaraan;
3.2 Untuk menerapkan kemahiran pembelajaran STEM di kalangan pelajar- pelajar melalui
aktiviti-aktiviti pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan teknologi
robotik dan pengaturcaraan;
3.3 Untuk menyantuni pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di dalam persediaan
pengajaran matapelajaran pengaturcaraan (coding) yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia


2




4.0 CADANGAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Cadangan pembangunan pelajar adalah seperti berikut:
4.1 Menyediakan program pembangunan pelajar dalam bentuk kursus pendek kepada tenaga
pengajar di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang;
4.2 Membangunkan, menyediakan, dan melaksanakan pengisian pembelajaran STEM melalui
teknologi pengajaran, terutama untuk Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
yang menekankan kepada pembelajaran alaf ke-21;
4.3 Menyantuni pihak guru-guru di sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang di dalam persediaan
memperkenalkan kaedah pembelajaran yang baru seperti pemikiran komputasional untuk
pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah, matapelajaran Asas Sains Komputer (peringkat
sekolah menengah bawah) dan matapelajaran Sains Komputer (peringkat sekolah
menengah atas)
4.4 Membantu di dalam menyediakan pelajar-pelajar di dalam menyertai program-program
pembangunan pelajar di bawah gagasan MyDigital Maker Movement anjuran UTM dan
MDEC.

5.0 MANFAAT KEPADA PELAJAR


Cadangan ini dilihat dapat memberi manfaat kepada pelajar seperti berikut:
5.1 Sebagai platform kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri di dalam aktiviti- aktiviti
pembangunan pembelajaran STEM;
5.2 Membantu pelajar-pelajar di dalam menerokai teknologi-teknologi baru seperti
pembangunan robotik dan pengaturcaraan;
5.3 Menyantuni guru-guru di sekolah-sekolah daerah Muar di dalam persediaan kepada
pembelajaran alaf ke-21 melalui penggunaan teknologi pembelajaran yang baru

6.0 MANFAAT JANGKA PANJANG


Cadangan ini dilihat dapat memberi manfaat jangkamasa panjang kepada Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) Pasir Gudang melalui usaha pembangunan model pengajaran STEM kepada sekolah-
sekolah di daerah lain.


3




7.0 PENUTUP
Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Gudang dapat
mempertimbangkan cadangan penubuhan pusat ini.

Anda mungkin juga menyukai