Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan media sosial

1. Sentiasa berhubung
Seperti yang ramai sudah tahu, media sosial adalah tempat terbaik untuk
berhubung dengan teman tanpa mengira jarak. Dimana pada zaman dahulu orang
berhubung hanya dengan surat yang boleh mengambil masa yang sangat lama, para
pelajar zaman sekarang boleh bersembang dengan teman dengan sekelip mata.
Tambahan pula, media sosial boleh digunakan untuk mencari teman-teman yang
sudah lama tidak berjumpa dan teruskan perhubungan mereka

2. Platform perbincangan
Dengan media sosial seperti Facebook dan Twitter, para pelajar bebas untuk
berkongsi gambar, pos teman lain, atau juga artikel yang mereka jumpa di laman
maya. Pelajar boleh terus membincangkan hal yang mereka rasa mereka perlu
dapatkan pendapat dari yang lain. Bukan itu sahaja, mereka juga boleh kongsikan
berita atau pun informasi yang boleh manfaatkan teman pelajar mereka yang lain.
Tidak lupa juga, dengan “Follow” sesetengah page FB seperti Berita Harian atau NST,
mereka juga terus akan dapat informasi terkini tanpa memerlukan beban membaca
kertas fizikal.

3. Pemberi peluang
Media sosial bukan sahaja boleh digunakan untuk cirkulasi informasi, tetapi platform
untuk mencipta peluang kepada pelajar-pelajar juga. Banyak orang sekarang
menggunakan platform media sosial untuk iklankan perniagaan mereka, atau
menggunakan platform ini untuk menjadi selebriti media maya. Malah, peluang yang
dibincangkan disini juga merangkumi peluang untuk mendapat bantuan
dana/crowdfunding atau sebagainya untuk kenalan mereka menggunakan jaringan
kenalan yang dibincangkan pada poin 1 di artikel ini.

Kekurangan media sosial


1. Mengurangkan fokus
Pasti ada yang pernah dengar tentang bagaimana media sosial ini menarik fokus
dari para pelajar. Bukan sahaja golongan muda, malah orang tuapun sudah “ketagih”
dengan media sosial ini. Jika buku memerlukan fokus dari pelajar untuk membaca
dan memahaminya, media sosial pula direka supaya ia menarik fokus para pelajar
kepadanya. Notifikasi yang menarik perhatian, dan juga reaksi teman-teman kepada
pos mereka sendiri amatlah mengasyikkan, dan ia membuatkan pelajar mendapat
dopamin pada masa yang singkat dan menyebabkan pelajar leka dengan “ketagihan”
tersebut.

2. Cirkulasi info tidak sahih


Media sosial membuatkan para pelajar bebas mengkongsi apa-apa yang mereka
mahu di page mereka. Pada asasnya konsep ini sangatlah bagus, terutamanya untuk
para pelajar yang harus selalu mencabar pemahaman sendiri tentang sesuatu topik,
tapi dengan kebebasan ini datangnya pengkongsian secara tidak matang.
Sesetengah pihak tidak ada integriti untuk mengsahihkan info yang mereka jumpa di
internet sebelum berkongsi, asalkan kepada mereka info itu selari dengan
pemahaman mereka tentang topik tersebut, tidak kira dalam politik, pendidikan,
agama dan lain-lain. Ini mampu membawa salah faham, dan boleh membawa
kepada pergaduhan. Hal ini juga akan berkait dengan poin yang seterusnya

3. Potensi toksik yang tinggi


Media sosial pada asasnya ialah representasi ada di alam maya, dan tidak
melibatkan “badan fizikal” anda. Dengan kata lain, semua orang di media sosial
boleh melayarnya tanpa mengambil kira jika apa-apa kenyataan atau aktiviti yang
mereka lakukan akan melibatkan orang sekeliling mereka, tidak seperti berinteraksi
di depan muka di dunia fizikal. Ini membuatkan ramai pelajar semakin berani untuk
sengaja mengguris hati individu yang mereka tidak suka hanya untuk “mencari
gaduh” kerana perbuatan ini tiada impak atau reaksi fizikal kepada mereka. Banyak
yang menjadi “keyboard warrior” di alam maya, tetapi lain sekali perilaku mereka jika
berdepan muka.

Media sosial, guna atau tidak?


Secara kesimpulannya, tidak salah untuk kita gunakan media sosial ini, kerana ada
juga kebaikan kepada platform era internet ini. Namun begitu semua pihak harus
tahu akan potensi keburukan platform ini, dan ambil tindakan sebaikknya untuk
menghalang pelajar-pelajar daripada mengguna media sosial untuk perkara yang
tidak elok.

 Sumber: BH online

Anda mungkin juga menyukai