Anda di halaman 1dari 2

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara

Cuba kita fikir sejenak, zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika
Syarikat, Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya
juga dihambat kemiskinan. Seterusnya, hakikat tidak pernah berdusta, apabila
mengangkat Rasulullah sebagai rollmodel dan contoh tauladan kerana semasa zaman
remaja baginda, keunikan dalam gerak kerja dan tindakan, sifat dalaman dan penampilan
telah pun mewarnai diri Rasulullah....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang
sentiasa berasimilasi dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan
randiknya, warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan
Negara.

Asslammualaikum w.t.w dan salam perjuangan di bumi Tuhan.

Remaja Berwawasan Aspirasi Negara, begitulah indahnya mauduk pidato yang bakal
menitip di bibir saya. Namun, sebelum ledakan hujah menghujani sesisi dewan, mohon
izin untuk melakukan dua bentuk pendefinisian terhadap mauduk pidato saya iaitu secara
literal mahupun secara leksikal. Remaja, menurut kamus dewan edisi keempat yang
merujuk kepada seseorang yang sudah akhil baligh. Sementara itu, berwawasan pula
merupakan suatu yang bermatlamat untuk mencapai cita-cita. Aspirasi merupakan suatu
bentuk keinginan dan Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki suatu
kawasan yang diperintah oleh sesebuah kerajaan. Oleh itu, secara generalisasinya,
remaja masa kini yang bakal menerajui Negara pada masa akan datang dengan cirri-ciri
kepimpinan dan kewibawaan yang lengkap serta mantap demi mencapai misi dan visi
Negara untuk menjadi Negara maju selaras dalam wawasan 2020.

Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang pertama, di bawah lembayung kata “Remaja berintelek, penjana
wawasan Negara”. Hari ini, kita melihat, kebijaksanan dan ilmu merupakan perencah
untuk mencapai matlamat Negara. Kita perlu sedar, kita memerlukan resepi kepintaran
yang wujud di dalam diri remaja untuk menjadi acuan ke arah Negara maju. Hari ini,
bersaksikan warga dewan sekalian, beberapa nama sudah berpuing-puing dalam pusaran
Negara . Lihat sahaja keutuhan pemimpin kita yang begitu gigih menjulang sebelum
diangkat menjadi pemimpin Negara. Betullah apa yang pernah dikatakan oleh Tun Dr.
Mahathir Muhamad “jika ingin menjulang api kemajuan, nyalakan ilmu sebelum berjuang”.

Sidang dewan yang dikasihi sekalian,

“Remaja berkaliber, peneraju pemimpin Negara”, menjadi kata kunci saya yang kedua.
Tokoh-tokoh besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Uthaman bin Affan, Usamah bin
Zaid dan Umar bin Abd Aziz adalah sebahagian generasi remaja islam yang memiliki
semangat kepimpinan yang tinggi. Kaliber dan karisma kepimpinan terus mencetuskan
kegemilangan apabila konstantinopel Berjaya dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh
semasa usianya masih 20-an. Sedarilah, sekiranya remaja mempunyai sikap kepimpinan
yang tinggi, Negara pun turut menjadi lebih bervisi.

Sidang dewan yang penuh santun,

Indikator saya yang ketiga di bawah kata kunci “Kekuatan fizikal dan mental remaja,
menjana Negara maju”. Akademik yang cemerlang tidak akan berguna sekiranya tidak
disepadukan dengan kesihatan fizikal dan mental remaja. Pada era globalisasi yang penuh
kompetitif ini, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja agar
dapat “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan remaja di Negara maju. Oleh
itu, sememangnya remaja yang meyatupadukan kekuatan ini terus menaikkan nama
Negara di seantero dunia. Lihat sahaja kelincahan dan ketangkasan ahli-ahli sukan
Negara yang akhirnya dinobat sebagai juara nombor satu dunia. Kekuatan fizikal dan
kekukuhan mantel yang dimiliki oleh ratu syuasy dunia, Datuk Nicol ann David, mampu
menghambat pihak lawan yang dihadapinya.

Hadirin yang penuh santun,

Sebelum saya menoktahkan pidato ini, saya menyeru kepada semua masyarakat
terutamanya golongan remaja untuk sama-sama mencanai minda, memajukan Negara.
Namun kita perlu sedar, gaya hidup remaja yang tidak sihat dan diliputi dengan cara
hidup hidonisme boleh membantutkan pembangunan insaniah remaja. Oleh itu, pelbagai
gelaran yang tercipta seperti “Mat Rempit”, “Mat Gian”, “Samseng Jalanan”, “bosiah”,
“bohjan”, “kaki lepak” perlu dihapuskan. Hal ini demikian kerana, ianya akan memberi
gambaran buruk terhahap masa hadapan Negara dan umat. Ayuh, remajaku, gegar dunia
mengharumkan nama Negara.

Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w

Anda mungkin juga menyukai

  • Teks MC
    Teks MC
    Dokumen2 halaman
    Teks MC
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Buku Program 4
    Buku Program 4
    Dokumen12 halaman
    Buku Program 4
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Sijil
    Sijil
    Dokumen1 halaman
    Sijil
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Budi Bahasa Amalan Mulia
    Budi Bahasa Amalan Mulia
    Dokumen2 halaman
    Budi Bahasa Amalan Mulia
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Teks Pengacara Majlis Apresiasi SK Bruan Mapal
    Teks Pengacara Majlis Apresiasi SK Bruan Mapal
    Dokumen11 halaman
    Teks Pengacara Majlis Apresiasi SK Bruan Mapal
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Tanda Nama
    Tanda Nama
    Dokumen2 halaman
    Tanda Nama
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Malaysia Di Pentas Dunia
    Malaysia Di Pentas Dunia
    Dokumen2 halaman
    Malaysia Di Pentas Dunia
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Soalan Kuiz Pss
    Soalan Kuiz Pss
    Dokumen1 halaman
    Soalan Kuiz Pss
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Pidato
    Pidato
    Dokumen5 halaman
    Pidato
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Ajk Induk PSS
    Ajk Induk PSS
    Dokumen1 halaman
    Ajk Induk PSS
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Latihan Isi Tempat Kosong
    Latihan Isi Tempat Kosong
    Dokumen1 halaman
    Latihan Isi Tempat Kosong
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Erph
    Erph
    Dokumen2 halaman
    Erph
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Penutup
    Penutup
    Dokumen1 halaman
    Penutup
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Membaca
    Membaca
    Dokumen1 halaman
    Membaca
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • Maksud Kongruen
    Maksud Kongruen
    Dokumen10 halaman
    Maksud Kongruen
    Mohd Jaylaludin Borhan
    100% (1)
  • Design Tile Rumah
    Design Tile Rumah
    Dokumen3 halaman
    Design Tile Rumah
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat
  • REFLEKSI
    REFLEKSI
    Dokumen3 halaman
    REFLEKSI
    Mohd Jaylaludin Borhan
    Belum ada peringkat