Anda di halaman 1dari 2

Pemburu dan Perkhidmatan Kecemasan

Cerita Lawak Lucu


Dua pemburu keluar dari hutan apabila salah seorang daripada mereka pengsan. Dia
nampaknya tidak bernafas.

Lelaki lain menarik keluar telefon bimbitnya dan memanggil perkhidmatan kecemasan.

Dia memberitahu kepada pengendali itu: "Kawan saya mati, apa yang boleh saya
lakukan?"

Pengendali dalam suara yang tenang dan menenangkan menjawab: "Saya dapat membantu.
Pertama, mari pastikan apakah dia mati."

Terdapat keheningan, kemudian tembakan terdengar.

Kembali ke telefon, pemburu berkata, "Ok, sekarang apa?"


Sent by: e-ketawa posted on 14 December 2017

Berketuk Seperti Ayam


Cerita Lawak Bodoh
Pak Amir meminta jirannya.

Pak Amir: "Kenapa anak anda sering berkata 'kokokok'?"

Jiran: "Kerana dia fikir dia ayam."

Pak Amir: "Kenapa anda tidak memberitahunya bahawa dia bukan ayam?"

Jiran: "Kerana kita memerlukan telur."


Sent by: e-lawak posted on 26 September 2017

Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku
tersedar. Tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu. So, bila dah
tersedar, aku keluar dari dorm then berjalan ke koridor. Aku pandang bawah, pandang
block lain, aku pun tak tahu pasai apa aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 2
pagi.

So, lepas jalan jalan, aku masuk balik dorm, dan baring atas katil. Masa tu, semua
kawan dah tidur mati, ada bunyi kipas buruk je. Then, selepas aku selimutkan badan,
aku terdengar bunyi orang jalan jalan di koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape
pun, fikirku, mungkin kawan ke tandas kot. Takpe lah, sambung tidur balik.

Then, after few minutes macam tu, aku dengar lagi orang jalan jalan. Kali ni, bukan
tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seoalah olah, bunyi
tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali
dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata
la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang.

Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi foot steps ni dah masuk dalam dorm aku.
Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak
boleh lock. Pastu Bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak
mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil
kot, tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat kamit baca doa
dan surah surah yang aku ingat. time tu, bdan aku mula terketar, mata dipejam
rapat, selimut digengam erat, takut hantu tu tarik selimut je. Dan aku pastikan
kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku.
Malah nafasnya jelas kedengaran disebelah kaki katil. Fuuhhh.
Lebih kurang 10 minit jugak katil aku digoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega jugaklah,
tapi tak lama lepas tu, aku kedengaran seperti orang tarik besi di koridor sebelah
tingkap. Takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah. Bunyinya jelas
kedengaran, makin lama, makin kuat, then end up, aku terdengar bunyi orang menembak
dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh..

Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang
azan dan alarm jam member. Rasa lega gila.

Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu adalah
tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok
dekat dengan bilik band (orang kata, bilik ni banyak kisah hantu), akan ada satu
rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.

Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih ragu ragu dengan cerita
sebenar. Bila aku tanya adik (adik aku bersekolah di sekolah aku dulu) pasal
gangguan tu, dia kata, member dia pernah kena.

Dipetik dari ceritaseramsanasini.blogspot.my.

10. Melati
Melati?
Melati?

Image via www.pru14.tv


Kalau nak tau, Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi
penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah. Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni
asrama UiTM Sabah tau sapa Melati.

Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan


yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati
memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui
oleh sesiapapun. Bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh
diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar
di asrama tersebut.

Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam. Dulu, pelajar
perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku
berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki
pula ke blok B dan C.

Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut
oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan
melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui
seorang perempuan pun. So kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. (ada cermin
atau tiada..’dia’ tetap ada disitu)

Ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang
sedang melompat diatas katil.

Dipetik dari www.pru14.tv.

Source: https://www.ceritalawak.com/

Anda mungkin juga menyukai