Anda di halaman 1dari 1

Cinta Lelaki Teragung.

Karya Nasir Alafasy

Cinta manusia
Kadang lalai kadang disalah guna
Alpa hingga tergadai segalanya
Akhirnya sesal hidup merana

Cinta anugerah yang suci


Hadiah tak terperi dari Ilahi
Mengapa seringkali kau cemari
Dengan nafsumu yang berahi

Maha Agung Tuhanku segala pujian hanya padaMU


Manalah ada kuasa padaku
Sedikitpun tiada kudratku
Kerana itulah nasibku seluruhnya kuserahkan kepadamu.

Milik siapakah cinta hakiki ini


Untuk makhluk atau khaliq
Didalam solat ikrarku menjadi bukti kehambaanku
Solatku ibadahku hidupku matiku hanyalah untukmu

Anda mungkin juga menyukai