Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS SWOT

7.1. KEKUATAN 7.1.1 Guru yang bertugas di sekolah ini 100% terdiri dari guru yang terlatih. 7.1.2 Guru di sekolah ini 90% terdiri dari guru yang
berpengalaman. 7.1.3 Semua guru di sekolah ini berpotensi untuk cemerlang dalam melaksanakan kokurikulum berdasarkan kemahiran dan
kepakaran mereka secara individu. 7.1.4 Pelajar di sekolah ini merupakan pelajar yang berbakat, berdisiplin, boleh memberikan komitmen
dalam program latihan dan mempunyai motivasi yang tinggi. 7.1.5 Prasarana yang terdapat di sekolah ini amat sesuai untuk menjana
kecemerlangan dalam bidang kokurikulum. 7.1.6 Wujud kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Pihak Swasta serta seluruh ahli masyarakat di Daerah Papar.

7.2. KELEMAHAN 7.2.1 Guru kekurangan kemahiran dan kepakaran bagi menghasilkan pelajar yang lebih cemerlang dalam bidang
kokurikulum di peringkat yang lebih tinggi. 7.2.1 Jurulatih yang mempunyai kemahiran yang tinggi perlu ditambah di samping menghantar
guru yang sedia ada bagi meningkatkan ilmu serta kemahiran kejurulatihan. 7.2.3 Pelajar tidak dilatih mengikuti program yang lebih
tersusun, berterusan dan sistematik bagi memenuhi perancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. 7.2.4 Beberapa
kemudahan latihan perlu diselenggara, tempahan peralatan latihan yang baru serta kemudahan latihan perlu di tambah.

7.3. CABARAN 7.3.1 Keadaan kewangan yang terhad, perbelanjaan perlu berhemat dan kos peralatan yang sentiasa meningkat.
7.3.2 Kekurangan Jurulatih yang mahir bagi melaksanakan Program Latihan dan Program Pembangunan. 7.3.3 Beban tugas guru selaku
jurulatih, guru mengajar dalam kelas dan urusan keluarga akan menjadi cabaran besar kejayaan program Pembangunan Kokurikulum di sekolah.
7.3.4 Pengaruh luar yang kuat mendesak diri pelajar seperti kawan, masyarakat, Cybercafé, kemiskinan serta kurang atau tiada sokongan ibu bapa
untuk berjaya dalam bidang kokurikulum.

Pelan Perancangan Strategik: Bidang Ko Kurikulum 2016-2020

631
7.3.5 Pelajar yang telah berjaya akan ditawarkan ke Sekolah Sukan atau Pusat Kecemerlangan Sukan akan menyebabkan kehilangan satu
contoh nyata di depan mata pelajar setiap hari yang boleh menyuntik semangat dan motivasi pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih
lagi.

7.4. PELUANG

7.4.1 Terdapat peluang yang cukup luas kepada semua pelajar yang mahu berjaya dalam mana-mana bidang yang ini mereka ceburi.
7.4.2 Beberapa program akan dilaksanakan seperti Program Mencari Bakat, Program Pembangunan dan Program Latihan akan diwujudkan bagi
memenuhi keperluan semua pelajar yang berminat dan sanggup memberikan komitmen mas, tenaga dan fikiran. 7.4.3 Kerjasama
Pintar antara pihak sekolah dengan pihak jabatan kerajaan yang lain, pihak swasta dan ibubapa terbuka luas kepada semua pelajar yang berminat
serta berbakat . 7.4.4 Ruang yang seluas-luasnya dibuka kepada semua pelajar tanpa mengira warna kulit, aras IQ,
agama dan keturunan

Anda mungkin juga menyukai